
Hari ni hari Jumaat.Ehehe..Suka betul aku mula ayat cenggini,tapi tak mo la buat selalu.Macam ala2 tulis diari.Hari ni before nak g kerja kecoh dah Mama kata Micheal Jackson Dah meninggal.Orang kata dia sempat masuk Islam.Wallahualam~.Tapi apa2 pun kita sedekahkan la Al-Fatihah tuk arwah.Memang ramai yang meragui,termasuklah aku.Tapi sebab tak baik nak buruk sangka,kita amil yang baik2 sajalah.Mungkin juga dengan apa yang kita sedekahkan boleh meringankan apa2 yang patut.
Ok camni.Aku adalah pemalas nak buat tag.Semua dah patut tahu terutamanya Puan Rafidah yang rajin tg aku.(Ye,saya ingat..saya masih berhutang satu tag dengan anda :P).Tapi..Halahai..bukan tak sudi,saya ni memang begini.Lihat sajalah blog ni cukup.Gambar banyak boleh upload..Tapi ada ko nampak aku nya blog bergambar2 sgt??Tu lah buktinya aku ni pemalas.Ha ha ha..Sifat yang keji betul..
Aku dapat award from Auntie Nani a.k.a Marina Monroe =) ngheeee...Kelllassss gitew auntie..Dah la rajn blogging,cerita memang best la..I ikut from episode pertama tau..Aku terharu la tengok auntie ada tag aku.Ye la,siapa la aku ni nak dapat tag2 dari org2 terkenal..Tgk follower auntie,baru start beberapa bulan dah ramai ikut dah..Disebabkn aku ni tak selalu dapat tag dari orang lain selain Nurnana dan Puan Rafidah,au adalah tidak sedar yang auntie telah mengtag aku lama sudah.Maka pada hari ini aku ingin melangsaikan hutang.
Jeng jeng jeng..
• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.
• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged.
• Paste the award badge in your sidebar.
Soklan pertama :
5 interesting facts mengenai Auntie Nani
(Ehem..ehem batuk2 kecil dulu)
1) Beliau adalah Mak Peej yang terkenal itu.
Aku tak kenal auntie in person lagi.Belum ada rezeki,jumpa pun dalam blog.Sebabnya,selalu Peej cerita pasal Mak dia.Aku selalu bayangkan Mak Peej ni kelaka.So one day Peej kata Mak dia buat blog sendiri apalagi,dengan tak sabarnya aku telah meng 'Zasss' kan diri aku ke sana.Bermula lah aku 'mengenali' Auntie Nani' secara alam maya.
2) Beliau seorang Ibu yang lucu dan penyabar.
Ye,betul..Tak percaya baca cerita yang Peej selalu tulis kat blog dia.Aku suka ayat Auntie Nani yang juga telah diserap masuk ke rumah kami = KESBOLL..Aku n shasha suka menggunakan perkataan ini agar Adam tidak belajar mengguna perkataan yang membawa maksud buruk.Maka kesboll adalah sesuai.Auntie juga seorang yang penyabar.
3) Beliau seorang yang Vogue sampai hari ni.
Kujungilah blog Auntie,dia suka melaram dari azali lagi =) ngheeee..Selain tu,auntie ni memang ada attraction dia yang tersendiri.Sebab tu Auntie selalu kena ngorat masa muda2 dulu.
4) First Love dia Mmg Uncle
Kalau nak ikut cerita dalam blog Auntie,begitulah.Wahhh..percintaan mereka romatis sekali.
5) Ibu kepada 4 orang anak
Soklan kedua
Rasa2 macam penat dah tulis..rupanya tak abis lagi ni (=_=')
10 facts mengenai hobi aku??
1) Aku suka membaca.Tapi selalu bahan bacaan aku yang berbahasa ibunda.Bukan aku ni bengong sangat tak pandai nak baca buku English,tapi ntahla..Aku ni sgt2 selesa ngan bahasa ibunda aku.Tap disebabkan ke moody an aku,kadang2 bila aku nak baca novel bongok2 pun jadik la..Tapi datang time rajin sastera melantun2,aku layan novel tebal2.Aku kalau boleh nak habis baca secepat mungkin.(kurang sabar.haih.)Arwah nenek aku pernah belikan aku buku novel tebal nak mampus untuk orang STPM sedangkan aku baru darjah 3.(Sebab dia tension belikan aku buku nipis2 sejam dah abis dahh..nak buku lagiiiiiiii.........)Tapi bila dah rasa diri berumur ni,aku suka baca bacaan yang boleh mendekatkan diri dengan Allah.
2)Tgk movie.Pun ikut mood.Kalu mood datangnak tengok cerita bodoh pun aku layan.Tapi overall aku selesa dengan movie romantik komedi.Aku suka Julia robert sebab dalam Pretty Woman dia cantik dn menawan.Selalu berkeinginan nak tengok movie hantu,tapi asyik2 tutup mata ngan telinga bila time hantu keluar.
3) Masak nasik ayam.Sebab suami aku selalu memuji nasik ayam aku paling best di dalam dunia. *Wuhhh..menari gelek2 sikit dehhh*..Dan yang membuatkan aku bertambah rajin apabila Angah yang sibuk diet sanggup tidak diet bila aku masak nasik ayam.(motif yang bongkak..HAHAHA).Astagfirullah~
4)Melihat pemandangan alam ciptaan Allah yang luas terbentang sambil berfikir panjang mengenai kehidupan lepas kematian.Aku ni kalau orang tak kenal,ingat aku suka berangan2 kosong.Ye,aku selalu kelihatan blurr sepanjang waktu.Cekgu kelas aku masa form 3 pernah tegur sebab aku pandang papan hitam tembus mana tak tau.Tapi orang tak tahu otak aku ni ligat berfikir sebenarnya.Maka,disebabkan aku penat berfikir,kadang2 ada benda aku malas nak fikir.(heh,ada pahamka??)
5) Tidur selepas aku penat berfikir.Wakakka.Tidur pada aku adalah nikmat yang tak terhingga.Aku letih,aku penat..
6)Bermanja-manjaan dengan suami dan anakku.Aku suka menamar menjadi 'baby' girl.Tak kesah la dengan Apis atau ngan Adam.Kadang2 aku terfikir,adakah cucu aku bersedia mendapat nenek yang tidak matang macam aku??Aku suka tidur bawah ketiak Apis ngan suruh Adam popok2 aku.Mereka berdua hero aku,mereka melayan je karenah aku yang 'haiii..ntahlah' ini.
7)Mengonline kan diri.Dulu aku fobia ngan blog.Sebab..errr..biar la aku je yang tahu.Tapi sumpah,sampai mati aku ingat!!Tapi sekarang aku kikis fobia tu sikit demi sikit.At least sehari aku mesti cek email.Dan dari email aku tahu ada tak apa2 yang memerlukan aku pergi ke facebook,friendster atau blogger.Kalau tidak ada email saja memadai.
8)Aku suka bagi makan kat stray cat.Sebab aku kesian dan tak sampai hati tengok diorang.Tapi bukan hari2.Depends on mood.Sekali lagi (=_=')
9)Aku suka susun strategi nak besarkan bisnes aku.Macam2 aku fikir sampai kadang2 suami aku risau.
10)Aku suka benda yang berwarna-warni.Aku suka fotografi =) ia memberikan ketenangan aku.Sebab dapat merakam apa yang yang lihat dengan mata aku.Dan boleh adi kenangan untuk anak cucu nanti.
Soklan cepu mas
Ye,tengkuk aku dah krem..Panjang tul tag ni..Maaf la sesiapa yang 'terkena' ngan aku kali ni
10 orang yang aku nak bagi award ni.
1) Suami aku - sebab dia orang yang terpenting ada dalam blog ni
2) Shasha - darah daging aku yang ada dalam blog ni
3) Ilyana - Kawan aku yang bakal jadi ipar duai aku (ngheeee..abis la kita na...nanti naik la nama kita kat blog org tu..aku dah nampak dah muncung dia)
4) Iera - kawan aku juga,dan aku tahu dia pun 'rajin' buat tag macam aku
5) Mas - kawan aku yang ada anak cute giler.
6) Puan Rafidah - sebab dia bukan rafidah aziz yang sebenar.kalau yang sebenar aku bet,mesti tak layan aku
7) Auntie Nani - tetap aku nak bagi jugak sebab blog dia memang layak dapat award ni.(auntie tak yah la buat lagi)
8) Chic - pun aku tahu dia dah dapat.Tapi aku tetappp nak bagi jugak (tak yah la buat lagi)
9) Peej - walaupun aku tahu aku invisible dimata mu..tapi aku ini pembaca blogmu
10) Nurnana - heheheh..jangan sesekali ingat awak terlepas..
Ok dah..next!!




CIS. Dah hepi dah tgk no 1-9.
ReplyDelete