Saturday, June 27, 2009

Ye, aku lah budak KAMPUNG itu..

Aku bengang la kalau orang kutuk2 makanan yang aku suka makan. Contohnya, dulu2 ada sorang kawan aku ni tak suka petai. Well, sebagai seorang herbivor dan karnivor yang berjaya, aku ni kan makan semua yang ada kat dunia ni (yang halal je la). Kan Allah ada kata, makanlah apa2 yang halal yang telah disediakan kat dunia ni. So memang la makan petai itu makruh, tapi kalu sekali-sekala makan apa salahnya. Asalkan masa nak solat sental je la gigi tu kuat2 telan listerin sebotol.

So kawan aku ni ala2 berkata "Eiii..aku tak suka la mak aku letak petai ni kat atas meja. Geli la, bau dia busuk". Aku diam je la kan. Sebab, what the hell. Tak suka komplen la kat mak ko. Saja nak wat statement 'orang bandar' ke, tak makan petai2 ni?? Padahal..Padahal yang komplen tu duk kampung jek.

Ada lagi satu kes kat kolej aku. Biasa la, zaman muda-mudi dulu aku makan banyak. Banyak tu i mean banyak betul la. Kalu orang tengok saiz badan aku yang keding tak sampai 40kg dulu orang mesti ingat aku ni ada bela jin. So aku amik nasik campur ngan ulam-ulaman dengan kuantiti yang banyak la jugak. Ye la pulaknya, kata ulam, mesti la rerimbun gitu. Budak kelas aku ni ada sorang yang stok perasan dia kawai Japanese gurl. Japanese la sangat. Blusher merah sampai malu aku nak tengok. Overr yuu..Then dia nampak aku amik ulam kan, boleh tak dia cakap kuat2 "Eiiii..Nad, kekampungannya kau" Aku memandangnya dengan pandangan 'Errr..mengapakah??salahkah aku meng-awet-kan muda diri ku ini?' Tapi last2 dia patut malu sebab ;

1) Dia harus peka dengan keadaan semasa, dia tak ramai kawan pun dalam kelas tu. Dia kawan pun ngan orang2 nerd seantero dunia. Sekali aku petik jari, cair pulak meke up ko. I mean, haruslah aku yang patut mengeji dia sebab aku ramai geng masa tu (Wakakaka..overrr..)

2) Dia harus malu ye, sebab lepas kejadian tersebut membuatkan rakan2 seperjuangan aku yang bermulut longkang mengejek2 dia di belakang2 'Eiii..kekampungannya'..Seoah2 ayat kekampngan itu sesuai untuk dia yang seperti rusa masuk kampung. Kamon la bebeh, kalau kawaii tak yah nak taruk pemerah pipi banyak2 sebab kalu tak comel, pakai apa pun malu i nak tengok.. (Wahhh..keji nya aku..macam aku comel ngat..tapi sapa suh kutuk2 aku,kan ko yang malu)

Hari tu Ilyana pernah je cerita pasal makan-makanan ni. Kepada sesiapa yang tak suka ulam-ulaman ke, bau petai ke, jering ke, DURIAN ke...Bawak2 la berfikir balik. Semua tu rezeki datang dari Allah jugak. Kalau tak suka senyap je la. Orang lain suka. Orang lain appreciate ciptaan Allah. Kalau tak suka, senyap. Ni dah la tak suka, komplen kalu sekali cukup la. Nak komplen banyak2 kali. Dah memang ada bau kan benda2 tu. So salah aku ke?? Tak suka duk jauh2. Bukan orang nak paksa ko makan pun kan?? Kang aku pinjam baju naga chic kang. Haaaaaa...

So, tak kesah la aku budak kampung ke, aku budak KL ke. (budak?mak orang la weii). Memang arwah nenek aku dah train aku sejak kecik makan je apa2 yang patut. Tak makan kalu, duk jauh2. Senyap2, ada paham?!

5 comments:

  1. gua nak ajak lu dtg makan kenduri kat blog gua..
    ikut baca doa skali pun takpa..
    lauk simple simple saja..

    ReplyDelete
  2. hehe.. tensen ke? kalu tensen gi laa tuisyen..

    ReplyDelete
  3. Gila nyampah orang macam ni. Lagi menyampah bila menakut2kan aku. contoh dulula aku ambik budu lepas tu budak tu kata "Eee kau makan ni? Bapak aku kata dia peram sampai kluar ulat"

    Sooooooooooooo, ulat je bukan babi pon. Sheesh

    ReplyDelete
  4. nyampahnya..... habis tu kalau org makan pizza, spaghetti tu sumer bandar lah.... makan petai kampung....

    menci aku.... aku memang selective sikit bab makan TAPI kalau ada yg aku x makan... org pelawa aku cakap tak nak jer lah tak payah lah bagi komen atau buat2 mimik muka yg menyakitkan hati.... tapi ulam kan sodap.... budus

    ReplyDelete
  5. saya rasa orang KL sebenar lagi ramai makan benda2 ulam2 tu.

    saya dah duk ampang 27 tahun 7 bulan ni, saya rasa orang2 ampang ok je dgn ulam2 tu semua.

    jumpa je kat pasar.
    :)

    ReplyDelete