Friday, September 23, 2016

Belajar menyayangi diri sendiri.

Wah tajuk, bukan main!

Selama berbulan, baru saya cek email dan ada dua komen di blog ini.

Ya, saya mmg pemalas cek email. Malas tulis blog juga. Hahaha. Sbnrnya sbb takde mood pun nak tulis semenjak mcm2 hal berlaku sejak kegawatan ekonomi syarikat.

Ya. Syarikat saya mengalami kegawatan yg sgt2 kritikal.

Paling kritikal bila masuk awal2 bulan 2016.

Tahap kritikal adalah sampai tahap dpt gaji mingguan. Pernah dpt RM150 seminggu!😱

Since gawat teruk, beli ubat rasa mcm nak menangis. Seroquel XR yg saya makan dah jadi 3 biji sehari, sebulan 90 biji. Sebulan satu kotak lebih kurang RM500.

Mcm tak logik mcmana boleh survive. Tapi betul kan, Allah Maha Berkuasa. Semenjak Allah tarik nikmat duit yg banyak dari saya, senjata saya guna mmg doa. Sgt2 byk berdoa agar Allah tak bebankan saya dgn apa2 bebanan yg tak larat saya tanggung.

Tipu kalau saya kata tak ada episod terjadi. Ada beberapa kali. Byk sgt hikmahnya dose ubat saya naik lagi sebiji (drpd 2 biji). Sebab ujian terbesar dtg bila saya dah menyesuaikam diri dgn 3 biji seroquel. Tak dpt saya bygkan kalau saya masih ambil dua biji pil? Mau di buatnya saya relaps dan warded. Nauzubillahi min zalik.



Buat para pesakit, belajar sayang diri anda. Bila kita dah pandai sayang diri kita, kita akan bantu diri kita utk jadi sihat. Org sekeliling pun bahagia. Penting utk faham mengenai ini.

Buat ahli keluarga yg org tersayang dpt mental illness mcm ni. Dah la tak sihat.. Kan? Lepas tu degil dan susah nak di nasihati, saya mohon panjatkan doa yg bersungguh2 buat pesakit. Jgn putus doa. Jgn putus asa.

Berubat dgn yg pakar. Kalau nak buat rawatan islam, pergi darul syifa' yg betul2. Jgn pergi sebarang "ustaz" atau "ustazah". Perubatan islam yg sebenar takkan guna tangkal, kemenyan dan benda2 pelik.

Hanya guna air, daun bidara. Kita semua kena sedar, Allah bukan hanya menguji pesakit. Allah uji org sekeliling pesakit juga. Jgn kerana ujian ini kita nk menyekutukan Allah. Kan?


Pesakit mental illness kena ada hubungan rapat dgn Allah. Kena jaga amalan. Amalkan surah2 pendinding setiap hari. Baca sendiri. Contohnya ayat kursi.

Harap update ini dpt membantu sediki sebanyak.

Sebarang pertanyaan boleh email natsukoteriyaki@yahoo.com

Insya Allah saya akan reply walau lambat. 😋