Wednesday, June 17, 2009

Jangan panggil aku BINATANG,Kang aku jadi betul2 ko pulak tak sanggup nak tengok

Penat do dol..Semalam setup event kat A.point sampai kul 2 pagi..Aku pun naik segan nak cerita ngan korang yang berlaku lagi kenaikan hangin atas kepala ni..Tapi nasib baik Ilyana ada untuk membawa aku keluar dari kancah maksiat..

Ok fine,aku la drama queen kan.Tapi kalu orang panggil korang BINATANG,tak hangin ke??


Eh tetiba aku rasa tah2 aku ni ada darah Hang Jebat.Asik nak marah2 je.Haha tetiba.Celak* betul mulut tak de insurance.Dah la tua ganyut,nyah pulak tu.Patut pun muka tak berseri!


Sila visit website kampeni aku la ek.This year kitorang concentrate wedding fair je.(Errr..aku malas nak tulis nama penuh event aku sebab nnti malu la kalu client2 dapat detect ini blog..mak tak relaa..)

Al-kisahnya begini;

Setup bermula seperti biasa.Para exhibitor meng-concentrate-kan diri masing2.Korang tau2 je la mak andam..Buat kerja diorang ralik,best betul aku tengok..Ada la a few problem yang biasa2 dan settle2 time tu jugak.Then datang la this one client.Boss besar dia seriously baik gile,husband n wife.Orang kata wife dia ada kerabat2 Johor.Baik la perangai.peramah n tak sombong.Tapi aku cakap ko,dia punya designer KEREK tahap dewata ke lapan.Macam bagus!!Bukan nama besar pun.Pak A*U pun rilek je.Tu baru nm besar!

Hiii..Nyampah kalu teringat balik..


1) Sampai2 je bising tengok lot dia."Apa pulak lot ni ada siling ni??I dah design sumthing yang orang nampak dari atas"..Kalu yang biasa g A. Point,Concourse dia kan style bulat..So orang atas boleh tengok bawah..Tapi ada certain part tak leh la,ada siling.Then si Nyah tu kata "Apa ni,tk inform pun,aku nak saman la!"(Errr..salah aku ke kalu dia ada siling kat situ???ok fine kitorang tak inform dia..tapi selalunya,client memang akan survey dulu before decide nak design apa2 tuk event.Better la.Akhir settle sebab ada satu kampeni baik ni beralah nak tukar tempat ngan dia.(ada jugak orang baik rupanya)


2) Dia start je buat kerja,Ya Allah...Tinggi ok structure dia.Salah kitorang sebab tak inform dia structure tak boleh tinggi2.Management pun bising2.Kitorang ni org tengah yang selalu kena marah tau.Tu aku boleh ada heart attack tu.Tensen betul.So nak buat camne?tepaksa la confront dia jugak kan?Daripada esok big boss A.Point datang halau keluar.Kita cakap elok2.Dia kata "Abis,stage tu tinggi2 tak pe"..Aku adalah seperti Apakah??Itukan stage??Orang lain pun tinggi,tapi dia tinggi dah dua kali saiz yang sepatutnya..Pengsan tak??pengsan kan??


Masa ni la dia start maki2..Keluar la semua ayat2 yang carutan aku leh tahan lagi..Aku diam je sebab aku bukan tegur dia,aku cakap direct kat boss dia.Boss dia berfikir jap,nak solve kan camne..Masa tu mulut nyah ni pot pet cm tongkeng ayam!Last2 aku dengar dia kata "perangai cam binatang!"

Apa?!Binatang?!Pantang datuk nenek hamba orang panggil hamba binatang!!nah amik ko pancaran ultra lembayung berapai!!musnah!musnah!


Aku pandangggg je dia.Aku pikir ni pantang nenek moyang ni...Kuang ajo sangat..Dia maki adik aku sekali la..Of course la adik aku paling teruk kena maki,sebab


1) tu client dia

2) masa diorang pasang tinggi2 tu adik aku tak tegur..aku plak g rehat jap

Hoii..berani nyah ni maki adik aku..Aku memusatkan tenaga marah aku kat kaki je..Biar teng sikit..Sebab kalu aku memusatkan tenaga marah aku kat mulut kan dia tak sanggup nak dengar..Adik Big Boss kampeni tu pun ok,dia dtg kat aku,suruh sabar..Dia kata designer dia memang teruk.."Sabar kak,bapuk tua memang perangai cam ni"..Aku cakap "Akak ok lagi,tu tengok adik akak tu,dia hangin lain macam,baik ko g cool kan dia"


Sebab apa tau..

Si nyah ni PONG PENG PONG PENG TERCARUT2 TERBINATANG2 membelakangkan adik aku..Adik aku dah la tinggi,belakang dia,sekali dia jadi hulk..dia hayun je tangan..Maut la nyah tu..Aku tak tipu,sedangkan gaduh ngan aku nasib baik aku tak terbunuh je..



Last2 lepas tu adik si Big boss ni bitau yang kakak dia akan turun kan sikit design tu.Yang si Nyah tu senyap terus sebab kena sound ngan husband kakak tu.Padan muka!Adik tu kata nyah tu takut ngan abang ipar dia je.Owh,penakut jugak rupanya..Mana tak takut,yang ko berangan macam ko BIG BOSS sapa suruh??

Letih + penat + sedih (sebab aku masih lagi tak berjaya mengawal amarah!) T_T Tapi cuba kalu org tak buat aku marah..Aku tak la marah kan??kan??kan ke tak??


Nota kaki : owh,tadi aku tulis post ni belum publish dulu sebab ingat nak sambung after solat,tapi tengok2 "lampu merah" daaaa..patut hangin je urat sarap aku ni ;p hihihi <-- tetiba gelak comel,apakah??






2 comments:

  1. ngeri!!!!!! nasib baik aku ajak ko larik kan... kalau tak adalah harimau jadian

    ReplyDelete
  2. hehehe..aku pulak boleh tak ala2 tak nak lari..geram dol,ko dpt nama gelaran 'polis' ok lagi..tu pun ko dah ketap gigi kan??

    ReplyDelete