Saturday, March 12, 2011

Seroquel XR

Entri panjang berjela..

Aku buat entri ni khas untuk orang nak tahu review mengenai ubat yang aku amik skang.

Nama dia Seroquel XR. Mungkin ada yang nak search untuk kegunaan orang yang tersayang, ataupun pada sesiapa yang tgh buat research pasal ubat ni. Aku agak aware yang kat negara kita ni, tak ramai pesakit macam aku yang suka nak share benda2 macam ni kat blog terutamanya. Cuba korang try search, memang payah nak carik. Kalau kat oversea tu belambak la diorang review.

Maka dengan ini, aku pun dengan hati yang tulus ikhlas nak sharelah apa yang aku rasa mengenai ubat terbaru aku ni.

Before this, aku amik epilim. Epilim tak la mahal sgt, sekotak dapat la RM45, utk sebulan aku rasa. Oh ye, aku memang train otak aku supaya tak berfikir benda2 yang tak perlu. Maksud aku, kalau tak penting utk aku addapt dlm brain aku ni, aku just let go. Yang aku sedar, since aku on medication, aku memang tak boleh nak memorize sebanyak yang aku boleh memorize sebelum aku makan ubat2an ni. Itu penting ye, kita ni bukan robot. Just let it go.

Aku dapat tahu aku bipolar tahun 2008..Then tetiba la kan, tahun 2010 menjelma.. Aku pun ber poyo-poyo la mengada nak pregnant lagi..Konon la kan..Padahal emosi ala-ala lagi tu. Tak la, aku before dpt tahu ada bipolar ni, aku memang plan nak at least 5 orang anak. Aku ni memang berangan nak ramai anak. Tapi....

Hampir kebanyakan doktor kat hospital aku tu cakap tak di galakkan. Ok, nak share sikit pasal kelemahan jumpa doktor kat hospital yang bukan private ni ye. Memang la aku bersyukur sebab murah, tak la aku mampu kan, nak jumpa pakar psikiatri yang private yang macam kita tgk dlm muvie tu. Mahal, memang mahal. Tapi aku kdg2 tensen sebab setiap kali jumpa, doktor baru. Doktor kalau baru, setiap kali la nak tanya soklan yang aku bosan nak jawab. Paling tensen, mesti nak kena ulang benda yang sama banyak kali. :


"dah kahwin? ada anak ke belum? anak berapa orang? kerja apa? kat mana? adik beradik berapa orang? hari ni rasa macamana?"

Tensen, tau tak?

Ok, sambung pasal ubat. First2 aku panik gak nak tukar ubat ni. Eh, bukan senang tau nak adjust ubat dengan kita. Ubat yang aku makan tu, bukan macam panadol efek dia. Kalau dapat yang dose tinggi, macam orang hisap dadah dah aku ni. Tapi, sebab plan nak ada anak lagi punya pasal, aku tabah dan berserah je kat Allah.

Mula2 stop epilim perlahan-lahan, then doktor suh aku amik sebijik dulu seroquel tu. Tapi kan, seroquel tu amatlah mahal ye. Aku nak minta diskaun, diorg kata ada org yang lebih susah memerlukan diskaun tu. Aku pun malas nak pikir, commit je lah. Satu kotak 50mg ada 60 tablet. Satu kotak tu, RM270. Korang jgn nak kata 'hek eleh, murah je'..cuba kalau ko calculate, sepanjang hidup aku ni, kena beli ubat tu sebulan sekotak. Skang ni setiap kali aku beli stok dua bulan, RM540..

Mula2, aku makan sebiji je. Then dia naikkan dose kepada dua bijik. Ikutkan doktor, aku ni patutnya makan at least 200mg. Baru cukup. Tapi, nak stabilkan dengan dua bijik ni pun aku hampir2 nak surrender.

Dia punya efek..Ya Allah, tuhan je tahu. Pening dia giler semacam...Macam tak larat nak bangun tidur, mual macam orang pregnant, kepala pusing2..Aku siap stress lagi..Doktor kata normal, tapi kena sabar la sikit. Pastu kalau dah dapat stabil dengan dua bijik ni, dia nak tambah lagi dua bijik, so jadi empat bijik sehari. Mampus, aku pikir masa tu.

Aku merungut la kata kat mak aku.

"tak larat kalau along kena tambah dose ni ma"

Mak aku pun risau la kan..Pastu aku ada jumpa gynea aku, private punya klinik. Dia kata, setakat ni, seroquel memang tak ada kes yang bahaya untuk pregnancy. Sebab ubat ni baru 10 tahun. So, kira agak baru. Then dia kata, cuba la kalau tak makan ubat?

Aku kata, kalau berhenti ubat ni, mau aku punya energy bagai di pam-pam. Dia kata "it's good to have a lot of energy, rite?"...Amboi2...memang la bagus, tapi energy aku melampau sgt.. aku memang tak nak amik risiko..serik aku duk wad psikiatri..Tapi, dia kata boleh je kalau during pregnancy nak teruskan makan ubat. Aku pun memang dah decide, kalau aku pregnant, memang aku tak stop makan ubat. So gynea aku kata, at least biarlah after six month aku lepaskan epilim, baru try utk mengandung..

Dalam dua minggu, aku still rasa mual yang teruk, dan hampir2 nak quit. Tapi sebab ketabahan aku dan keinginan aku nak pregnant tu sangat2 la tinggi..Akhirnya, alhamdulillah..Aku dah boleh serasi dengan dua bijik Seroquel..After aku dapat keserasian tu, aku rasa bersyukur sangat doktor tukarkan aku ubat ni. Rasa dia lain sangat2..Lebih hampir kepada rasa diri sendiri yang 'normal'.

Tu la aku ckp kat husband aku, memang patutlah ubat ni mahal. Efek memang tak sama dengan epilim. Seroquel ni buat aku jadi macam before aku di diagnose. Tapi, emosi aku dalam keadaan yang terkawal. Ubat ni, kalau aku tetiba ada mood yang down atau aku ada hadap benda2 yang stress to the max, dia akan automatically buat aku rasa mengantuk. Aku tak tau la orang lain macam tu ke tak. Tapi tahap keserasian aku dngan ubat ni sampai tahap macam tu lah.

Orang sekeliling yang rapat2 dengan aku memang aware dengan penyakit aku ni. So, if suddenly aku jadi malas tahap gaban, dalam tengah miting yang stress, tetiba aku boleh layan pala mengantuk atau lepas miting tu aku terus buat benda lain yang tak buat aku fikir benda tu. Takpun, aku menangis puas2, pastu aku tidur. Bila bangun terus aku rasa fresh. Memang best!

Then, idea aku pun dalam keadaan yang terkawal. If dulu before aku tau aku bipolar, aku punya ideas/ jumping thoughts dalam masa 24 jam tak henti2... Contoh aku punya idea atau pikiran ni macam ni ;

aku pikir nak g terengganu cthnya..pastu aku terus pikir kat tgganu nnt nk g pantai, makan keropok lekor, minum air kelapa muda,main layang-layang, pastu tetiba aku terpikir, eh buat bisnes jual kelapa muda kat internet mesti bagus. Boleh buat delivery, target audience yang macamana? boleh jadi kot, tapi aku nak kena buat reasearch.

Korang nampak tak? Patutnya, kita pikir la satu persatu kan? Kan mula2 tadi pikir nak g terengganu je. Yang aku sampai melencong nak pikir buat bisnes jual air kelapa tu kenapa?

So, since aku amik seroquel ni, idea aku tersusun dan teratur. Infact, sekarang aku pun pandai kawal supaya fikir apa yang aku boleh jadikan realiti, dan tak fikir terlalu panjang sampai untuk perancangan 50 tahun akan dtg. Fikir kehapadan tu bagus, tapi terlebih fikir tu kan memudaratkan?

Aku ada ckp kat doktor yang aku memang tak nak tambah dose. Aku memang dah selesa dengan dose yang di beri. Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih ambik 100mg sehari. Korang kena tahu, memang la diorg doktor dan ada kajian bla.bla.bla. Tapi end up, kita tahu apa yang kita perlukan. Apa yang kita rasa selesa. Tapi, jangan jadi bodoh sombong la pulak.

Bodoh sombong tu pada aku adalah orang yang patutnya on medication, tapi menggatal skip terus ubat dia pastu berangan nak jadi sihat. Tapi please lah, jangan sesekali buat macamtu kat diri kita, dah la menyusahkan orang sekeliling. Then, fikir-fikirlah masa depan kita..kalau kita degil tak bertempat..kesian kat suami, isteri, ibu, ayah, adik beradik, anak..kan?

Untuk sampai dalam keadaan yang stabil macamni, banyak yang perlu kita usahakan. Allah memang akan tolong orang yang berusaha. Betul.. percayalah. Aku bersyukur sebab dapat family support yang kuat. Bagi sesiapa yang rasa keluarga tak membantu, mungkin kita harus berhenti fikir yang bukan-bukan..Kalaulah betul pasangan kita tak boleh nak hadapi benda ni sama-sama dengan kita, tak mungkin ibu, bapa, adik beradik, at least kawan baik tak sorang pun yang cuba untuk membantu. Kalau memang korang rasa tak ada sesiapa pun yang boleh tolong korang bagi support, mintaklah doktor arrangekan sesi kaunseling, hospital tu macam2 ada..Tinggal kita je yang nak rajin membantu diri kita.














Ini tempat ubat aku yang comel. Beli kat Guardian, boleh simpan stok seminggu. Benda ni buatkan aku tak lupa samada aku dah makan ke belum ubat tiap-tiap hari. =)

Tu contoh tablet ubat aku. Warna peach setiap satu 50g



Ni kotak dia. Nak tau review yang lain, boleh google je

Thursday, March 10, 2011

it's been a while

It's been a while..

While la sangat kannn.. tgk2 macam dah setahun 'while' aku..ngeh..ngeh..
type2 kat keyboard ni pun macam keras je jari aku..

sepanjang setahun ni, byk yang aku pendam je dalam jiwa..(miahaha, sila jangan percaya..)

taklah!

selama setahun aku senyap, tak berblogging..banyak yang dah berlaku..

yang penting, semuanya dalam keadaan terkawal =)

updates yang penting2 mengenai aku : (cest, macamlah ada org nak tahu kann..)

1) event company aku semakin berkembang, infact kitorg dlm proses untuk buat satu lagi cabang dalam servis event ni.

2) butik pengantin yang di usahakan bersama keluarga tersayang juga semakin stabil.

di sebabkan aku dah pindah rumah kat KL, aku ambil keputusan untuk pindah ofis dan butik di satu tempat yang sama. Senang, aku ni kan pemalas nak fikir benda yang menyesakkan. Senang nak handle. Lagipun, butik tu by appoinment.

3) staff2 aku sudah semakin matang =)

4) aku dah KURUS! hahaha... <---- ini sangat gedik, tapi di sebabkan ini belog aku, sukahati lah nak gedik atau pun tak..kannnn..tapi, seriously, aku turun 5 kilo beb..

5) aku dah tukar ubat. Ehem..ehem..sesiapa yang ada baca mengenai aku, tau kan.. aku ni bipolar disorder..last skali aku bantai epilim. tapi tetiba ada urat gatal cakap kat doktor, aku teringin nak pregnant..tup2 doc tukarkan ubat kepada seroquel XR..nanti aku citer kat lain entri pasal ubat ni..

6) tak..aku belum pregnant lagi..sebab mood aku masih naik buaian (mood swing)..so adalah tak firm lagi masa tu.. ;p

7) adam dah besar ;') he's turning 4 next week..

8) aku dah mula sedar..tak semua aku perlu tanggung sorang2..ramai yang aku boleh paksa share feelings bila aku tensen..haha!

9) aku berkenalan dengan ramai orang yang hebat2, baik2, sangat2 baik tak lupa juga berkenalan dgnorg jahat serta penghasad dengki -nauzubillah, tak pernah aku jumpa ini macam punya orang!-

10) dah2, aku sebenarnya excited tentang sesuatu..pastu tak tidur2 lagi walaupun dah pukul 4.32 pagi..

maka, esok jelah aku sambung............