Thursday, January 29, 2009

me,bipolar disorder and i........

aku tak leh tido..seperti biasa yangmana selama ni dah lama dah tak leh tak tido..semenjak aku makan ubat-ubatan mana penah aku tak leh tido..tido siap telepas subuh lagi ade..aku malas la nak copy balik seme blog aku dari frenster..nanti rerajin aku paste la..(konon hasrat dihati nak paste molek2..tak mo cincai2..sayang entry yang tak berapa nak banyak tu..)so sesapa yang mengenali aku kat blog frenster (beberapa kerat je) mesti tau aku dah lama tak berbloggingan..blog aku yang ala2 second n last2 tu ala2 cam meroyan sket ayat2 dier..sebenar2nye cite dia camni..
aku seorang bipolar disorder..
camne ekk.
biopolar disorder ni penyakit yang dikenali sebagai manic disorder.
dengo je manic ingat aku maniac ke?
heh..ala2 gak la.
sejenis penyakit psikiatri.
well at first of course aku konfius.
tapi alhamdulillah,sekarang aku bebetul memahami apa yang aku hidapi selama ni.
susah aku nak terangkan guna ayat aku.
sebab org bipolar cam aku ni ha,bnyak sgt info dalam kepala otak.kang aku terangkan guna ayat aku korang surely rase aku ngarut2..
so,ape kata gi link ni
http://saifulislam.com/?p=957

baca tau,baca sampai komenan yang terakhir.
tengok pendapat orang ramai

komen yang ala2 aku nak terangkan kat korang
44 sh October 31st, 2007 at 12:54 pm
BIPOLAR DISORDER. Saya tidak menafikan bahawa penyakit ini juga boleh berpunca daripada gangguan jin atau sihir yang dihantar kepada seseorang. pengalaman saya dalam bidang perubatan islam,menunjukkan mereka yang terkena gangguan jin dan sihir mengalami simptom-simptom seperti yang disenaraikan. Nasihat saya, jika berlaku penyakit ini, sebaiknya kita cuba mengubati dengan menggunakan dua kaedah, berjumpa doktor dan juga mendapatkan ruqyah dengan al-Quran dan al-Hadith daripada mereka-mereka yang pakar.Bagi saya, pesakit seperti ini kemungkinan mereka diganggu jin atau disihir bukanlah satu perkara yang mustahil.

kalu yang ade ikut blog2 aku kat frenster,sila amik apa yang baik,yang buruk dijadikan sempadan ok.
apa yang aku tulis mengenai aku rasa kewujudan Allah,sgt takut kematian dan kiamat,takut dosa2 silam semua betul.
aku tak tipu.so semua dalam life aku ni berkait2 lalu terjadilah bipolar disorder kat aku.
doktor kata mungkin keturunan.
kalu tak pasal keturunan,sebab saraf2 otak dah tebelit2 kat kepala tu.
heh.
aku guna ayat aku la plak.
tak reti aku nak guna ayat doktor2 ni.
kan aku selalu stress pasal keje.
ade dalam seminggu strait aku bengang kat ofis tak leh tido langsung.
balik umah pun borak2 ngan mama pasal keje je.
satu hari mama citer kisah2 nabi kat aku.
ye la,kisah2 biasa yang kita tau.
aku tak berapa ingat kisah nabi apa.
then aku tetiba tanya mama penah mimpi nabi ke??
mama kata tak.
aku cakap mama selalu mimpi camne??
tah,kekadang mimpi,kekadang tak mimpi..
and seterusnya perbualan mengenai mimpi yang menyebabkan aku terus takut sampai menggeletar2...sebab aku baru sedar,bukan semua orang mimpi yang sama.
ye la,aku ingat cam mimpi jatuh bngunan la kan..
sekurang2nya sekali dalam idup kita mesti ade mimpi gitew.
tak pon mimpi yang glamer gigi patah.
aku abis tnya dah orang rapat2 ngan ku.
mana tak menggeletar selama aku hidup dalam dosa ni,yng sembahyang tak penah cukup ni puasa tak penuh ni aku dah lama dah di tegur oleh Allah dalam mimpi.
tu sebab skang aku suke baca buku tfsir mimpi ibnu sirin.
mimpi plak ade beberapa jenis.
yang datang dari Allah,dri syaitan,dari kita.
tapi of course la klu aku mimpi hari kiamat dari Allah.
korang nak tau,aku mimpi hari kiamat tu masa aku kolej2an yang ala2 tgh hebat berjimba2 ke hulu hilir.
mana aku tak menggeletar.
sebab masa aku mimpi dulu boleh aku pikir.
alah mainan tidur.
hok betul kamu nadia.
mimpi yang tafsiran tak elok bujn nak menakut2 kan kita tak tentu pasal.
tu tandanya Allah suruh bertaubat,tapi bayangkan umo aku kat kolej tu 21 nadia oii..
aku baru sedar 2008 hari tu.

so,
ayat simple aku tensen kerja,aku rasa dihantui dosa2 silam,aku terus short circuit.
aku jadik ekstrem la.
bab2 agama.
sekejap aku ok.
esok jadik balik.
gi pengubat tradisional ade kata aku kena buatan orang.
orang indon.
siap ade pak cik tu tak nak ubatkan aku.
sebab dia kata jin tu power.
hok betul.
Allah paling power.
sampai la satu hari aku gi kursus mecd.
sakit2 still kerja lagik,mana tak teruk jadiknya.
ye la,mana aku tau.
famili ingt aku tensen jek.
masa kat kursus tu aku jadik melampau cam terel plak.
then ade sampai satu tahap tu aku dengar suara2 dalam bahasa arab.
aku seram la.
dah la tetiba sejuk.
tetiba sesak napas.
aku pikir sudah,ajal dah sampai ke ni??
ke ade syaitan.
sampai teruk boleh aku rse tinger aku cam kuar darah.
aku bukak quran digital dlm laptop aku.
(sebab semenjak aku takut Allah tu,aku rase gak seram2 sebab rase ade syaitan2 jin2)
pendek citer,ilyana sahabat dunia akhirat aku bawak aku gi masjid bangi.
sementara nak tunggu famili aku sampai sebab dia sesat.
ye la panik la.
mana tak nye,dah la aku sakit,dia bawak kete nak layan aku lagi meroyan2,mase tu pulak hujan lebat.
kursus kat pd je.
tapi berapa jam balik2 patah jalan sama gak.
sampai masjid tu,aku ingat aku dah jadik roh dah.
mana taknya,aku rase ade bertahun aku ala2 tunggu famili aku datang.
aku ingat aku dah mati.
siap pakai telekung lagi.
pendek kan je la citer takut korng malas nak baca.
time aku hyper giler.
sampai gigit tangan laki aku.
buat bulu tengkuk laki aku meremang sebab seram ngan perangai aku yang lain macam.
tak leh control.
aku rase sakit giler dada.
siap suh papa tepuk kuat2 belakang dada sakit gile.
ade satu hari tu aku tendang cermin keter rexton pecah tu.
baru la famili aku bwk g spital hukm.
jiran aku rekemen g hukm.
cuz anak dia pun ade ala2 cenggini gak tapi lain sket.
sebelum spital tu.
ustaz pertama yang diorang bawak aku kat bangi kata aku kena gangguan.
ustaz nazri kat shah alam (orang darul syifa) pun kata cam tu
ustaz rashid hulu langat (darul syifa gak sebab harun din bz kot) pun kata aku kena gangguan.
pengamal perubatan tradisional.
aku panggil dia tengku iskandar.yng menariknya,dia pun kata org indon nak wat benda tak elok kat aku.
ops ade part seram sket.
makcik blakang umah aku ni ala2 pawang sket.
dia dtg la bwk bawang putih.
aku masa tu rase tak suka la.
aku kalu boleh nak berubat ayat2 quran je.
dia sapu2 kat badan ku.busuk tul.
tetibe.
HUARGHHHHH!!
ade kepala nenek tua tejonggol kat depan mata aku.
aku baca la a'uzubillahiminasyaitanirrajim kulum2 air liur sket ptui ludah kat kepala tua tu.
ntah mana aku tau nak buat cam tu.
sebab aku panik.
aku tingat kalu mimpi tak elok kena ludah belah kiri kan?
mama aku kata ludah aku pekat tol masa tu..
hahahaha...
seram,tapi kelaka.
aku malu gak mula2 tu.
marah tul aku kat semua sebab anto aku g spital psikiatri.
duk situ lapan hari.
memacam aku jumpa orang,hehehe...
beh gak..release jap tensen..sebab semua orang cam belakon citer lawak je..cam tak siyes..hehehe..
lepas kua spital tu ku murung gak lagik.
sebab rase down rendah diri.
tetiba satu hari ade sorang sahabat dunia akhirat ni jugak kata mak dia dah lama ada bipolar disorder.
baru naik sket semangat aku.
baru aku rase ku tak weird.

cerita ini bukan lawak.
sebab benda ni boleh jadik kat sesapa je.
mungkin jugak orang2 terdekat ngan korang.
untung jadik orang islam.
kita ada pegangan.
Al-Quran dan ingat Allah selalu.

Wednesday, January 28, 2009

hari pertama aku dengan blogspot

Assalamualaikum,ini adalah hari pertama aku ngan blogspot. Aku start blogging 2007 lepas..tapi wat blog kat frenster je..Oleh kerna aku tengok dan dengki ngan blog hubby aku yang comel dan kemas,aku nak jugak menyebok kat sini..hehehe...lagipun aku kekadang bengang ngan blog kat frenster tu..lembab "tekpong" <--------wahahaha sila abaikan jika ada sala ejaan ye sygku..maka dengan ini saya merasmikan blog saya yang baru tak baru ini...(yangmana saya akan meg paste semua blog2 lama ke dalam ini sebentar lagi)...sekian,wassalam..