Wednesday, July 17, 2013

Sedikit Update :)

Assalamualaikum..

Maaf sebab terlalu lama menyepi..

Saya ambil kesempatan utk update laju2 sebab kesian ada beberapa org tunggu feedback drpd saya..

Maaf sekali lagi Insya Allah saya akan cuba update pengalaman mengandung sehingga melahirkan anak dengan bipolar disorder..yep..Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya melahirkan seorang baby boy tahun lalu 22 oktober 2012 dengan cukup sifat dan lengkap dengan kesihatan yang baik.. Alhamdulillah sekali lagi..Dan tidak serik2 saya tengah mengandung anak ketiga pula :) hehe..

so utk yang tertanya2, saya teruskan pengambilan Seroquel XR pada tahun lepas tapi dlm dos yg di benarkan doktor..paling minimum sebiji sahaja sehari..Ini di sebabkan waktu mengandung hormon lebih berlembut dan saya tak memerlukan ubat yang berelebihan akan merasa mengantuk..hehe..lagipun saya dapatkan second opinion daripada private psikitris beliau mengatakan percayalah kuasa Allah, ibu2 mengandung di jaga dengan special care oleh Tuhan Yang Maha Penyanyang.. Ini sangat benar dan saya amalkan pembacaan Al-Quran lebih kerap daripada biasa..

Insya Allah saya akan sambung mengenai pregnancy for bipolar disoder ye.. Yang penting sesiapa yg berhajat utk menambah zuriat kena selalu consult doktor..Saya consult psikiatris HUKM, Private psikiatris, gynea dan pediatrician then baru saya n suami berusaha paln sungguh2.. Plan emosi dan sebagainya..

Buat masa ni saya belum ready nak reveal phone number atau email utk sesiapa menghubungi saya atas sebab2 kepentingan keluarga saya. Insya Allah saya akan minta encik suami create satu email khas utk memudahkan sesiapa bertanya mengenai pengalaman saya..

ok..kepada semua pesakit2 bipolar disorder di luar sana, jangan putus asa k..If rasa org2 sekeliling tak leh terima keadaan kita, berdoalah kepada Allah..Sesungguhnya Allah jua yang Maha Memahami dan Allah sangat2 suka andai kita mengadu padaNya..banyak zikir..buatlah amalan walaupun sedikit tapi istiqamah..Tak guna kalau kita hanya menyalahkan takdir..Takkan hidup kat dunia kita nak putus asa..Akhirat kan kekal abadi..takkan kat dunia kita nak sengsara, akhirat pun sengsara kan? so kita sendiri juga kena fight sungguh2..Sayangi, fahami diri kita..Baru manusia2 lain akan sayangi dan cuba untuk memahami diri kita..

Take care dan jangan skip medicine please!