Selamat hari jadi cik moi!! :) Semoga anda akan bahagia dan apa yang anda hajati termakbul.Amin~ I love u bebeh!!Muacksss!!
Pagi tadi Apis buatkan aku breakfast.Sandwich scramble egg.Sebab dia kata nak tebus kesalahan dia termakan aku punya sandwich.Hehehe.Alahai sayangku,tak yah ganti pun tak pe la.Bukan saya marah pun.Tapi takpe,apa2 pun I love u much much Sayang!!
Pagi tadi dia tanya aku
"Sedap ke sandwich saya buat sayang??"
"Sedap"
"Rasa apa?Camne rasa dia" (Ini adalah ayat orang yang jarang memasak untuk isteri ye rakan2,oleh itu ianya berbaur excited)
"Rasa cinta" (amik toh,dah sandwich telur,rasa telur la..huhuhu)
Dia pun gelak dengar ayat aku yang berbaur kerek campo2 rementik sikit tu.
Apa yang aku nak citer sangat sebenarnya?Tak de apa2 yang spesifik kat entri ni.Kalau nak cerita,aku buat private entri.So sesiapa rasa teringin nak baca boleh send aku email,nanti aku bagi password.Terpaksa la buat password sekarang takut ada orang yang tak berkenaan terasa hati ke apa ke.Eh,tapi aku rasa korang2 tak de kot.Orang lain aku maksudkan ni.Hehehe.
Hari ni serously senggugut aku teruk gile.Mungkin sebab last month lampu merah aku tak teratur langsung.So kali ni datangnya macam banjir kilat.WAHAHAHA.Malu aku kalau kawan2 suami aku yang sejantina ngan suami aku baca ni.
Semalam aku banyak betul idea nak menulis.Tapi sebab mood aku tak menentu punya pasal,aku pun tak tulis apa2.Pikir2 nak tulis pasal perbualan aku ngan seorang hamba Allah ni. (Identiti dirahsiakan).
Cik A seorang yang berhati halus.Hati dia mudah tersentuh untuk apa jua benda yang boleh menyentuh hati dia.Perwatakan memang tak setanding umur.Walaupun umurnya mentah, Cik A sudah boleh berfikir lebih matang dari orang2 yang berumur lebuh tua yang aku kenal.Kadang2 aku kagum dengan pendirian Cik A tanpa aku beritahu dia sendiri.Satu hari lepas aku solat, Cik A seperti biasa berbual kosong dengan aku.Entah tiba2 macamana aku tak ingat timbul perbualan berkisar Tuhan.
"Aku takut"
"Ko nak takut apa?"
"Aku tahu Allah wujud,tapi otak aku asyik fikir betul ke Allah wujud??"
Waktu tu aku lihat airmata dia dah bergenang.
Oh, pemikiran Cik A sudah sampai tahap itu.Aku tak panik.Sebab aku ada pengalaman berfikiran begitu.Ye,aku mengaku pernah berfikir macam tu.Sejak kecil.Aku dibesarkan dengan didikan agama yang cukup oleh Atuk aku (Abah).(Tapi waktu remaja aku ala2 bengong sikit,mentah dan naif).Aku mula belajar mengaji pada umur 4/5 tahun.Aku khatam Al-Quran waktu aku darjah dua.Aku suka pergi sekolah agama.Sebab sekolah agama ustaz ngan ustazah cerita pasal Nabi2,cerita pasal Allah.Cerita pasal Syaitan dan Iblis.Sebelum umur aku masuk sekolah aku dah pergi mengaji kat rumah Po'ad.Mungkin nama sebenarnya Fuad.Budak2,panggil ustaz Po'ad.Siang mengaji dengan Abah,malam mengaji dengan Po'ad.Aku ingat lagi masa tu umur aku 6 tahun,setiap malam Jumaat Po'ad akan bercerita apa2 sebelum kelas mengaji bermula.Cerita pasal Kiamat pertama yang aku dengar dari mulut Po'ad.Cerita tu betul2 melekat kat minda aku sampai hari ni.
Sebab cerita Po'ad jugak aku start berfikir mengenai kiamat dan kematian pada umur yang kecik.Satu hari aku tiba2 menangis kuat2.(Ye la,kata aku kecit,menangis stok meraung la,apa lagi).Mama ngan arwah Mami berkejar tengok kenapa aku.Risau,sebab semua orang kat dapur masa tu,aku sorang2 kat ruang tv.Bukan tengok tv,tapi berfikir sampai tahap tak boleh jumpa ahli keluarga kat akhirat.
"Kenapa?Sapa buat?" Mama aku yang panik tu tanya
"Takut hari kiamattttttttttt" Sambil menangis kuat2
Mungkin waktu tu orang2 sekeliling hanya tersenyum dan merasakan aku comel.Tapi aku tak rasa berfikir pasal hari akhirat tu comel.Ianya sesuatu yang mengngerikan.Kemudian ada satu cerita aku ingat2 lupa.Seorang pemerintah bukan Islam ni sebelum tidurnya selalu berharap dia boleh beriman dengan agama Allah,tapi sampai mati dia tetap kafir.Tapi ustaz aku kata Allah janjikan dia syurga sebab niat dia untuk beriman sentiasa ada.Itu aku tak pasti sejauh mana kebenarannya.Wallahualam.Tapi cerita tu pun aku tak boleh lupa.Sebab aku selalu cemburu dengan orang bukan Islam yang hatinya sentiasa menginginkan sesuatu petunjuk dari Allah,tapi mungkin bukan rezekinya untuk mati dalam Islam.Nak bandingkan dengan orang lahir sebagai orang Islam,tapi langsung mengabaikan petunjuk demi petunjuk yang di kurniakan oleh Allah.Cerita tu aku selalu nak ingat,sebab aku tak mau mati dalam keadaan tak beriman dan keadaan bukan Islam.Nauzubillah.
So,berbalik pada cerita Cik A.Pada aku,tak ada herannya seorang manusia berfikir tentang kewujudan Tuhan.Sedangkan para Nabi sendiri pun pernah berteka-teki didalam hati.Itulah makanya,hidup kita kat dunia ni tugasnya mencari,menggali apa yang kita tak tahu.Kalau malas baca terjemahan Al-Quran,baca je buku2 yang banyak kat pasaran sekarang ni.Then apa2 yang tak paham kenalah share ngan orang2 yang arif.
Dialog sambungan.
"Alaaa,ko jangan panik k.Ko istighfar banyak2 kalau asyik fikir camtu"
Cik A pun mengangguk walaupun aku masih nampak titis2 air mata kat pipi dia.
"Macam ni,apa yang ko takutnya?Tentang Allah tak wujud?Cuba ko tanya diri ko balik,kalau Allah tak wujud,mana datang kita ni?Mesti ada pencipta (ye,ayat yang agak klise tapi aku bukan penceramah agama,aku bagitau apa yang aku tau la) kan?"
Dia mengangguk.
"Ok,kalau ada pencipta,barulah semua alam sekeliling,manusia sejagat ni semua wujud kan?"
Angguk
"Then,bila ko tahu Tuhan wujud,ko risau,agama kita ke agama yang benar?Ok,macam ni,aku pun tak banyak research agama2 lain,aku ikut logik and instinct ngan semua yang memang dah diajar kat kita dari kecik.Bila ko dah start fikir2 hal2 camni,ko kena buat kajian sikit2,nak baca bukan hal Tuhan je,mesti baca musuh utama dulu.Syaitan ngan Iblis.Ko baca je buku2 yang aku ada,tak paham tanya la ustazah ko."
Aku sambung.
"Mula2,ko fikirkan semua agama yang paling ko rasa mencabar fikiran ko.Apa agama yang menyembah berhala agama yang benar kalau ko fikir logik akal?Apa ko fikir manusia mulia walaupun hina macam kita wajar menyembah berhala2 yang berbagai bentuk kadang2 bentuk haiwan? (Maaf kalau ada yang tersinggung,ini adalah perbualan saya yang sebenar,kalau rasa cerita ni sensitif sila ke blog yang lain) Then,berhala yang berbentuk macam manusia jugak?Apa pun alasan ko mesti tepis dengan Istighfar."
"Kalau yang fikir Tuhan langsung tak wujud tu lagi la ko tak payah nak pikir jauh2 sangat.Tu lagi sesat.Apa ko fikir Sains boleh jadi agama?Sains tu sendiri banyak tak terungkai lagi.Apa yang terel sangat tentang Sains?Ia wujud pun sebab manusia buat kajian,dengan rujukan dari kitab2 Allah jugak."
"Ok,then agama yang ala2 agama Allah.Yang mengatakan Allah beranak dan diberanakkan.Sama je konsep bukan Islam,mereka tetap menyembah berhala.Rumah sembahyang tetap ada patung 'anak tuhan' 'roh kudus' mereka.Agama yang belit lagi membelitkan.Senang je ko nak fikir.Tak yah ko masuk forum belit2,tak yah ko layan syaitan yang suruh ko jadi gila.Then kalu kat rumah sembahyang ada asap2.Kan makanan jin dan syaitan.Rumah Allah sebersih2 tempat sembahyang,ada ko nampak patung2 ngan asap2??"
"Kalau betul agama mereka benar,kenapa mereka sebuk nak guna nama Allah mengganti nama tuhan mereka?Itu benda paling simple dan bodoh pernah aku tahu dan benda paling bodoh penganut2nya nak tegakkan benda yang mereka kata 'perjuangan' kegamaan mereka.Oooo,Allah nak mengganti nama tuhan kalau mereka berdakwah dalam bahasa melayu.Ada ke agama Islam tukar nama Allah kalau kita berdakwah dalam bahasa lain?Tetap ALLAH.Allah tu satu,Allah tu Esa.Allah maha pengampun.Ko fikir la banyak mana pun,tapi kopastikan hati ko tetap pada yang Maha Kuasa."
"Then,ko tak pernah dengar cerita yang pasal kaktus kat German (tak ingat,kat Geman tak silapnya.Tapi gambar kaktus ada kat astro Oasis waktu azan tu) berbentuk kalimah Allah tu?Sebab kaktus tu ramai orang kafir memeluk Islam,tapi kerajaan negara tu potong akhirnya kaktus tersebut.Kenapa?Takut ngan kebenaran?"
Sebenarnya,orang bukan Islam gentar dengan orang Islam suatu masa dahulu.Cuma bila zaman dah bertambah maju,dunia semakin berteknologi,ekonomi Islam makin bernyawa-nyawa ikan,siapa yang harus kita salahkan??Tepuk dada tanya la selera.
Aku budak baru belajar.Kalau salah tolong tunjukkan.
hmm.. camne nk cakap eh.
ReplyDeletemintak kawan awak tu baca alquran.
bila hati bercelaru, syaitan dtg mengelirukan kita.
byk alquran selalu, berdoa supaya dijauhi drpd perkara2 yg boleh buat akidah kita terpesong.