Assalamualaikum semua.
First time saya cuba tulis blog guna henfon shj. Harap2 ok lah ye?😊
Lama betul tak buka blog. Ramai jugak yg komen.
Mula2 saya nk mohon maaf kpd saudara dan saudari yg tghu reply dr saya.
Dan saya juga nk mohon maaf sbb tak dpt nk call atau add korg kt fb personal saya.
Walau sekuat mana saya nk bantu org sekeliling, saya kena kuatkan diri bantu diri saya dahulu.😊
Alhamdulillah, update kesihatan mental saya boleh di katakan sedikit "matang" jika nk di bandingkan dgn masa dulu2 saya baru di diagnose dgn bipolar disorder.
Kenapa saya kata lebih matang, instaed of sihat? Sebab melalui pengalaman, saya dah boleh sikit2 kawal diri saya.
Bukan nak kata kesihatan saya perfect. Tp Alhamdulillah saya belum pernah warded lagi bbrp tahun kebelakangan ni. Saya tak igt, ada tak saya post last kena warded sebab bipolar adalah pada tahun 2012. Lepas bersalin anak kedua. Sebab saya skip makan ubat sebulan jugak acah2 nk menyusu badan anak.
Pada awalnya mmg smooth sailing. Skip ubat seminggu, ok je.. Takde apa pun.. Skip dua minggu. Wow, rasa mcm normal dah ni. Skip 3 minggu, kompom saya ni tak payah makan ubat. Tak silap saya minggu ke 4 saya dah tak centre. Dah berhalusinasi.
Ya Allah, masa halusinasi mmg best la. Nampak warna hijau berseri-seri feeling "eh, aku ni dah pergi syurga kot.." Fefeeling boleh bercakap dgn haiwan, tgk burung terbang pun konon dah boleh baca "body languange" burung. Kau hado? Hahahha.
Ni serius saya cerita, supaya korg2 yg ada sakit jgn mengada nk stop/skip ubat sesuka hati mak jemah korg. Dan buat org sekelining, jgn di hina jgn di keji, jgn marah org2 yg ada sakit mcm kami ni. Korg tak tahu betapa sakitnya jiwa kami meronta2 konfius, meronta2 tak nak terperangkap dlm dunia fantasi kami ni.
Tu la bila2 saya tgk "org gila" tepi2 jalan. Yg comot2, yg cakap sorg2 tu senyum sorg2 jgn judge. Jgn ejek. Doakan diorg. Sehina2 "org gila" tepi jalan tu korg tgk, mulia lagi diorg di sisi Allah sbb masa tak waras, seperti bayi tak berdosa taraf mereka sebenarnya.
Kalau berani, judge dan hina, gelaklah sepuas hati. Masa hadapan, korg pasti yg diri korg, ahli keluarga, anak2 zuriat keturunan korg tak dpt sakit mcmni? Haaa.. Jgn angkuh. Allah tengokkkk je perangai kita kan?😉
Ok cut short, kan pernah saya kata saya ni konfiden makan seroqurl XR dua biji. Nak ikutkan doktor tgk keadaan saya patut makan 4 biji. Bertahun2 saya ok je dgn seroquel XR sebanyak 2 biji (100mg). Sampailah tahun syarikat saya mula gawat.
Permulaan gawat, sblm korg yg makan gaji rasa tempias gawat, peniaga2 semua dah mula dpt bahang gawat seawal tahun 2014 lagi. Dgn masalah pekerja, masalah kewangan. Mental saya sgt rapuh. Bbrpa kali saya rasa nk masul alam halusinasi. Tp saya fokus, tabahkan diri lagi.
Sampai la saya akhirnya mengaku kt prof nik, saya dah tak tahan lagi. Sbb emosi saya mcm rollercoaster. Sekejap rasa ok, boleh handle. Sekejap down, sedih. Sekejap happy skit, pastu marah2 melampau.
And dlm seminggu dua saya sendiri fikir. I have to stop this! Saya tak mau kena warded lagi.
Masa tak brp stable, apoimen jadi 2 minggu sekali. So doktor pakar pantau secara ketat. Saya asik kata, "prof, saya tak nak masuk ward. Saya serik, saya takut."
Prof nik kata, naikkan ubat jadi 3 biji ya?
Masa saya feeling saya ok, saya degil. Pada hemat saya, ubat bertambah maksudnya saya sgt tak sihat. Itu pikiran dangkal saya la.
Sampai la apoimen ke berapa saya tak igt, masa tu jumpa prof pun bergenang2 air mata (selalu jumpa doktor saya jarang cerita apa2 kalau tak ada yg perlu saya cerita. Lagi2 nangis mmg tak lah dpn doktor) prof nik kata, naikkan dose jadi 3 biji ok?
Dgn takut2 saya kata ok lah saya try.
Alhamdulillah, rupanya bila tmbah dos jadi 150mg, fikiran saya lebih lega dan tenang.
Jumpa prof seterusmya saya ckp saya happy "walaupun pada awalnya saya sgt skeptikal kan prof."
Prof selamba je ckp "a ah.. Skeptikal sgt.."
Alhamdulillah setakat sehingga 2016 ni, saya masih makan seroquel XR 3 biji sehari. Infact, makin lama makin terduga dgn mcm2 dugaan hidup, saya lebih rileks.
Tp saya mengaku, tak perfect. Saya pun namanya manusia. Sekali sekala ada je hari2 beremosi saya mcm korg semua yg sihat2 tu. Nak2 kalau pms ke. Ada masalah dgn staff n anak2 ke. Pernah juga saya marah secara melampau pada anak saya.
Seminit lepas tu terus nangis peluk anak minta maaf.
Sambil teresak2 saya ckp "maafkan mummy, maafkan mummy. Mummy tak sihat."
Sedikit2 saya dlm proses nk explain pada anak sulung conditionn saya.
Prof nik tak kasi ckp terlalu terus terang. Sbb anak sulung masih muda. Just inform yg "mummy mmg tak berapa sihat, sebab tu kena makan ubat. Maafkan mummy kalau ada buat salah."
Insya Allah, once anak sulung dah matang, saya akan confront dia secara jelas.
Jadinya azam tahun baru saya adalah utk kekal sihat, kurangkan marah. Lebih dekat dgn Allah dan banyakkan doa.
Buat pesakit2 BD lain, ada yg nak saya contact. Ada yg nak saya add di FB. Saya ingin mohon maaf sgt2. Saya bukan tak nak bantu. Tapi sungguh, kita pesakit BD ni kena bantu diri sendiri dulu. Kita kena hadkan fikiran. Saya mmg elak berkenalan dgn org baru. Sbb saya nk fokus dgn diri saya dan org2 yg mmg ada di sekeliling saya.
Menjadi org BD mcm kita, mmg sebaiknya elak terlalu eksaited, elakkan diri masuk dlm masalah otg lain. Sbb masalah kita sendiri sudah berat. Bipolar disorder boleh di kategorikan sbg org yg sgt2 mengambil berat.
Once saya step in dlm cerita life org lain, saya akan menjadi sgt "into it". BD person sgt caring dan ianya baik bagi org keliling jika BD person dlm kondosi normal. Tapi, ianya sgt tak bagus bilamana BD menyerang pesakit.
Contohnya macam saya, saya boleh jatuh sakit risau berlebihan, sedih berlebihan dgn masalah org sekeliling saya.
Kdg2 saya terpaksa selfish. Prof nik juga pesan benda yg sama.
Saya nak sihat, aaya mmg kena kuat, kena kenal diri saya.
Saya dah keluar dr bipolar disorder support group.
Sebab ianya sgt berat bagi seorang saya.
Setiap masa, ada sahaja members yg cerita mengenai masalag demi masalah. Kesedihan demia kesedihan, cerita lalu, penderaan dan pelbagai benda yg negatif lagi.
Dada saya jadi sesak.
Saya mmg tak boleh.
Saya keluar dr grup
Thursday, January 14, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)