Showing posts with label bipolar disorder. Show all posts
Showing posts with label bipolar disorder. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Pregnancy for Bipolar Disorder

As Salam kepada semua pembaca entri..

Eh, aku tak sangka ada komen kat entri yang lepas.. hehe..

to cik Nana : jgnla macam tu..kalau setiap kali hati kita rasa kecewa, cepat2 kita istighfar kat Allah banyak2..nana jgn fikir sgt kecewa itu ye (^_^).. Memang kdg2 kita rasa kita dah tak boleh dah nak tabah..Rasa fragile sgt2..tapi kita memang kena lawan perasaan tu..selalunya saya akan fikir tentang orang lain yang lebih susah, yang lebih besar dugaannya agar saya jadi lebih kuat..Selalu amalkan doa "Ya Allah, janganlah engkau berikan aku dugaan yang tak larat untuk aku tanggung" amin, ya rabbal 'alamin..

to anon pertama : ye ke...bestnya ko tak yah makan ubat..memang cita2 semua yang sakit utk tak makan ubat..aku pun tgh dlm usaha ke arah itu..aku masih tengah belajar untuk menghadapi penyakit ni..syukurlah, ko dah sihat..aku pun berharap yang satu hari nanti aku pun boleh lepaskan diri dari ubat2 ni semua..cuma aku belum lagi sampai confident level tahap paling tinggi..mmg kita semua kena serah kat Allah, tp dgn mkn ubat ni aku pun berusaha dan bertawakkal juga kepada Allah..

p/s : ko tak de blog ke..nk share pengalaman ko utk kebaikan org lain? kalau ada bitau la ye..


to anon kedua : waalaikumsalam..alamak nama ubat2 yang isteri awak makan tu saya tak pernah dengar la..saya tak pernah makan pun ubat yang awk sebut tu..so saya tak dpt nk bagitahu pengalaman saya berkaitan dengan efek ubat2 tu..entri ni saya buat untuk reference encik dan isteri..


Hari ni aku nk cerita mengenai prengnancy aku..

Entri yang sebelumnya aku ada cerita mengenai keinginan untuk menambah zuriat.. Korang, zuriat aku yang pertama ; Adam adalah sebelum aku mengambil mana2 pil utk penyakit bipolar ni.. Sebab aku melahirkan anak pertama sebelum di diagnose bipolar. Aku di diagnose pada tahun 2008. Doktor kata dua tahun lepas tu barulah boleh cuba utk pregnant lagi. Tapi tahun 2010 aku macam tak berapa sedia lagi. Alhamdulillah, tahun 2011 ni keinginan untuk dapatkan anak lagi semakin membuak2 sampai aku berusaha lebih keras untuk memastikan keadaan emosi aku lebih terkawal.

Entri yang lepas pun aku ada citer yang aku tukar ubat, yang mana menurut pendapat doktor yang berlainan antara satu sama lain ; ada yg kata ok utk pregnancy..ada yang kata tak ok..

Jun 2011, aku dapati ujian air kencing aku positif.. Aku pregnant! Memang happy aku encik suami. Padahal period aku lambat beberapa hari je. Di sebabkan terlalu excited, aku buat pregnancy test cepat2.. Cepat2 buat apoinment dengan gynea, sbb nak reconfirm..

Tapi, rupanya memang aku kena tunggu lagi seminggu.. Sebab kandungan terlalu baru, tak nampak pun time ultrasound.. Ok fine, tahap excited aku melampau macam org tak de experience dapat anak.. Hehe..

The next week, jumpa gynea dah nampak ada satu tompok yang menandakan aku memang mengandung. Gembiranya hati, Allah je yang tahu. Terus gynea aku bekalkan aku dengan vitamin2 yang lengkap untuk support baby aku. Vitamin time pregnant adalah tak sedap. Aku pun tak tau napa. Memang since aku ngandung first baby macam tu.. Cuma kali ni aku lebih berdisiplin, sebab aku betul2 berharap kandungan aku terjaga dengan rapi dan aku berjaya melahirkan baby yang sihat...

Dua hari lepas jumpa gynea, aku g HUKM sebab mmg dah alang2 ada apoimen tarikh tu.. Kalau ikutkan diorg, once aku pregnant terus kena inform and terus kena datang klinik.. Korang, doktor2 kat HUKM tu memang baik layanannya.. Selalu kata kat aku bila2 nk dtg pun boleh.. Boleh day call lah, boleh datang direct lah.. Tapi kann.. Kaunter pendaftaran tu selalulah macam nak menyondek (menyondek=merungut tahap cipan) kalau ada patient yang dtg secara tiba2 nk jumpa doktor.. Diorg mcm bengang kalau tetiba patient dtg tanpa apoinmen, susah nk carik file katanya..

Aku beberapa kali jugak nampak kejadian diorg yang marah2 patient yang dtg tanpa apoinmen. Wahai penjaga kaunter, korang tau tak.. Bukan sengaja mengada2 kalau kitorg ni nak dtg hospital.. Ikutkan hati, malas giler nk g hospital setiap masa, kena makan ubat setiap masa.. Tapi.. Kitorg ni berusaha nak sihat.. Kalau korang tengking2 macamtu time kitorg stress, korang ingat kitorg tak boleh tarik leher kat lubang kaunter tu pastu siku pala korang ke? Hahaha..

Seriesly, kebodohan kesombongan diorg ni kdg2 aku pelik.. Patient yang dtg tiba2 tu, ada sebablah..Mana tau dia dah seminggu tak tidur..Tetiba nk jumpa doktor kena tengking, mmg carik nahas la kan.. Aku ckp kat suami "Yang, diorg sedar tak kita yang sakit ni bukan sakit biasa2..kang ada yang kena kang.." aku cakap dengan nada saiko..*evillaugh*


Ok dah2..tiba2 aku emo dengan penjaga kaunter pulak..

Sebelum jumpa doktor aku dah siap-sedia kawal emosi supaya jadi kental. Aku kena ready kalau2 jumpa dengan doktor yang tak menyokong aku mengandung..Oh, kena inform kat korang yang aku jumpa doktor berlainan setiap kali rawatan ulangan..Kdg2 dpt doktor yang faham kita, kdg2 dpt doktor yang ala2 je..

Macam yang aku expact.. Doktor tu terkejut yang aku cakap aku mengandung.. Terus tnya soalan2 lazim.. Pastu terus call doktor pakar dia untuk citer kes aku ni..Time tu aku dah macam tegar je..Aku pikir, jangan la doktor pakar tu dtg jumpa aku..Aku malas skit kalau doktor pakar tu dtg jumpa, sbb dia dah la since aku kuar tak pernah jumpa aku one-by-one..kang tau2 je dia suh aku makan ubat ikut teori dia, tanpa mendalami betul2 history aku..

Lepas doktor tu letak telefon, dia terus ckp "awk tau side effect bla..bla..bla..?" aku terus potong and cakap aku redha kalau apa pun terjadi, and aku sendiri yang decide untuk teruskan kandungan ni.. So doktor tu pun kurangkan dose aku menjadi sebijik je seroquel..

Then aku pun meneruskan pregnancy aku dengan memakan sebijik (50mg) seroquel XR, 3 biji sehari folic acid dan dua vitamin lain yang aku tak ingat nama dia.. Macam biasa, aku morning sickness bersilih-ganti dengan encik suami.. Suami yang tercinta kena sickness sampai 3 hari berturut2 terbaring je.. Kesian dia.. Aku pun muntah2, cuma tak seteruk anak pertama tu..

Sebab aku special kes, instead of jumpa gynea sebulan sekali..aku kena jumpa every two weeks..HUKM pun setiap dua minggu..Oh, terasa diri ini di sayangi..*hahahatetibakau*

Masuk bulan Julai aku ada nampak muka gynea aku macam pelik + risau sikit..Masa tu dia macam ada bagi hint2..Di kata baby mcm kecik..Tapi, tunggu lagi dua minggu tengok perkembangan macamana..Balik rumah aku terus sedih..Sedih sgt2..Memang efek emosi aku time tu..Macam2 aku pikir..Risau, sedih, tensen, marah dengan diri sendiri sebab buat baby aku suffer and macam2 lagi lah..Infact aku ambil tindakan drastik dengan stop seroquel sebab aku rasa bersalah dengan baby..

Aku down sgt2..Menangis hampir seharian dalam bilik..Tak selera makan, tak nak buat apa2 pun..Sampai buat semua orang risau..

Bila time sedih2 macam tu, kita sendiri je yang boleh pujuk diri kita.. Memang la orang sekeliling aku sgt2 alert yang ambil berat.. Tapi kalau semua org pujuk, tapi kita sendiri yang tak pujuk hati kita..Memang susah..Hati memang betul2 kena kuat..Aku nasihatkan, sesiapa yang ada penyakit berkaitan macam aku, before nak mengandung memang kena kuatkan hati dan ingat Allah banyak2..Sebab time pregnancy emosi memang tukar..Bayangkan la, time period pun orang perempuan punya mood swing dah lari2..Inikan pula pregnant + bipolar.. Tapi Alhamdulillah, aku manage to get myself back sehari lepas tu..Aku fikir, takkan sebab doktor kata baby kecik aku pun nak menyerah kalah.. Esoknya aku terus continue medication dan makan, tidur, kerja macam biasa..Kerja makna di sini adalah cuma berbaring di depan tv.. Hehe..Bestnya time ni..Manja sgt2..Semua orang layan kita macam puteri raja..

25 Julai, gynea aku mengconfirmkan yang baby aku memang tak membesar langsung..Tak de heartbeat, tak membesar..Tak ada..Baby tak ada..


(T_T)

Hancur remuk hati aku time tu..Tapi, sebab dua minggu sebelum tu aku dah prepare dengan segala kemungkinan..Hari tu aku macam dah agak tabah..Terus aku cakap, bila boleh buat D&C..Gynea aku kata paling cepat esok..Kena datang pagi, kena puasa..

Malam tu, aku n encik suami confront adam pasal baby ni..Adam ni anak yang cerdik, memang tak boleh tipu dia sebab dia dah faham hidup dan mati, syurga dan neraka..tapi kefahaman stail umur2 dia la..Di sebabkan dia pun terlalu excited nk ada adik, kitorg ckp elok2 kat dia yang adik dia kena masuk syurga..Meraung2 dia time kita cakap macam tu..Dia keep on kata kenapa adik kena g syurga..Kan adik ada dlm perut mummy..Kenapa..Kan adam belum jumpa adik lagi..

Sedih sgt time tu..Tapi akhirnya kitorg manage bagi dia faham yang esok memang adik dia tak ada dlm perut mummy lagi..

Esoknya aku dtg dengan penuh debaran..Aku fikir, ye ke..Macam tak percaya je..Punya la aku pesan ngn encik suami kena ada kat sebelah aku sampai habis proses tu..Rupa-rupanya aku sorang je kena naik atas, encik suami nurse suruh balik dulu and dtg pukul 2.30ptg nnt..Ya Allah, takutnya aku masa tu..Panik, habis peluh sejuk semua..Tapi buat2 tabah je la..Adam mengamuk tak nak kasi aku masuk ward sengsorang..Time tu hati aku bertambah2 sedih..

Aku masuk bilik dengan sorang lagi kakak ni.. Aku senyap je..Sebab nak menghayati masa2 terakhir dengan baby aku ni..Biarlah kalau orang kata baby aku tak hidup pun..Tapi sebagai ibu, perasaan aku dengan baby tu dah develop macam dia hidup..Aku baca surah2 yang menenangkan hati..Aku doakan kesejahteraan baby..Aku rasa precious sgt time tu..Masa aku berdua dengan baby buat kali terakhir, di saksikan para malaikat and Allah je yang tau perasaan aku time tu..

Yang buat aku sedihnya, org sebelah aku tu siap cerita macam2..Yang dia tak nak baby dia sebab tak mampu..Time tu aku fikir...Apakah? Motif cerita yang dia macam 'serba-salah' nak buang baby dia sebab baby dia sihat..

"Sekurang-kurangnya awak tak serba-salah macam akak..Baby awak tak menjadi lagi"


Time tu aku rasa macam kakak tu tengah hiris2 je hati aku ngn pisau lipat 20sen yang karat-tak-karat tu..pedih je aku rasa..bengang je aku rasa sebab dia faham tak, aku nak baby..dia nak buang baby???? Infact, skang tengah type ni pun aku rasa macam ada batu kat dada aku utk memikirkan segala bualan rancak yang keluar dari mulut kakak tu..Macam2lah..Sampai aku buat2 macam tak interested..Baru dia macam kurang sikit beborak tu..

Nurse pun macam pelik tgk aku..

"Kenapa, tak nak anak ke?" tiba2 dia tanya

"Nak.."

"Habis tu, kenapa mau buang?"

"sebab baby tak develop..."

"oh, patut i nampak u sedih sangat.."


Aku fikir..Oh tidakkk..Ramai sgt ke yang tak sedih nak buang baby ni...


Lama jugak tunggu dlm bilik before proses nak "cuci" baby aku..Nurse bagi makan ubat pahit tanpa air..Then perut rasa kebas + kejang + mual..Dua jam jugak la tunggu je dalam bilik..Bayangkanlah..Nak kawal emosi lagi, supaya tabah dengan ketentuan Allah..Supaya tabah dengan akak sebelah (=_=")...

Akhirnya nurse suruh tukar jubah and naik ke operation room..

Masuk operation room aku rasa panik sgt..Aku fikir, mampus la kalau aku tak lut bius dia...ngeri ke camne la rasa 'cuci' tu nanti..Tarik nafas, hembus nafas dengan keadaan terkawal (untuk hilangkan panik)..Then doktor yang ceria kata "are u ok?" aku cakap memang tak ok..nurse pun sarungkan oksigen kat aku..and doktor pun inject bius kat lengan aku..Aku pun sempat mengucap (kalau2 kang tak terbangun ke kann..), zikir banyak2 dlm hati..

And tetiba dengar suara.... "ok girl, pindah katil ni"..

Aku pun mamai2, bangun pindah katil tu diorg tolak g bilik yang aku tunggu berjam2 tu..Pegang perut and cakap "bye2 baby..mummy love u so much"....


Untuk baby yang pernah ada dalam rahimku ;




A date to remember...

The promises that mummy's made..

To cherish every moments that mummy had with you..

For mummy to remember..how happy mummy was..how great mummy feels..

It's a date that full of pure sadness..

For mummy to grieve..to feel a great sorrow..

As long as mummy lives..

Thought for you will remain in mummy's Doa..

Insya Allah..


Mummy, Daddy, Abang will always love you sayang..Always..


Dua minggu aku berpantang kat rumah mak aku.. Suami yang baik menemani aku dan menjaga aku dengan penuh kasih-sayang.. Encik suami even masak lauk untuk aku berpantang.. Terngiang-ngiang aku dengar Adam cakap kat atuk dia time hari first aku balik rumah mama..

"atuk, baby dah takde..dah masuk syurga dah"

Ya Allah, kalaulah kau kata benar itu rezeki aku, maka aku bersyukur..Tapi kalau bukan rezeki aku, maka aku redha..Semoga kau menjadikan Adam anak yang soleh, taat kepada kedua orang tuanya dan bahagia dunia akhirat..Amin..Ya Rabbal'alamin..


p/s : skang aku mengekalkan dose sebijik sahaja seroquel! Dan sekarang, cita2 aku semakin kuat untuk meng-free-kan diri aku dari ubat2 selagi tak mendatangkan mudarat pada aku dan keluarga aku..Insya Allah, ada rezeki..aku akan terus mencuba untuk next baby! (^_^)v

Saturday, March 12, 2011

Seroquel XR

Entri panjang berjela..

Aku buat entri ni khas untuk orang nak tahu review mengenai ubat yang aku amik skang.

Nama dia Seroquel XR. Mungkin ada yang nak search untuk kegunaan orang yang tersayang, ataupun pada sesiapa yang tgh buat research pasal ubat ni. Aku agak aware yang kat negara kita ni, tak ramai pesakit macam aku yang suka nak share benda2 macam ni kat blog terutamanya. Cuba korang try search, memang payah nak carik. Kalau kat oversea tu belambak la diorang review.

Maka dengan ini, aku pun dengan hati yang tulus ikhlas nak sharelah apa yang aku rasa mengenai ubat terbaru aku ni.

Before this, aku amik epilim. Epilim tak la mahal sgt, sekotak dapat la RM45, utk sebulan aku rasa. Oh ye, aku memang train otak aku supaya tak berfikir benda2 yang tak perlu. Maksud aku, kalau tak penting utk aku addapt dlm brain aku ni, aku just let go. Yang aku sedar, since aku on medication, aku memang tak boleh nak memorize sebanyak yang aku boleh memorize sebelum aku makan ubat2an ni. Itu penting ye, kita ni bukan robot. Just let it go.

Aku dapat tahu aku bipolar tahun 2008..Then tetiba la kan, tahun 2010 menjelma.. Aku pun ber poyo-poyo la mengada nak pregnant lagi..Konon la kan..Padahal emosi ala-ala lagi tu. Tak la, aku before dpt tahu ada bipolar ni, aku memang plan nak at least 5 orang anak. Aku ni memang berangan nak ramai anak. Tapi....

Hampir kebanyakan doktor kat hospital aku tu cakap tak di galakkan. Ok, nak share sikit pasal kelemahan jumpa doktor kat hospital yang bukan private ni ye. Memang la aku bersyukur sebab murah, tak la aku mampu kan, nak jumpa pakar psikiatri yang private yang macam kita tgk dlm muvie tu. Mahal, memang mahal. Tapi aku kdg2 tensen sebab setiap kali jumpa, doktor baru. Doktor kalau baru, setiap kali la nak tanya soklan yang aku bosan nak jawab. Paling tensen, mesti nak kena ulang benda yang sama banyak kali. :


"dah kahwin? ada anak ke belum? anak berapa orang? kerja apa? kat mana? adik beradik berapa orang? hari ni rasa macamana?"

Tensen, tau tak?

Ok, sambung pasal ubat. First2 aku panik gak nak tukar ubat ni. Eh, bukan senang tau nak adjust ubat dengan kita. Ubat yang aku makan tu, bukan macam panadol efek dia. Kalau dapat yang dose tinggi, macam orang hisap dadah dah aku ni. Tapi, sebab plan nak ada anak lagi punya pasal, aku tabah dan berserah je kat Allah.

Mula2 stop epilim perlahan-lahan, then doktor suh aku amik sebijik dulu seroquel tu. Tapi kan, seroquel tu amatlah mahal ye. Aku nak minta diskaun, diorg kata ada org yang lebih susah memerlukan diskaun tu. Aku pun malas nak pikir, commit je lah. Satu kotak 50mg ada 60 tablet. Satu kotak tu, RM270. Korang jgn nak kata 'hek eleh, murah je'..cuba kalau ko calculate, sepanjang hidup aku ni, kena beli ubat tu sebulan sekotak. Skang ni setiap kali aku beli stok dua bulan, RM540..

Mula2, aku makan sebiji je. Then dia naikkan dose kepada dua bijik. Ikutkan doktor, aku ni patutnya makan at least 200mg. Baru cukup. Tapi, nak stabilkan dengan dua bijik ni pun aku hampir2 nak surrender.

Dia punya efek..Ya Allah, tuhan je tahu. Pening dia giler semacam...Macam tak larat nak bangun tidur, mual macam orang pregnant, kepala pusing2..Aku siap stress lagi..Doktor kata normal, tapi kena sabar la sikit. Pastu kalau dah dapat stabil dengan dua bijik ni, dia nak tambah lagi dua bijik, so jadi empat bijik sehari. Mampus, aku pikir masa tu.

Aku merungut la kata kat mak aku.

"tak larat kalau along kena tambah dose ni ma"

Mak aku pun risau la kan..Pastu aku ada jumpa gynea aku, private punya klinik. Dia kata, setakat ni, seroquel memang tak ada kes yang bahaya untuk pregnancy. Sebab ubat ni baru 10 tahun. So, kira agak baru. Then dia kata, cuba la kalau tak makan ubat?

Aku kata, kalau berhenti ubat ni, mau aku punya energy bagai di pam-pam. Dia kata "it's good to have a lot of energy, rite?"...Amboi2...memang la bagus, tapi energy aku melampau sgt.. aku memang tak nak amik risiko..serik aku duk wad psikiatri..Tapi, dia kata boleh je kalau during pregnancy nak teruskan makan ubat. Aku pun memang dah decide, kalau aku pregnant, memang aku tak stop makan ubat. So gynea aku kata, at least biarlah after six month aku lepaskan epilim, baru try utk mengandung..

Dalam dua minggu, aku still rasa mual yang teruk, dan hampir2 nak quit. Tapi sebab ketabahan aku dan keinginan aku nak pregnant tu sangat2 la tinggi..Akhirnya, alhamdulillah..Aku dah boleh serasi dengan dua bijik Seroquel..After aku dapat keserasian tu, aku rasa bersyukur sangat doktor tukarkan aku ubat ni. Rasa dia lain sangat2..Lebih hampir kepada rasa diri sendiri yang 'normal'.

Tu la aku ckp kat husband aku, memang patutlah ubat ni mahal. Efek memang tak sama dengan epilim. Seroquel ni buat aku jadi macam before aku di diagnose. Tapi, emosi aku dalam keadaan yang terkawal. Ubat ni, kalau aku tetiba ada mood yang down atau aku ada hadap benda2 yang stress to the max, dia akan automatically buat aku rasa mengantuk. Aku tak tau la orang lain macam tu ke tak. Tapi tahap keserasian aku dngan ubat ni sampai tahap macam tu lah.

Orang sekeliling yang rapat2 dengan aku memang aware dengan penyakit aku ni. So, if suddenly aku jadi malas tahap gaban, dalam tengah miting yang stress, tetiba aku boleh layan pala mengantuk atau lepas miting tu aku terus buat benda lain yang tak buat aku fikir benda tu. Takpun, aku menangis puas2, pastu aku tidur. Bila bangun terus aku rasa fresh. Memang best!

Then, idea aku pun dalam keadaan yang terkawal. If dulu before aku tau aku bipolar, aku punya ideas/ jumping thoughts dalam masa 24 jam tak henti2... Contoh aku punya idea atau pikiran ni macam ni ;

aku pikir nak g terengganu cthnya..pastu aku terus pikir kat tgganu nnt nk g pantai, makan keropok lekor, minum air kelapa muda,main layang-layang, pastu tetiba aku terpikir, eh buat bisnes jual kelapa muda kat internet mesti bagus. Boleh buat delivery, target audience yang macamana? boleh jadi kot, tapi aku nak kena buat reasearch.

Korang nampak tak? Patutnya, kita pikir la satu persatu kan? Kan mula2 tadi pikir nak g terengganu je. Yang aku sampai melencong nak pikir buat bisnes jual air kelapa tu kenapa?

So, since aku amik seroquel ni, idea aku tersusun dan teratur. Infact, sekarang aku pun pandai kawal supaya fikir apa yang aku boleh jadikan realiti, dan tak fikir terlalu panjang sampai untuk perancangan 50 tahun akan dtg. Fikir kehapadan tu bagus, tapi terlebih fikir tu kan memudaratkan?

Aku ada ckp kat doktor yang aku memang tak nak tambah dose. Aku memang dah selesa dengan dose yang di beri. Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih ambik 100mg sehari. Korang kena tahu, memang la diorg doktor dan ada kajian bla.bla.bla. Tapi end up, kita tahu apa yang kita perlukan. Apa yang kita rasa selesa. Tapi, jangan jadi bodoh sombong la pulak.

Bodoh sombong tu pada aku adalah orang yang patutnya on medication, tapi menggatal skip terus ubat dia pastu berangan nak jadi sihat. Tapi please lah, jangan sesekali buat macamtu kat diri kita, dah la menyusahkan orang sekeliling. Then, fikir-fikirlah masa depan kita..kalau kita degil tak bertempat..kesian kat suami, isteri, ibu, ayah, adik beradik, anak..kan?

Untuk sampai dalam keadaan yang stabil macamni, banyak yang perlu kita usahakan. Allah memang akan tolong orang yang berusaha. Betul.. percayalah. Aku bersyukur sebab dapat family support yang kuat. Bagi sesiapa yang rasa keluarga tak membantu, mungkin kita harus berhenti fikir yang bukan-bukan..Kalaulah betul pasangan kita tak boleh nak hadapi benda ni sama-sama dengan kita, tak mungkin ibu, bapa, adik beradik, at least kawan baik tak sorang pun yang cuba untuk membantu. Kalau memang korang rasa tak ada sesiapa pun yang boleh tolong korang bagi support, mintaklah doktor arrangekan sesi kaunseling, hospital tu macam2 ada..Tinggal kita je yang nak rajin membantu diri kita.














Ini tempat ubat aku yang comel. Beli kat Guardian, boleh simpan stok seminggu. Benda ni buatkan aku tak lupa samada aku dah makan ke belum ubat tiap-tiap hari. =)

Tu contoh tablet ubat aku. Warna peach setiap satu 50g



Ni kotak dia. Nak tau review yang lain, boleh google je

Friday, November 20, 2009

Melayan si BIPOLAR DISORDER

Wahhhh..Lama tak update..ok lah, aku update ni pun nak reply comment Ju..Yang bagitahu suami dia ada bipolar macam aku..

Nadia...dah banyak blog saya cari untuk tahu bagaimana nak layan pesakit
bipolar..actually my husband pun doktor diagnos sebagai pesakit bipolar..baru
jer discharge wad ari tu.. soalan saya.. cam ner nak layan pesakit cam ni
sbnarnya.. sebab kengkadang.. bila dia manic, so many idea yang kuar..penat tau
nak layan...tolong saya..

from; ju

Woahh..mcmana nak cakap ye? So di sini saya nak share a few things dengan sesiapa yang nak memahami serba-sedikit mengenai BIPOLAR DISORDER ni..Saya pun baru je di diagnos tahun 2008 hari tu..Tapi Alhamdulillah, doktor kata saya mempunyai rekod yang agak cemerlang..Ini adalah disebabkan beberapa faktor;

1) SABAR
2) JANGAN SKIP MEDICINE
3) NEKAD

Firstly, awak kena SANGAT2 BERSABAR..sebab, apa2 pesakit pun yang penting memerlukan family support yang kuat..Alhamdulillah, saya dikelilingi bunch of people yang loving to the max dan sgt2 menyayangi saya..My parents, my parents in-law,my sibblings, my best fren yang penting my hubby..Saya ingat lagi, masa saya sakit teruk, kurus keding dalam wad (wad psikiatri pulak tu), tak mekap langsung, busuk tak mandi, degil nak layan kepala sendiri je, arrogant, suami saya je yang tak tegking atau marah2 saya..Apa yang dia buat, dia just senyap..Saya marah herdik pun dia diam je..Saya menangis, down nak mati, dia peluk..Saya tak tidur, dia tak tidur..Dia nak tidur, saya kacau tak kasi tidur..Asik layan saya yang tak hape2 ni..Masa sakit, mana la saya nak sedar kan..Tapi tu lah, dugaan Allah kasi ni, kita kena terima seadanya..Dugaan saya berhadapan penyakit macam ni..Dugaan suami saya kena hadapi pesakit macam saya..

Rupa-rupanya, bila saya keluar wad, mak saya kata...

Suami saya tidur luar masa saya tak ada..Katanya sedih tidur dalam bilik
yang selalu saya ada disebelah dia..
Suami saya bawa beg kerja saya ke hulu ke hilir sebab rindu dengan saya.
(Beg kerja tu hidup mati saya satu masa dulu)
Bila pulang melawat saya dari hospital, bila dengar lagu 'Sempurna'
dia akan teringat akan saya..Padahal..saya ni tak sempurna langsung :') (ye
ke yang??bila plak saya ada lagu huh?huhu)
Yang saya paling terharu bila..
Adik lelaki saya kata, 'Abang Apis memang sayang gile kat ko"

Ju kena sabar nak handle suami Ju. Bila jumpa doktor, kalau suami Ju selesa, masuk sekali waktu kaunseling tu. Sebab, Ju adalah orang yang lebih mengenali suami Ju luar dan dalam. BUAT RESEARCH mengenai penyakit ni. Jangan takut, we must know our enemy. JANGAN SESEKALI SKIP UBAT. Paling penting memang kena makan ubat. Seriously, 90% hasil memakan ubat yang diberi membantu pengstabilan mood saya. Suami Ju kena NEKAD untuk hidup secara normal, walaupun factnya kami tidaklah normal.

Ju kena tahu bila bipolarnya datang. Tanda2 banyak idea, banyak cakap. Mood yang sangat ketara tinggi dan rendah nya..Mood tinggi adalah bagus untuk kebanyakan pesakit bipolar disorder. Kami rasa penuh semangat, rasa ability untuk buat semua perkara memuncak. Waktu saya sakit saya boleh menghafal banyak benda, nama orang yang baru dikenali, peramah yang amat sangat. Workaholic yang terlampau, perfectionist dalam kerjaya. Tapi yang bahayanya bipolar ni, waktu down dia..Akan rasa hidup LANGSUNG TAK BERMAKNA, hanya ingat diri tak diperlukan, lebih baik mati dari hidup. Jiwa rasa kosong, tiada orang memahami. Tiada mood untuk buat apa2 sahaja, otak berhenti berfungsi, atau menjadi lembab. Masa saya melalui waktu down, saya menangis berminggu2 atas sebab2 yang kecil.

Last sekali Ju, awak kena slow talk dengan husband awak. Bila both of u dah memahami penyakit tu, sama2 berbincang, apa yang dia nak untuk future dia? Adakah dia menginginkan seluruh kehidupan dia di kawal oleh BIPOLAR DISORDER ni atau dia yang perlu KAWAL penyakitnya ni? Nekad, untuk mengawal penyakit ni bersungguh2. Setahu saya, penyakit ni tak boleh sembuh, hanya boleh di rawat..Jangan risau, ramai orang berdepan dengan situasi yang hampir sama, malah lebih buruk dari yang kita hadapi pun ada. Idea yang banyak tu bagus, tapi suami Ju kena pandai kawal idea tu supaya ianya teratur menjadi satu per-satu..Bila sampai masa dia terlebih cakap/terlebih byk idea, nasihatkan secara lembut agar dia rileks sedikit..Jangan tegur secara kasar, takut pulak tertegur waktu dia high, lain jadinya..Bila dah tak boleh nak berfikir, suruh dia berhenti berfikir..Jangan paksa brain kerja secara overload..

Rajin2 makan ubat, rajin2 pergi rawatan susulan, ingat Allah selalu..InsyaAllah..Boleh handle..Jangan lupa doa..Doa kan senjata orang muslim?

Bawah ni orang2 yang terkenal yang ada BIPOLAR DISORDER..info selingan, untuk rujukan;

1) Vincent Van Goh - menghasilkan lukisan yang extreme yang dia je paham apekebendanya (pada saya la..hehehe)..Tapi dia end up memotong telinga dia kan?? Ada sekali tu saya kata kat doktor saya 'Tah2 dia dengar suara2 kot, tu la dia potong telinga"..sebab,masa saya manic, saya dengar 'suara'2..

2) Isaac Newton ( saya baru tahu baru2 ni sebab baca pasal artis luar negara yang menghidap bipolar)

3) Jim carrey (sebab tu lakonan dia macam saiko..pada saya la..hahahah)

Banyak bagusnya Bipolar ni kalau pandai kawal..Bagus dari segi kerjaya..Tapi seriously,kena hati2 mengawal..Share stories, jangan segan2 nak bagitahu orang..Ye la, kalau rahsia2 kang orang pelik plak kan..

Asalkan bukan jadi seperti..

1) Hitler
2) Napoleon

Atas ni..kes bipolar GANAZZZZ..wawawa =p

*Rawatan perubatan Islam juga saya amalkan di awal tahun lepas. Saya jumpa a few ustaz untuk dapatkan nasihat, air bacaan Quran. Kalau berminat email saya untuk dapatkan no. Dua orang ustaz ni under rawatan Syifa' Ustaz Harun Din. Bila jiwa kita kosong, senang macam2 benda nak kawal kehidupan kita ni..So jumpa ustaz, then tawakkal kepada Allah..

Sunday, April 12, 2009

me,bipolar disorder and i - part 2

Banyak sangat aku nak cerita,tapi tak tercerita.Pada aku benda2 penting yang jadi kat diri aku,aku nak tulis dalam ni supaya one day if aku dah takde,anak2 aku boleh kenal aku lebih detail.Tapi,ada jugak aku cerita secara cover2 disini sebab kadang2 nak jaga hati banyak pihak dan kadang2 ada benda yang tak elok nak share ngan semua orang.So if ada benda yang pada korang tak elok nak dibaca,korang boleh skip ok?

Hari ni aku nak mengimbau kenangan tahun lepas.Aku masuk wad sebab Bipolar Disorder.Aku masuk bulan April,sebenarnya tup tup dah one year benda tu berlalu.Tapi seriously aku rasa macam kejap je masa berlalu.Aku bersyukur sebenarnya sebab sepanjang setahun ni aku belum lagi diadmit sekali lagi ke wad.Cuz ada sesetengah patient berulang alik jugak la masuk wad ni.Bukan senang nak handle emosi bila keluar wad,banyak tekanan.

Dua hari aku tak sedarkan diri masa tu.Dua hari jugak aku tak makan and tak minum.Sebelum dua hari tu,my mind berperang ngan diri sendiri yang nak sangat cuba menjadi seperti biasa.Tapi tak boleh.It's like aku nampak and aku still ingat situasi hari kejadian,cuma tarikh aku tak ingat.Aku nampak suami aku,tapi bila doktor tanya aku macam konfius.Aku konfius dengan keadaan sekeliling.Bila aku konfius je,aku rasa doktor bagi aku drug kot.Sebab tak nak aku makin meracau.

Sebab aku rasa aku telah didrug ialah = aku tak ingat apa2,then tak lama tu macam terbangun dari tidur balik.

Meracau2 sampai agaknya nampak macam hyper aku kena admitt masuk wad kuarantin.Keadaan aku masa tu sangat menyedihkan family aku terutamanya suami aku yang terpaksa tengok aku kena ikat dan duduk dalam bilik yang dikawal sorang2.Nasib baik aku tak sihat masa tu,kalau sekarang aku bayangkan balik,seram wooo bilik kat spital sorang2..Eiiiii..takutnya..huhu..

Sakit tau kena ikat tangan ngan kaki kat katil.Rasa macam hopeless je.Rasa macam diri kita memang tak berhak kat diri kita.Rasa sedih jangan cakap la,marah pun ada gak sebab dia ikat kuat2.kalu nak rasa,korang leh try sendiri kat rumah.Try seminit lum tentu tahan,aku kena dua hari.Siap ada skali tu aku try bukak sendiri,terer tu..Terbukak depan nurse,ape lagi dia kuatkan lagi.Cinabeng tul.Bukan aku nak bunuh diri ke.Tapi aku faham la,dia taku aku mencederakan diri.Kata kalau marah leh tembus2 dinding.

Iklan jap.
Penyakit Bipolar disorder cam aku ni ada pesakit tu kalau marah,dia rasa boleh tembus dinding.Ada yang suka sebab jadi ekstrem kuat,tenaga berlebihan.Aku punya stail ada kelaka sikit la,sebab aku ala2 mistik sikit masa sakitkan,ada campuran buatan orang la apa la.Masa tu aku rasa kalau marah aku sampai to the max,aku boleh buat langit jadik gelap gulita macam nak runtuh..Jangan tanya ok.Dah masa tu aku rasa macam tu,dan kebetulan setiap kali aku marah,langit mendung tetiba sebab masa tu musim hujan. :P

Rujukan penyakit juga boleh didapati di youtube.Search je Bipolar disorder.Masing2 punya pengalaman yang berlainan.Alhamdulillah,masa sakit aku tak lupa Allah dan agama.Dan aku berharap tak akan lupa walau teruk macamana keadaan aku lupa sekeliling aku.Tu je yang aku harap selalu.

Ok sambung balik tapi campur iklan.Dah la masa aku sakit first day ada 'orang jaga'.Kalau aku cerita tak masuk akal bagi orang yang tak percaya ada makhluk lain wujud selain manusia,maafkan aku.Ni apa yang aku lalui dan apa yang aku nampak.Sebelum aku tau ada 'orang jaga' aku,aku ingat 'benda' tu suami aku.Aku tak tau napa aku ingat suami aku.Tak ada rupa Apis langsung.I mean,'benda' tu tak berupa apa2.Hanya bentuk macam wap putih,membentuk kepala,badan seorang lelaki yang tergantung.Uiks,macam seram tapi tak..Bukan yang stail seram2 tu.Ni macam wap air je and aku rasa selamat sebab aku ingat Apis ada teman aku sentiasa.Tapi tak lama lepas tu dia makin menghilang dari bawah ke atas.Lepas aku sakit balik kat rawatan tradisonal dia kata dia hantar orang bunian 'jaga' aku.Kelaka,tapi menarik jugak.Sebab kalau dunia jin,dia melampau2 nak rosakkan manusia,jin jugak yang kena lawan.

Nak cakap tak percaya,dah jadi kat aku.Lagipun keluarga aku memang berusaha kuat nak dapatkan aku balik.Semua cara perubatan diorang cuba cepat2.Aku ni bukan jenis suka2 nak percaya orang.Tapi seriously before aku kena nak hantar pergi rumah rawatan tradisional tu Mama aku rasa memang betul ada 'benda' tak elok kacau aku jugak.

Sebab,masa aku dah pergi sana Mama tinggal rumah sorang2.Tetiba 'KEDEGANG KEDEGANG KEDEGANG!!' Pintu depan rumah kitorang ada benda macam nak keluar dari rumah,atau masuk ke dalam rumah.Pintu kitorang dah la pintu kayu yang stail lama tu.Nasib baik tak roboh je.Masa tu mama jadi berani gile,siap marah balik 'benda' tu.

'KO JANGAN NAK KACAU KELUARGA AKU!'

Wahhh,kalau sekarang terjadik kat aku,tak tau la aku terkencing kot..Huhuhu..Aku kena mandi air serai yang ada bacaan ayat2 Quran,bila mandi terjerit2 aku.Sakit!Rasa macam mandi kaca.Masa tu Apis mandikan aku,aku siap marah2 and memang tak kenal dia suami aku.Ngeri nak bayangkan kedaan mistik itu kembali.

Ok balik semula ke kisah hospital.Secara tradisonal aku dah berubat,tak elok jugak aku masuk wad.Hari kedua aku try bukak ikatan tangan,rasa lemah sangat badan.Rasa nak air sangat2.Bibir keras macam pasir2.Then kantoi lagi nurse nampak.Aku pun mintak simpati nurse.Aku kata

'Nak air'

Dia bagi je aku minum air,macam orang tak dapat air sebulan aku minum.Dia pun tengok aku tak ekstrem dia bukak ikatan aku.Masa tu rasa bersyukur sangat.Dia tanya

'Nak mandi?'


Agaknya aku busuk kot.Ye la,kata dua hari kena kuarantin.

Aku angguk je.

Lepas mandi dia bawak aku masuk wad yang ramai orang,tunjuk katil aku.Katil aku sebelah Madam Hew.Kawan aku yang pertama kat sana.

Actually,aku ramai kawan kat sana.Ye la,aku kan walau pemalu kalau kena tempatnya peramah la.Nak2 kalau boring tahap cipan,nak tak nak kena la aku berborak2.Nak2 Madam tu warga emas,takkan aku nak menyombong pulak.Aku pun baik ngan nurse2 kat sana.Even nurse2 kat sana pun baik2 layan patient2.Ada satu patient tu nama dia Yvonne,tu memang tahap teruk la.Perangai macam baby,macam budak kecik.Umur dalam 20-30 kot.Mandi,pakai pampers,pakai baju semua nurse buat dengan sabar.Aku betul2 kagum ngan nurse2 kat situ.Bukan calang2 punya karenah nak melayan.

Yvonne pernah kena marah ngan aku.Ye la,kata aku ni penyakit yang suka marah2 kan.Dia suka menyanyi tau..Alaaa yang lagu sedih "wo se wo se mama hey" (HAHAHA..selamba badak aku eja ikut sedap rasa)..Lagu fei mau suka nyanyi tu.Pastu aku tensen sebab dia memekak2.(tak baik aku ni)..Dia kata nampak mama la apa la.Ye la,aku tau la maybe dia nampak banyak benda kat spital tu.Aku pulak pesakit yang tak leh nak bingit2 nanti aku jadik bingit.Aku pergi kat cubic dia,aku amik berus gigi dia aku patah and campak kat depan dia.

'SENYAP LA!BISING JE'

Dia pun teresak2 menangis.And i did regret it until now.Sebab?Aku rasa teruk gile layan dia yang tengah sakit tu macam tu.Hmmm..lenkali kalau aku jumpa dia kat wad or klinik aku say sorry la.Aku ganti la balik berus gigi tu.

Note : Nasib baik aku tak kena ganyang ngan Yvonne.Ye la,kata duk kat wad psikiatri.Apa2 je boleh berlaku.

Bersambung..

Monday, February 16, 2009

ubatan terlampau

hari ni aku bangun pagi..yeay!!HAHAHA..nampak kesangatan aku susah nak bangun pagi.masa mula2 amik ubat dulu lagik teruk,nak bukak mata pon susah.kena makan olanzapine + lexapro + epilim..semua ubat ngantuk2 k..i mean ngantuk sampai leh la aku tido sampai bila2 pon tak habis rasa ngantuk dia...mata sampai tak leh bukak memang drug addict sungguh aku pada masa tersebut..

satu hari dah tak tertahan sangat,aku tepon gak doktor nak gak benti amik salah satu ubat at least..ye la kau,dah sampai nak bangun benafas pon dah tak leh ape kes..nak berenti amik ubat bukan senang..banyak plak soalan nak jawab ngan doktor..itu la ini la..mula2 kurangkan dos dulu..tak gak hilang mamai,akhirnya dah nak separuh mati aku dibuatnya baru la doktorr phang suh aku berenti makan olanzapine dulu..

olanzapine ini ubat untuk antisaikotik..kalu bahasa senang doktor aku mesti tanya,ade nampak benda2 atau dengar benda2 lagi?? (macam hantu ke,suara2 ke)..aku kata tak de la..last yang aku ludah pala makcik tua tu je la..tak lama baru la aku dibolehkan berenti makan olanzapine itu..tapi syaratnya,jika ada nampak apa2 atau terdengar apa2 aku kena cecepat mintak ubat tu balik..ubat aku yang ada lebih tu doktor suh sedekah je balik kat spital..sebab ubat tu bukan murah k..tak sila aku kalu kerajaan tak subsidi sket mau bayo 5-6 ratu satu kotak kecit..ni aku bli dalam 2 ratus (tak bape ingat) satu kotak kecit..nasib baik dah benti
1)jimat duit laki aku
2)tak la drug addict sangat

maka aku pun dengan jayanya memakan lexapro dan epilim sahaja..lexapro itu adalah untuk kesedihan melampau aku selepas kuar wad..sebenarnya lepas kuar wad aku kena makan olanzapine + epilim je,tapi satu hari yang poyo,aku cube membuat eksperimen tak nak makan ubat apa2 pun (kira tunjuk pandai la..biasala,orang bipolar ni memang 'memandai2' sket..heheh)..lepas ekperimen beberapa hari (tanpa diketahui mak aku n doktor aku) aku pon menjadi moody giler tahap melampau..menjadi sedihhhhhh sangat2..sedih itu la,sedih ini la..apa2 je leh wat aku rasa nak nangis..huuuuuu..mengapakah aku ini memandai membuat ekperimen kepada diri sendiri..adakah aku pikir aku seorang yang mythbuster??patut ekperimen la kat tikus ke,cicak ke..tak pasal2 aku kena makan satu lagik ubat..g ofis pon tak larat nak g pagi dah..tapi bulan ni aku dah start benti lexapro..

hahaha..seronok sungguh..

macam biasala,bukan senang nak benti ubat ni..macam2 nak kena jawab ngan doktor..lexapro ni kalu amik belebihan bahaya plak..nak2 bipolar disorder..sebab bipolar ni penyakit yang sangat2 kompleks..aku je yang dapat rasa,n orang2 terdekat je yang dapat nampak perubahan diri aku..lexapro ni untuk menaikkan graf dari low kepada normal..kalau terlebih makan,aku leh jadik high plak..dat means extreme,meradang,kalau happy,happy sangat..bukan tak leh jadik happy,macam kalau terbang tinggi sangat,jatuh kedebabom,sakit giler nanti..sebelum aku stop lexapro tu,aku dah ok dah aku rasa..marah2 dah kurang,mood agak stable..cuma ngantuk tapi tak la seteruk dulu..tapi...satu hari..

sha2 adik aku tipu pasal result pekse dia..aku paling pantang orang tipu2 ni..aku punya mengamuk,sampai 100meter dengar suara aku tempik kat dia..melampau betul..tu la,bila dah belaja pon main2 result teruk ada plak nak tipu lagi..(along tau u'll be reading this)..its a lesson for you..bila dah ada anak sendiri nanti,dia buat perangai camtu baru kau tau..ye la,kau bukan anak aku,but adik aku k..bawah umur lagik..dah pepandai nak tipu2..after hangin satu badan (nasib baik tak kena penampau jepun) terus masuk bilik terus tak de mood..

tu yang aku malas nak bising2 dah skang..aku ske wat tak tau je skang..tapi kalau dah melampau..hangin la..dah la tu,aku gak yang kena tanggung effek selepas kejadian..then baru2 ni gaduh lagi ngan dia..eiii tensen tul..boleh paham tak,aku tak mau gaduh2..kalu gaduh aku takut tebunuh orang je kang..HAHAHA saiko betul aku ini..haaaa jangan main2 saya ni dalam rawatan..huhuhu..malas la nak pikir..aku pun malas nak duk umah mama lagi (sementara umah aku siap aku duk ngan mama jap)..so hari ni aku nak g tengok umah sewa..bes gak,dah lama tak bedua2an ngan encik syahrul..

opppsss kali ni betigaan..shebok je la anak mummy ni..orang nak kiss daddy,dia pon shebok nak kiss gak..

so skang dengan jayanya aku makan epilim..3 bijik plak tu..ubat ni untuk mood stabelizer..stabel la sangatttt...tapi actually,ubat2an yang diberi banyak membantu aku..yang tak best ialah

1)dah la sebelum ni kuat makan,betambah lagi selera makan
2)menjadi gemuk (waaaa....tu la encik syahrul kata "masa kurus nak gemuk,masa gemuk nak kurus"...gemuk sket tak pe yang,ni perut ni berapa orang ingat ada baby ni??!!!)
3)bayangkan dari xs skang baju L aku pakai (satu sebab lagi sakng tak nak ketat2 dah)

encik syahrul cube untuk berkata aku tidak gemuk..tapi satu hari tu dia tanya gak ujay "gemuk ork nadia lening"..ciss..nasib baik ujay yang baik hati dan tak gemuk2 itu kata "eh,tidaklah,dia semakin jelita" (heheheh..ayat disebelah mengandungi ayat tokok tambah)..

dan satu lagi

sekurang2nya bila tanya adam..

"adam,mummy cantik tak"
"antik (cantik)"

hahaha..kena tipu lagi korang,adam memang akan pilih ayat terakhir sahaja..

Thursday, January 29, 2009

me,bipolar disorder and i........

aku tak leh tido..seperti biasa yangmana selama ni dah lama dah tak leh tak tido..semenjak aku makan ubat-ubatan mana penah aku tak leh tido..tido siap telepas subuh lagi ade..aku malas la nak copy balik seme blog aku dari frenster..nanti rerajin aku paste la..(konon hasrat dihati nak paste molek2..tak mo cincai2..sayang entry yang tak berapa nak banyak tu..)so sesapa yang mengenali aku kat blog frenster (beberapa kerat je) mesti tau aku dah lama tak berbloggingan..blog aku yang ala2 second n last2 tu ala2 cam meroyan sket ayat2 dier..sebenar2nye cite dia camni..
aku seorang bipolar disorder..
camne ekk.
biopolar disorder ni penyakit yang dikenali sebagai manic disorder.
dengo je manic ingat aku maniac ke?
heh..ala2 gak la.
sejenis penyakit psikiatri.
well at first of course aku konfius.
tapi alhamdulillah,sekarang aku bebetul memahami apa yang aku hidapi selama ni.
susah aku nak terangkan guna ayat aku.
sebab org bipolar cam aku ni ha,bnyak sgt info dalam kepala otak.kang aku terangkan guna ayat aku korang surely rase aku ngarut2..
so,ape kata gi link ni
http://saifulislam.com/?p=957

baca tau,baca sampai komenan yang terakhir.
tengok pendapat orang ramai

komen yang ala2 aku nak terangkan kat korang
44 sh October 31st, 2007 at 12:54 pm
BIPOLAR DISORDER. Saya tidak menafikan bahawa penyakit ini juga boleh berpunca daripada gangguan jin atau sihir yang dihantar kepada seseorang. pengalaman saya dalam bidang perubatan islam,menunjukkan mereka yang terkena gangguan jin dan sihir mengalami simptom-simptom seperti yang disenaraikan. Nasihat saya, jika berlaku penyakit ini, sebaiknya kita cuba mengubati dengan menggunakan dua kaedah, berjumpa doktor dan juga mendapatkan ruqyah dengan al-Quran dan al-Hadith daripada mereka-mereka yang pakar.Bagi saya, pesakit seperti ini kemungkinan mereka diganggu jin atau disihir bukanlah satu perkara yang mustahil.

kalu yang ade ikut blog2 aku kat frenster,sila amik apa yang baik,yang buruk dijadikan sempadan ok.
apa yang aku tulis mengenai aku rasa kewujudan Allah,sgt takut kematian dan kiamat,takut dosa2 silam semua betul.
aku tak tipu.so semua dalam life aku ni berkait2 lalu terjadilah bipolar disorder kat aku.
doktor kata mungkin keturunan.
kalu tak pasal keturunan,sebab saraf2 otak dah tebelit2 kat kepala tu.
heh.
aku guna ayat aku la plak.
tak reti aku nak guna ayat doktor2 ni.
kan aku selalu stress pasal keje.
ade dalam seminggu strait aku bengang kat ofis tak leh tido langsung.
balik umah pun borak2 ngan mama pasal keje je.
satu hari mama citer kisah2 nabi kat aku.
ye la,kisah2 biasa yang kita tau.
aku tak berapa ingat kisah nabi apa.
then aku tetiba tanya mama penah mimpi nabi ke??
mama kata tak.
aku cakap mama selalu mimpi camne??
tah,kekadang mimpi,kekadang tak mimpi..
and seterusnya perbualan mengenai mimpi yang menyebabkan aku terus takut sampai menggeletar2...sebab aku baru sedar,bukan semua orang mimpi yang sama.
ye la,aku ingat cam mimpi jatuh bngunan la kan..
sekurang2nya sekali dalam idup kita mesti ade mimpi gitew.
tak pon mimpi yang glamer gigi patah.
aku abis tnya dah orang rapat2 ngan ku.
mana tak menggeletar selama aku hidup dalam dosa ni,yng sembahyang tak penah cukup ni puasa tak penuh ni aku dah lama dah di tegur oleh Allah dalam mimpi.
tu sebab skang aku suke baca buku tfsir mimpi ibnu sirin.
mimpi plak ade beberapa jenis.
yang datang dari Allah,dri syaitan,dari kita.
tapi of course la klu aku mimpi hari kiamat dari Allah.
korang nak tau,aku mimpi hari kiamat tu masa aku kolej2an yang ala2 tgh hebat berjimba2 ke hulu hilir.
mana aku tak menggeletar.
sebab masa aku mimpi dulu boleh aku pikir.
alah mainan tidur.
hok betul kamu nadia.
mimpi yang tafsiran tak elok bujn nak menakut2 kan kita tak tentu pasal.
tu tandanya Allah suruh bertaubat,tapi bayangkan umo aku kat kolej tu 21 nadia oii..
aku baru sedar 2008 hari tu.

so,
ayat simple aku tensen kerja,aku rasa dihantui dosa2 silam,aku terus short circuit.
aku jadik ekstrem la.
bab2 agama.
sekejap aku ok.
esok jadik balik.
gi pengubat tradisional ade kata aku kena buatan orang.
orang indon.
siap ade pak cik tu tak nak ubatkan aku.
sebab dia kata jin tu power.
hok betul.
Allah paling power.
sampai la satu hari aku gi kursus mecd.
sakit2 still kerja lagik,mana tak teruk jadiknya.
ye la,mana aku tau.
famili ingt aku tensen jek.
masa kat kursus tu aku jadik melampau cam terel plak.
then ade sampai satu tahap tu aku dengar suara2 dalam bahasa arab.
aku seram la.
dah la tetiba sejuk.
tetiba sesak napas.
aku pikir sudah,ajal dah sampai ke ni??
ke ade syaitan.
sampai teruk boleh aku rse tinger aku cam kuar darah.
aku bukak quran digital dlm laptop aku.
(sebab semenjak aku takut Allah tu,aku rase gak seram2 sebab rase ade syaitan2 jin2)
pendek citer,ilyana sahabat dunia akhirat aku bawak aku gi masjid bangi.
sementara nak tunggu famili aku sampai sebab dia sesat.
ye la panik la.
mana tak nye,dah la aku sakit,dia bawak kete nak layan aku lagi meroyan2,mase tu pulak hujan lebat.
kursus kat pd je.
tapi berapa jam balik2 patah jalan sama gak.
sampai masjid tu,aku ingat aku dah jadik roh dah.
mana taknya,aku rase ade bertahun aku ala2 tunggu famili aku datang.
aku ingat aku dah mati.
siap pakai telekung lagi.
pendek kan je la citer takut korng malas nak baca.
time aku hyper giler.
sampai gigit tangan laki aku.
buat bulu tengkuk laki aku meremang sebab seram ngan perangai aku yang lain macam.
tak leh control.
aku rase sakit giler dada.
siap suh papa tepuk kuat2 belakang dada sakit gile.
ade satu hari tu aku tendang cermin keter rexton pecah tu.
baru la famili aku bwk g spital hukm.
jiran aku rekemen g hukm.
cuz anak dia pun ade ala2 cenggini gak tapi lain sket.
sebelum spital tu.
ustaz pertama yang diorang bawak aku kat bangi kata aku kena gangguan.
ustaz nazri kat shah alam (orang darul syifa) pun kata cam tu
ustaz rashid hulu langat (darul syifa gak sebab harun din bz kot) pun kata aku kena gangguan.
pengamal perubatan tradisional.
aku panggil dia tengku iskandar.yng menariknya,dia pun kata org indon nak wat benda tak elok kat aku.
ops ade part seram sket.
makcik blakang umah aku ni ala2 pawang sket.
dia dtg la bwk bawang putih.
aku masa tu rase tak suka la.
aku kalu boleh nak berubat ayat2 quran je.
dia sapu2 kat badan ku.busuk tul.
tetibe.
HUARGHHHHH!!
ade kepala nenek tua tejonggol kat depan mata aku.
aku baca la a'uzubillahiminasyaitanirrajim kulum2 air liur sket ptui ludah kat kepala tua tu.
ntah mana aku tau nak buat cam tu.
sebab aku panik.
aku tingat kalu mimpi tak elok kena ludah belah kiri kan?
mama aku kata ludah aku pekat tol masa tu..
hahahaha...
seram,tapi kelaka.
aku malu gak mula2 tu.
marah tul aku kat semua sebab anto aku g spital psikiatri.
duk situ lapan hari.
memacam aku jumpa orang,hehehe...
beh gak..release jap tensen..sebab semua orang cam belakon citer lawak je..cam tak siyes..hehehe..
lepas kua spital tu ku murung gak lagik.
sebab rase down rendah diri.
tetiba satu hari ade sorang sahabat dunia akhirat ni jugak kata mak dia dah lama ada bipolar disorder.
baru naik sket semangat aku.
baru aku rase ku tak weird.

cerita ini bukan lawak.
sebab benda ni boleh jadik kat sesapa je.
mungkin jugak orang2 terdekat ngan korang.
untung jadik orang islam.
kita ada pegangan.
Al-Quran dan ingat Allah selalu.