hari ni aku bangun pagi..yeay!!HAHAHA..nampak kesangatan aku susah nak bangun pagi.masa mula2 amik ubat dulu lagik teruk,nak bukak mata pon susah.kena makan olanzapine + lexapro + epilim..semua ubat ngantuk2 k..i mean ngantuk sampai leh la aku tido sampai bila2 pon tak habis rasa ngantuk dia...mata sampai tak leh bukak memang drug addict sungguh aku pada masa tersebut..
satu hari dah tak tertahan sangat,aku tepon gak doktor nak gak benti amik salah satu ubat at least..ye la kau,dah sampai nak bangun benafas pon dah tak leh ape kes..nak berenti amik ubat bukan senang..banyak plak soalan nak jawab ngan doktor..itu la ini la..mula2 kurangkan dos dulu..tak gak hilang mamai,akhirnya dah nak separuh mati aku dibuatnya baru la doktorr phang suh aku berenti makan olanzapine dulu..
olanzapine ini ubat untuk antisaikotik..kalu bahasa senang doktor aku mesti tanya,ade nampak benda2 atau dengar benda2 lagi?? (macam hantu ke,suara2 ke)..aku kata tak de la..last yang aku ludah pala makcik tua tu je la..tak lama baru la aku dibolehkan berenti makan olanzapine itu..tapi syaratnya,jika ada nampak apa2 atau terdengar apa2 aku kena cecepat mintak ubat tu balik..ubat aku yang ada lebih tu doktor suh sedekah je balik kat spital..sebab ubat tu bukan murah k..tak sila aku kalu kerajaan tak subsidi sket mau bayo 5-6 ratu satu kotak kecit..ni aku bli dalam 2 ratus (tak bape ingat) satu kotak kecit..nasib baik dah benti
1)jimat duit laki aku
2)tak la drug addict sangat
maka aku pun dengan jayanya memakan lexapro dan epilim sahaja..lexapro itu adalah untuk kesedihan melampau aku selepas kuar wad..sebenarnya lepas kuar wad aku kena makan olanzapine + epilim je,tapi satu hari yang poyo,aku cube membuat eksperimen tak nak makan ubat apa2 pun (kira tunjuk pandai la..biasala,orang bipolar ni memang 'memandai2' sket..heheh)..lepas ekperimen beberapa hari (tanpa diketahui mak aku n doktor aku) aku pon menjadi moody giler tahap melampau..menjadi sedihhhhhh sangat2..sedih itu la,sedih ini la..apa2 je leh wat aku rasa nak nangis..huuuuuu..mengapakah aku ini memandai membuat ekperimen kepada diri sendiri..adakah aku pikir aku seorang yang mythbuster??patut ekperimen la kat tikus ke,cicak ke..tak pasal2 aku kena makan satu lagik ubat..g ofis pon tak larat nak g pagi dah..tapi bulan ni aku dah start benti lexapro..
hahaha..seronok sungguh..
macam biasala,bukan senang nak benti ubat ni..macam2 nak kena jawab ngan doktor..lexapro ni kalu amik belebihan bahaya plak..nak2 bipolar disorder..sebab bipolar ni penyakit yang sangat2 kompleks..aku je yang dapat rasa,n orang2 terdekat je yang dapat nampak perubahan diri aku..lexapro ni untuk menaikkan graf dari low kepada normal..kalau terlebih makan,aku leh jadik high plak..dat means extreme,meradang,kalau happy,happy sangat..bukan tak leh jadik happy,macam kalau terbang tinggi sangat,jatuh kedebabom,sakit giler nanti..sebelum aku stop lexapro tu,aku dah ok dah aku rasa..marah2 dah kurang,mood agak stable..cuma ngantuk tapi tak la seteruk dulu..tapi...satu hari..
sha2 adik aku tipu pasal result pekse dia..aku paling pantang orang tipu2 ni..aku punya mengamuk,sampai 100meter dengar suara aku tempik kat dia..melampau betul..tu la,bila dah belaja pon main2 result teruk ada plak nak tipu lagi..(along tau u'll be reading this)..its a lesson for you..bila dah ada anak sendiri nanti,dia buat perangai camtu baru kau tau..ye la,kau bukan anak aku,but adik aku k..bawah umur lagik..dah pepandai nak tipu2..after hangin satu badan (nasib baik tak kena penampau jepun) terus masuk bilik terus tak de mood..
tu yang aku malas nak bising2 dah skang..aku ske wat tak tau je skang..tapi kalau dah melampau..hangin la..dah la tu,aku gak yang kena tanggung effek selepas kejadian..then baru2 ni gaduh lagi ngan dia..eiii tensen tul..boleh paham tak,aku tak mau gaduh2..kalu gaduh aku takut tebunuh orang je kang..HAHAHA saiko betul aku ini..haaaa jangan main2 saya ni dalam rawatan..huhuhu..malas la nak pikir..aku pun malas nak duk umah mama lagi (sementara umah aku siap aku duk ngan mama jap)..so hari ni aku nak g tengok umah sewa..bes gak,dah lama tak bedua2an ngan encik syahrul..
opppsss kali ni betigaan..shebok je la anak mummy ni..orang nak kiss daddy,dia pon shebok nak kiss gak..
so skang dengan jayanya aku makan epilim..3 bijik plak tu..ubat ni untuk mood stabelizer..stabel la sangatttt...tapi actually,ubat2an yang diberi banyak membantu aku..yang tak best ialah
1)dah la sebelum ni kuat makan,betambah lagi selera makan
2)menjadi gemuk (waaaa....tu la encik syahrul kata "masa kurus nak gemuk,masa gemuk nak kurus"...gemuk sket tak pe yang,ni perut ni berapa orang ingat ada baby ni??!!!)
3)bayangkan dari xs skang baju L aku pakai (satu sebab lagi sakng tak nak ketat2 dah)
encik syahrul cube untuk berkata aku tidak gemuk..tapi satu hari tu dia tanya gak ujay "gemuk ork nadia lening"..ciss..nasib baik ujay yang baik hati dan tak gemuk2 itu kata "eh,tidaklah,dia semakin jelita" (heheheh..ayat disebelah mengandungi ayat tokok tambah)..
dan satu lagi
sekurang2nya bila tanya adam..
"adam,mummy cantik tak"
"antik (cantik)"
hahaha..kena tipu lagi korang,adam memang akan pilih ayat terakhir sahaja..
Monday, February 16, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)