Showing posts with label Allah Maha Besar. Show all posts
Showing posts with label Allah Maha Besar. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Pregnancy for Bipolar Disorder

As Salam kepada semua pembaca entri..

Eh, aku tak sangka ada komen kat entri yang lepas.. hehe..

to cik Nana : jgnla macam tu..kalau setiap kali hati kita rasa kecewa, cepat2 kita istighfar kat Allah banyak2..nana jgn fikir sgt kecewa itu ye (^_^).. Memang kdg2 kita rasa kita dah tak boleh dah nak tabah..Rasa fragile sgt2..tapi kita memang kena lawan perasaan tu..selalunya saya akan fikir tentang orang lain yang lebih susah, yang lebih besar dugaannya agar saya jadi lebih kuat..Selalu amalkan doa "Ya Allah, janganlah engkau berikan aku dugaan yang tak larat untuk aku tanggung" amin, ya rabbal 'alamin..

to anon pertama : ye ke...bestnya ko tak yah makan ubat..memang cita2 semua yang sakit utk tak makan ubat..aku pun tgh dlm usaha ke arah itu..aku masih tengah belajar untuk menghadapi penyakit ni..syukurlah, ko dah sihat..aku pun berharap yang satu hari nanti aku pun boleh lepaskan diri dari ubat2 ni semua..cuma aku belum lagi sampai confident level tahap paling tinggi..mmg kita semua kena serah kat Allah, tp dgn mkn ubat ni aku pun berusaha dan bertawakkal juga kepada Allah..

p/s : ko tak de blog ke..nk share pengalaman ko utk kebaikan org lain? kalau ada bitau la ye..


to anon kedua : waalaikumsalam..alamak nama ubat2 yang isteri awak makan tu saya tak pernah dengar la..saya tak pernah makan pun ubat yang awk sebut tu..so saya tak dpt nk bagitahu pengalaman saya berkaitan dengan efek ubat2 tu..entri ni saya buat untuk reference encik dan isteri..


Hari ni aku nk cerita mengenai prengnancy aku..

Entri yang sebelumnya aku ada cerita mengenai keinginan untuk menambah zuriat.. Korang, zuriat aku yang pertama ; Adam adalah sebelum aku mengambil mana2 pil utk penyakit bipolar ni.. Sebab aku melahirkan anak pertama sebelum di diagnose bipolar. Aku di diagnose pada tahun 2008. Doktor kata dua tahun lepas tu barulah boleh cuba utk pregnant lagi. Tapi tahun 2010 aku macam tak berapa sedia lagi. Alhamdulillah, tahun 2011 ni keinginan untuk dapatkan anak lagi semakin membuak2 sampai aku berusaha lebih keras untuk memastikan keadaan emosi aku lebih terkawal.

Entri yang lepas pun aku ada citer yang aku tukar ubat, yang mana menurut pendapat doktor yang berlainan antara satu sama lain ; ada yg kata ok utk pregnancy..ada yang kata tak ok..

Jun 2011, aku dapati ujian air kencing aku positif.. Aku pregnant! Memang happy aku encik suami. Padahal period aku lambat beberapa hari je. Di sebabkan terlalu excited, aku buat pregnancy test cepat2.. Cepat2 buat apoinment dengan gynea, sbb nak reconfirm..

Tapi, rupanya memang aku kena tunggu lagi seminggu.. Sebab kandungan terlalu baru, tak nampak pun time ultrasound.. Ok fine, tahap excited aku melampau macam org tak de experience dapat anak.. Hehe..

The next week, jumpa gynea dah nampak ada satu tompok yang menandakan aku memang mengandung. Gembiranya hati, Allah je yang tahu. Terus gynea aku bekalkan aku dengan vitamin2 yang lengkap untuk support baby aku. Vitamin time pregnant adalah tak sedap. Aku pun tak tau napa. Memang since aku ngandung first baby macam tu.. Cuma kali ni aku lebih berdisiplin, sebab aku betul2 berharap kandungan aku terjaga dengan rapi dan aku berjaya melahirkan baby yang sihat...

Dua hari lepas jumpa gynea, aku g HUKM sebab mmg dah alang2 ada apoimen tarikh tu.. Kalau ikutkan diorg, once aku pregnant terus kena inform and terus kena datang klinik.. Korang, doktor2 kat HUKM tu memang baik layanannya.. Selalu kata kat aku bila2 nk dtg pun boleh.. Boleh day call lah, boleh datang direct lah.. Tapi kann.. Kaunter pendaftaran tu selalulah macam nak menyondek (menyondek=merungut tahap cipan) kalau ada patient yang dtg secara tiba2 nk jumpa doktor.. Diorg mcm bengang kalau tetiba patient dtg tanpa apoinmen, susah nk carik file katanya..

Aku beberapa kali jugak nampak kejadian diorg yang marah2 patient yang dtg tanpa apoinmen. Wahai penjaga kaunter, korang tau tak.. Bukan sengaja mengada2 kalau kitorg ni nak dtg hospital.. Ikutkan hati, malas giler nk g hospital setiap masa, kena makan ubat setiap masa.. Tapi.. Kitorg ni berusaha nak sihat.. Kalau korang tengking2 macamtu time kitorg stress, korang ingat kitorg tak boleh tarik leher kat lubang kaunter tu pastu siku pala korang ke? Hahaha..

Seriesly, kebodohan kesombongan diorg ni kdg2 aku pelik.. Patient yang dtg tiba2 tu, ada sebablah..Mana tau dia dah seminggu tak tidur..Tetiba nk jumpa doktor kena tengking, mmg carik nahas la kan.. Aku ckp kat suami "Yang, diorg sedar tak kita yang sakit ni bukan sakit biasa2..kang ada yang kena kang.." aku cakap dengan nada saiko..*evillaugh*


Ok dah2..tiba2 aku emo dengan penjaga kaunter pulak..

Sebelum jumpa doktor aku dah siap-sedia kawal emosi supaya jadi kental. Aku kena ready kalau2 jumpa dengan doktor yang tak menyokong aku mengandung..Oh, kena inform kat korang yang aku jumpa doktor berlainan setiap kali rawatan ulangan..Kdg2 dpt doktor yang faham kita, kdg2 dpt doktor yang ala2 je..

Macam yang aku expact.. Doktor tu terkejut yang aku cakap aku mengandung.. Terus tnya soalan2 lazim.. Pastu terus call doktor pakar dia untuk citer kes aku ni..Time tu aku dah macam tegar je..Aku pikir, jangan la doktor pakar tu dtg jumpa aku..Aku malas skit kalau doktor pakar tu dtg jumpa, sbb dia dah la since aku kuar tak pernah jumpa aku one-by-one..kang tau2 je dia suh aku makan ubat ikut teori dia, tanpa mendalami betul2 history aku..

Lepas doktor tu letak telefon, dia terus ckp "awk tau side effect bla..bla..bla..?" aku terus potong and cakap aku redha kalau apa pun terjadi, and aku sendiri yang decide untuk teruskan kandungan ni.. So doktor tu pun kurangkan dose aku menjadi sebijik je seroquel..

Then aku pun meneruskan pregnancy aku dengan memakan sebijik (50mg) seroquel XR, 3 biji sehari folic acid dan dua vitamin lain yang aku tak ingat nama dia.. Macam biasa, aku morning sickness bersilih-ganti dengan encik suami.. Suami yang tercinta kena sickness sampai 3 hari berturut2 terbaring je.. Kesian dia.. Aku pun muntah2, cuma tak seteruk anak pertama tu..

Sebab aku special kes, instead of jumpa gynea sebulan sekali..aku kena jumpa every two weeks..HUKM pun setiap dua minggu..Oh, terasa diri ini di sayangi..*hahahatetibakau*

Masuk bulan Julai aku ada nampak muka gynea aku macam pelik + risau sikit..Masa tu dia macam ada bagi hint2..Di kata baby mcm kecik..Tapi, tunggu lagi dua minggu tengok perkembangan macamana..Balik rumah aku terus sedih..Sedih sgt2..Memang efek emosi aku time tu..Macam2 aku pikir..Risau, sedih, tensen, marah dengan diri sendiri sebab buat baby aku suffer and macam2 lagi lah..Infact aku ambil tindakan drastik dengan stop seroquel sebab aku rasa bersalah dengan baby..

Aku down sgt2..Menangis hampir seharian dalam bilik..Tak selera makan, tak nak buat apa2 pun..Sampai buat semua orang risau..

Bila time sedih2 macam tu, kita sendiri je yang boleh pujuk diri kita.. Memang la orang sekeliling aku sgt2 alert yang ambil berat.. Tapi kalau semua org pujuk, tapi kita sendiri yang tak pujuk hati kita..Memang susah..Hati memang betul2 kena kuat..Aku nasihatkan, sesiapa yang ada penyakit berkaitan macam aku, before nak mengandung memang kena kuatkan hati dan ingat Allah banyak2..Sebab time pregnancy emosi memang tukar..Bayangkan la, time period pun orang perempuan punya mood swing dah lari2..Inikan pula pregnant + bipolar.. Tapi Alhamdulillah, aku manage to get myself back sehari lepas tu..Aku fikir, takkan sebab doktor kata baby kecik aku pun nak menyerah kalah.. Esoknya aku terus continue medication dan makan, tidur, kerja macam biasa..Kerja makna di sini adalah cuma berbaring di depan tv.. Hehe..Bestnya time ni..Manja sgt2..Semua orang layan kita macam puteri raja..

25 Julai, gynea aku mengconfirmkan yang baby aku memang tak membesar langsung..Tak de heartbeat, tak membesar..Tak ada..Baby tak ada..


(T_T)

Hancur remuk hati aku time tu..Tapi, sebab dua minggu sebelum tu aku dah prepare dengan segala kemungkinan..Hari tu aku macam dah agak tabah..Terus aku cakap, bila boleh buat D&C..Gynea aku kata paling cepat esok..Kena datang pagi, kena puasa..

Malam tu, aku n encik suami confront adam pasal baby ni..Adam ni anak yang cerdik, memang tak boleh tipu dia sebab dia dah faham hidup dan mati, syurga dan neraka..tapi kefahaman stail umur2 dia la..Di sebabkan dia pun terlalu excited nk ada adik, kitorg ckp elok2 kat dia yang adik dia kena masuk syurga..Meraung2 dia time kita cakap macam tu..Dia keep on kata kenapa adik kena g syurga..Kan adik ada dlm perut mummy..Kenapa..Kan adam belum jumpa adik lagi..

Sedih sgt time tu..Tapi akhirnya kitorg manage bagi dia faham yang esok memang adik dia tak ada dlm perut mummy lagi..

Esoknya aku dtg dengan penuh debaran..Aku fikir, ye ke..Macam tak percaya je..Punya la aku pesan ngn encik suami kena ada kat sebelah aku sampai habis proses tu..Rupa-rupanya aku sorang je kena naik atas, encik suami nurse suruh balik dulu and dtg pukul 2.30ptg nnt..Ya Allah, takutnya aku masa tu..Panik, habis peluh sejuk semua..Tapi buat2 tabah je la..Adam mengamuk tak nak kasi aku masuk ward sengsorang..Time tu hati aku bertambah2 sedih..

Aku masuk bilik dengan sorang lagi kakak ni.. Aku senyap je..Sebab nak menghayati masa2 terakhir dengan baby aku ni..Biarlah kalau orang kata baby aku tak hidup pun..Tapi sebagai ibu, perasaan aku dengan baby tu dah develop macam dia hidup..Aku baca surah2 yang menenangkan hati..Aku doakan kesejahteraan baby..Aku rasa precious sgt time tu..Masa aku berdua dengan baby buat kali terakhir, di saksikan para malaikat and Allah je yang tau perasaan aku time tu..

Yang buat aku sedihnya, org sebelah aku tu siap cerita macam2..Yang dia tak nak baby dia sebab tak mampu..Time tu aku fikir...Apakah? Motif cerita yang dia macam 'serba-salah' nak buang baby dia sebab baby dia sihat..

"Sekurang-kurangnya awak tak serba-salah macam akak..Baby awak tak menjadi lagi"


Time tu aku rasa macam kakak tu tengah hiris2 je hati aku ngn pisau lipat 20sen yang karat-tak-karat tu..pedih je aku rasa..bengang je aku rasa sebab dia faham tak, aku nak baby..dia nak buang baby???? Infact, skang tengah type ni pun aku rasa macam ada batu kat dada aku utk memikirkan segala bualan rancak yang keluar dari mulut kakak tu..Macam2lah..Sampai aku buat2 macam tak interested..Baru dia macam kurang sikit beborak tu..

Nurse pun macam pelik tgk aku..

"Kenapa, tak nak anak ke?" tiba2 dia tanya

"Nak.."

"Habis tu, kenapa mau buang?"

"sebab baby tak develop..."

"oh, patut i nampak u sedih sangat.."


Aku fikir..Oh tidakkk..Ramai sgt ke yang tak sedih nak buang baby ni...


Lama jugak tunggu dlm bilik before proses nak "cuci" baby aku..Nurse bagi makan ubat pahit tanpa air..Then perut rasa kebas + kejang + mual..Dua jam jugak la tunggu je dalam bilik..Bayangkanlah..Nak kawal emosi lagi, supaya tabah dengan ketentuan Allah..Supaya tabah dengan akak sebelah (=_=")...

Akhirnya nurse suruh tukar jubah and naik ke operation room..

Masuk operation room aku rasa panik sgt..Aku fikir, mampus la kalau aku tak lut bius dia...ngeri ke camne la rasa 'cuci' tu nanti..Tarik nafas, hembus nafas dengan keadaan terkawal (untuk hilangkan panik)..Then doktor yang ceria kata "are u ok?" aku cakap memang tak ok..nurse pun sarungkan oksigen kat aku..and doktor pun inject bius kat lengan aku..Aku pun sempat mengucap (kalau2 kang tak terbangun ke kann..), zikir banyak2 dlm hati..

And tetiba dengar suara.... "ok girl, pindah katil ni"..

Aku pun mamai2, bangun pindah katil tu diorg tolak g bilik yang aku tunggu berjam2 tu..Pegang perut and cakap "bye2 baby..mummy love u so much"....


Untuk baby yang pernah ada dalam rahimku ;




A date to remember...

The promises that mummy's made..

To cherish every moments that mummy had with you..

For mummy to remember..how happy mummy was..how great mummy feels..

It's a date that full of pure sadness..

For mummy to grieve..to feel a great sorrow..

As long as mummy lives..

Thought for you will remain in mummy's Doa..

Insya Allah..


Mummy, Daddy, Abang will always love you sayang..Always..


Dua minggu aku berpantang kat rumah mak aku.. Suami yang baik menemani aku dan menjaga aku dengan penuh kasih-sayang.. Encik suami even masak lauk untuk aku berpantang.. Terngiang-ngiang aku dengar Adam cakap kat atuk dia time hari first aku balik rumah mama..

"atuk, baby dah takde..dah masuk syurga dah"

Ya Allah, kalaulah kau kata benar itu rezeki aku, maka aku bersyukur..Tapi kalau bukan rezeki aku, maka aku redha..Semoga kau menjadikan Adam anak yang soleh, taat kepada kedua orang tuanya dan bahagia dunia akhirat..Amin..Ya Rabbal'alamin..


p/s : skang aku mengekalkan dose sebijik sahaja seroquel! Dan sekarang, cita2 aku semakin kuat untuk meng-free-kan diri aku dari ubat2 selagi tak mendatangkan mudarat pada aku dan keluarga aku..Insya Allah, ada rezeki..aku akan terus mencuba untuk next baby! (^_^)v

Friday, November 20, 2009

Melayan si BIPOLAR DISORDER

Wahhhh..Lama tak update..ok lah, aku update ni pun nak reply comment Ju..Yang bagitahu suami dia ada bipolar macam aku..

Nadia...dah banyak blog saya cari untuk tahu bagaimana nak layan pesakit
bipolar..actually my husband pun doktor diagnos sebagai pesakit bipolar..baru
jer discharge wad ari tu.. soalan saya.. cam ner nak layan pesakit cam ni
sbnarnya.. sebab kengkadang.. bila dia manic, so many idea yang kuar..penat tau
nak layan...tolong saya..

from; ju

Woahh..mcmana nak cakap ye? So di sini saya nak share a few things dengan sesiapa yang nak memahami serba-sedikit mengenai BIPOLAR DISORDER ni..Saya pun baru je di diagnos tahun 2008 hari tu..Tapi Alhamdulillah, doktor kata saya mempunyai rekod yang agak cemerlang..Ini adalah disebabkan beberapa faktor;

1) SABAR
2) JANGAN SKIP MEDICINE
3) NEKAD

Firstly, awak kena SANGAT2 BERSABAR..sebab, apa2 pesakit pun yang penting memerlukan family support yang kuat..Alhamdulillah, saya dikelilingi bunch of people yang loving to the max dan sgt2 menyayangi saya..My parents, my parents in-law,my sibblings, my best fren yang penting my hubby..Saya ingat lagi, masa saya sakit teruk, kurus keding dalam wad (wad psikiatri pulak tu), tak mekap langsung, busuk tak mandi, degil nak layan kepala sendiri je, arrogant, suami saya je yang tak tegking atau marah2 saya..Apa yang dia buat, dia just senyap..Saya marah herdik pun dia diam je..Saya menangis, down nak mati, dia peluk..Saya tak tidur, dia tak tidur..Dia nak tidur, saya kacau tak kasi tidur..Asik layan saya yang tak hape2 ni..Masa sakit, mana la saya nak sedar kan..Tapi tu lah, dugaan Allah kasi ni, kita kena terima seadanya..Dugaan saya berhadapan penyakit macam ni..Dugaan suami saya kena hadapi pesakit macam saya..

Rupa-rupanya, bila saya keluar wad, mak saya kata...

Suami saya tidur luar masa saya tak ada..Katanya sedih tidur dalam bilik
yang selalu saya ada disebelah dia..
Suami saya bawa beg kerja saya ke hulu ke hilir sebab rindu dengan saya.
(Beg kerja tu hidup mati saya satu masa dulu)
Bila pulang melawat saya dari hospital, bila dengar lagu 'Sempurna'
dia akan teringat akan saya..Padahal..saya ni tak sempurna langsung :') (ye
ke yang??bila plak saya ada lagu huh?huhu)
Yang saya paling terharu bila..
Adik lelaki saya kata, 'Abang Apis memang sayang gile kat ko"

Ju kena sabar nak handle suami Ju. Bila jumpa doktor, kalau suami Ju selesa, masuk sekali waktu kaunseling tu. Sebab, Ju adalah orang yang lebih mengenali suami Ju luar dan dalam. BUAT RESEARCH mengenai penyakit ni. Jangan takut, we must know our enemy. JANGAN SESEKALI SKIP UBAT. Paling penting memang kena makan ubat. Seriously, 90% hasil memakan ubat yang diberi membantu pengstabilan mood saya. Suami Ju kena NEKAD untuk hidup secara normal, walaupun factnya kami tidaklah normal.

Ju kena tahu bila bipolarnya datang. Tanda2 banyak idea, banyak cakap. Mood yang sangat ketara tinggi dan rendah nya..Mood tinggi adalah bagus untuk kebanyakan pesakit bipolar disorder. Kami rasa penuh semangat, rasa ability untuk buat semua perkara memuncak. Waktu saya sakit saya boleh menghafal banyak benda, nama orang yang baru dikenali, peramah yang amat sangat. Workaholic yang terlampau, perfectionist dalam kerjaya. Tapi yang bahayanya bipolar ni, waktu down dia..Akan rasa hidup LANGSUNG TAK BERMAKNA, hanya ingat diri tak diperlukan, lebih baik mati dari hidup. Jiwa rasa kosong, tiada orang memahami. Tiada mood untuk buat apa2 sahaja, otak berhenti berfungsi, atau menjadi lembab. Masa saya melalui waktu down, saya menangis berminggu2 atas sebab2 yang kecil.

Last sekali Ju, awak kena slow talk dengan husband awak. Bila both of u dah memahami penyakit tu, sama2 berbincang, apa yang dia nak untuk future dia? Adakah dia menginginkan seluruh kehidupan dia di kawal oleh BIPOLAR DISORDER ni atau dia yang perlu KAWAL penyakitnya ni? Nekad, untuk mengawal penyakit ni bersungguh2. Setahu saya, penyakit ni tak boleh sembuh, hanya boleh di rawat..Jangan risau, ramai orang berdepan dengan situasi yang hampir sama, malah lebih buruk dari yang kita hadapi pun ada. Idea yang banyak tu bagus, tapi suami Ju kena pandai kawal idea tu supaya ianya teratur menjadi satu per-satu..Bila sampai masa dia terlebih cakap/terlebih byk idea, nasihatkan secara lembut agar dia rileks sedikit..Jangan tegur secara kasar, takut pulak tertegur waktu dia high, lain jadinya..Bila dah tak boleh nak berfikir, suruh dia berhenti berfikir..Jangan paksa brain kerja secara overload..

Rajin2 makan ubat, rajin2 pergi rawatan susulan, ingat Allah selalu..InsyaAllah..Boleh handle..Jangan lupa doa..Doa kan senjata orang muslim?

Bawah ni orang2 yang terkenal yang ada BIPOLAR DISORDER..info selingan, untuk rujukan;

1) Vincent Van Goh - menghasilkan lukisan yang extreme yang dia je paham apekebendanya (pada saya la..hehehe)..Tapi dia end up memotong telinga dia kan?? Ada sekali tu saya kata kat doktor saya 'Tah2 dia dengar suara2 kot, tu la dia potong telinga"..sebab,masa saya manic, saya dengar 'suara'2..

2) Isaac Newton ( saya baru tahu baru2 ni sebab baca pasal artis luar negara yang menghidap bipolar)

3) Jim carrey (sebab tu lakonan dia macam saiko..pada saya la..hahahah)

Banyak bagusnya Bipolar ni kalau pandai kawal..Bagus dari segi kerjaya..Tapi seriously,kena hati2 mengawal..Share stories, jangan segan2 nak bagitahu orang..Ye la, kalau rahsia2 kang orang pelik plak kan..

Asalkan bukan jadi seperti..

1) Hitler
2) Napoleon

Atas ni..kes bipolar GANAZZZZ..wawawa =p

*Rawatan perubatan Islam juga saya amalkan di awal tahun lepas. Saya jumpa a few ustaz untuk dapatkan nasihat, air bacaan Quran. Kalau berminat email saya untuk dapatkan no. Dua orang ustaz ni under rawatan Syifa' Ustaz Harun Din. Bila jiwa kita kosong, senang macam2 benda nak kawal kehidupan kita ni..So jumpa ustaz, then tawakkal kepada Allah..

Wednesday, June 24, 2009

Bulan Rejab bulan Allah

Tahun ni aku macam excited sikit nak tunggu bulan Ramadhan.Tapi before Ramadhan mesti bertemu bulan Rejab and Sya'aban kan??Biasalah aku ni..Bulan Ramadhan ngan Syawal je la yang aku tau..Bulan2 lain tu bukannya nak amik tau.Ish ish ish..Nasib baik tak kena panah petir :P Main2 betul aku ni kan??Umur dah la nak masuk 30 tahun.Aku ni dah terasa tua dah sebenarnya.Kalau dulu2 aku selalu takut pikir2 mati,sekarang ni nak masuk 30 aku rasa esok lusa je dah nak mati.Kalau mimpi pelik2 sikit mula la aku bukak buku mimpi..Takut mimpi2 petanda nak meninggal..Wahaha..boleh??Eh jgn gelak tau..Ada la mimpi petanda nak meninggal.Tapi tu semua Wallahualam la..Cthnya; kalau mimpi di kafankan dari atas ke bawah tu nak meninggal.Ada banyak lagi..

So seperti biasa aku excited nak tunggu Ramadhan..Tapi aku excited jugak nak tunggu Rejab ngan Sya'aban..Entah la,maybe aku rasa dah sampai dah waktu aku bawak2 berfikir amalan yang nak dibawa.

"Ma,puasa sunat Rejab tu camne??" (ok fine aku bengong sebab tak amik tau)
"Puasa sunat Rejab sekali ngan sya'aban before Ramadhan"
"Ha??3 bulan direct??"
"Ye la..3 bulan.."
"Tapi kalu ada lobang2 boleh??" (apakah yang aku pikir disini??)
"Boleh.." and Mama pun ada terang2kan la..Aku pun ingat2 lupa..

"Napa orang tunggu2 sgt bulan rejab sya'aban ni ma?"
"Laaa..sebab Rejab kan bulan Allah,Sya'aban bulan Nabi Muhammad"


:O ooooooooohhhhh..Rasa2 memang pernah dengar..Tapi tu la aku,masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Dah tua2 pun baru nak tahu.Excited punya excited siap dah rancang nak puasa ni ngan hubby aku..Tup tup lampu merah daa..Sudahnya Mama,Apis and Shasha je yang puasa hari ni..Tapi tak pe,aku akan berusaha bersungguh2 suruh lampu merah aku berjalan dengan lancar..Bak kata chics "nak keluar,keluar la!!" ngheeee sabar chic sabar..

So ni yang aku dapat mengenai bulan rejab

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari
kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu
neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan
perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari
kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
dalam
syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di
hadapan
mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah
lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberi
minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat
di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan
pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang
yangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Ti! ap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab
bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana
kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal
Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji
berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat
Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70
kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api
neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian
Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu
dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau
terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan
antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran
hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang
suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,
kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya
yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada
siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya
keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

P E R H A T I A N
Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat
melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

info from http://www.geocities.com/purnamajingga/rejab.htm


Tu lah..Tu baru bulan Rejab..belum bulan Sya'aban..Ramadhan..Yang penting sama2 la kita mohon kat Allah supaya kita sentiasa hidup dalam Islam,mati dalam Islam..Hidup dengan Iman,mati dengan Iman..Amin~~


Wallahualam.

Tuesday, May 19, 2009

Tangisan Rasulullah S.A.W

Tangisan Rasulullah menggegarkanUntuk renungan bersama. Semoga bermanfaat. Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah." Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. "Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya." Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'


Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

Wallahualam.

Ni aku paste dari email yang aku terima.Aku tak de masa nak update blog.So,ni benda yang menarik aku nak share ngan semua orang.

:)

Thursday, May 14, 2009

Allah tuhan yang satu

Sebelum baca lebih lanjut,aku nak inform entri ni 18PL.Kalau anda rasa entri ni mengganggu jiwa dan raga anda,minta maaf.

Selamat hari jadi cik moi!! :) Semoga anda akan bahagia dan apa yang anda hajati termakbul.Amin~ I love u bebeh!!Muacksss!!

Pagi tadi Apis buatkan aku breakfast.Sandwich scramble egg.Sebab dia kata nak tebus kesalahan dia termakan aku punya sandwich.Hehehe.Alahai sayangku,tak yah ganti pun tak pe la.Bukan saya marah pun.Tapi takpe,apa2 pun I love u much much Sayang!!

Pagi tadi dia tanya aku

"Sedap ke sandwich saya buat sayang??"
"Sedap"
"Rasa apa?Camne rasa dia" (Ini adalah ayat orang yang jarang memasak untuk isteri ye rakan2,oleh itu ianya berbaur excited)
"Rasa cinta" (amik toh,dah sandwich telur,rasa telur la..huhuhu)


Dia pun gelak dengar ayat aku yang berbaur kerek campo2 rementik sikit tu.

Apa yang aku nak citer sangat sebenarnya?Tak de apa2 yang spesifik kat entri ni.Kalau nak cerita,aku buat private entri.So sesiapa rasa teringin nak baca boleh send aku email,nanti aku bagi password.Terpaksa la buat password sekarang takut ada orang yang tak berkenaan terasa hati ke apa ke.Eh,tapi aku rasa korang2 tak de kot.Orang lain aku maksudkan ni.Hehehe.

Hari ni serously senggugut aku teruk gile.Mungkin sebab last month lampu merah aku tak teratur langsung.So kali ni datangnya macam banjir kilat.WAHAHAHA.Malu aku kalau kawan2 suami aku yang sejantina ngan suami aku baca ni.

Semalam aku banyak betul idea nak menulis.Tapi sebab mood aku tak menentu punya pasal,aku pun tak tulis apa2.Pikir2 nak tulis pasal perbualan aku ngan seorang hamba Allah ni. (Identiti dirahsiakan).

Cik A seorang yang berhati halus.Hati dia mudah tersentuh untuk apa jua benda yang boleh menyentuh hati dia.Perwatakan memang tak setanding umur.Walaupun umurnya mentah, Cik A sudah boleh berfikir lebih matang dari orang2 yang berumur lebuh tua yang aku kenal.Kadang2 aku kagum dengan pendirian Cik A tanpa aku beritahu dia sendiri.Satu hari lepas aku solat, Cik A seperti biasa berbual kosong dengan aku.Entah tiba2 macamana aku tak ingat timbul perbualan berkisar Tuhan.

"Aku takut"
"Ko nak takut apa?"

"Aku tahu Allah wujud,tapi otak aku asyik fikir betul ke Allah wujud??"

Waktu tu aku lihat airmata dia dah bergenang.

Oh, pemikiran Cik A sudah sampai tahap itu.Aku tak panik.Sebab aku ada pengalaman berfikiran begitu.Ye,aku mengaku pernah berfikir macam tu.Sejak kecil.Aku dibesarkan dengan didikan agama yang cukup oleh Atuk aku (Abah).(Tapi waktu remaja aku ala2 bengong sikit,mentah dan naif).Aku mula belajar mengaji pada umur 4/5 tahun.Aku khatam Al-Quran waktu aku darjah dua.Aku suka pergi sekolah agama.Sebab sekolah agama ustaz ngan ustazah cerita pasal Nabi2,cerita pasal Allah.Cerita pasal Syaitan dan Iblis.Sebelum umur aku masuk sekolah aku dah pergi mengaji kat rumah Po'ad.Mungkin nama sebenarnya Fuad.Budak2,panggil ustaz Po'ad.Siang mengaji dengan Abah,malam mengaji dengan Po'ad.Aku ingat lagi masa tu umur aku 6 tahun,setiap malam Jumaat Po'ad akan bercerita apa2 sebelum kelas mengaji bermula.Cerita pasal Kiamat pertama yang aku dengar dari mulut Po'ad.Cerita tu betul2 melekat kat minda aku sampai hari ni.

Sebab cerita Po'ad jugak aku start berfikir mengenai kiamat dan kematian pada umur yang kecik.Satu hari aku tiba2 menangis kuat2.(Ye la,kata aku kecit,menangis stok meraung la,apa lagi).Mama ngan arwah Mami berkejar tengok kenapa aku.Risau,sebab semua orang kat dapur masa tu,aku sorang2 kat ruang tv.Bukan tengok tv,tapi berfikir sampai tahap tak boleh jumpa ahli keluarga kat akhirat.

"Kenapa?Sapa buat?" Mama aku yang panik tu tanya
"Takut hari kiamattttttttttt" Sambil menangis kuat2


Mungkin waktu tu orang2 sekeliling hanya tersenyum dan merasakan aku comel.Tapi aku tak rasa berfikir pasal hari akhirat tu comel.Ianya sesuatu yang mengngerikan.Kemudian ada satu cerita aku ingat2 lupa.Seorang pemerintah bukan Islam ni sebelum tidurnya selalu berharap dia boleh beriman dengan agama Allah,tapi sampai mati dia tetap kafir.Tapi ustaz aku kata Allah janjikan dia syurga sebab niat dia untuk beriman sentiasa ada.Itu aku tak pasti sejauh mana kebenarannya.Wallahualam.Tapi cerita tu pun aku tak boleh lupa.Sebab aku selalu cemburu dengan orang bukan Islam yang hatinya sentiasa menginginkan sesuatu petunjuk dari Allah,tapi mungkin bukan rezekinya untuk mati dalam Islam.Nak bandingkan dengan orang lahir sebagai orang Islam,tapi langsung mengabaikan petunjuk demi petunjuk yang di kurniakan oleh Allah.Cerita tu aku selalu nak ingat,sebab aku tak mau mati dalam keadaan tak beriman dan keadaan bukan Islam.Nauzubillah.

So,berbalik pada cerita Cik A.Pada aku,tak ada herannya seorang manusia berfikir tentang kewujudan Tuhan.Sedangkan para Nabi sendiri pun pernah berteka-teki didalam hati.Itulah makanya,hidup kita kat dunia ni tugasnya mencari,menggali apa yang kita tak tahu.Kalau malas baca terjemahan Al-Quran,baca je buku2 yang banyak kat pasaran sekarang ni.Then apa2 yang tak paham kenalah share ngan orang2 yang arif.

Dialog sambungan.

"Alaaa,ko jangan panik k.Ko istighfar banyak2 kalau asyik fikir camtu"
Cik A pun mengangguk walaupun aku masih nampak titis2 air mata kat pipi dia.
"Macam ni,apa yang ko takutnya?Tentang Allah tak wujud?Cuba ko tanya diri ko balik,kalau Allah tak wujud,mana datang kita ni?Mesti ada pencipta (ye,ayat yang agak klise tapi aku bukan penceramah agama,aku bagitau apa yang aku tau la) kan?"


Dia mengangguk.

"Ok,kalau ada pencipta,barulah semua alam sekeliling,manusia sejagat ni semua wujud kan?"


Angguk

"Then,bila ko tahu Tuhan wujud,ko risau,agama kita ke agama yang benar?Ok,macam ni,aku pun tak banyak research agama2 lain,aku ikut logik and instinct ngan semua yang memang dah diajar kat kita dari kecik.Bila ko dah start fikir2 hal2 camni,ko kena buat kajian sikit2,nak baca bukan hal Tuhan je,mesti baca musuh utama dulu.Syaitan ngan Iblis.Ko baca je buku2 yang aku ada,tak paham tanya la ustazah ko."


Aku sambung.

"Mula2,ko fikirkan semua agama yang paling ko rasa mencabar fikiran ko.Apa agama yang menyembah berhala agama yang benar kalau ko fikir logik akal?Apa ko fikir manusia mulia walaupun hina macam kita wajar menyembah berhala2 yang berbagai bentuk kadang2 bentuk haiwan? (Maaf kalau ada yang tersinggung,ini adalah perbualan saya yang sebenar,kalau rasa cerita ni sensitif sila ke blog yang lain) Then,berhala yang berbentuk macam manusia jugak?Apa pun alasan ko mesti tepis dengan Istighfar."


"Kalau yang fikir Tuhan langsung tak wujud tu lagi la ko tak payah nak pikir jauh2 sangat.Tu lagi sesat.Apa ko fikir Sains boleh jadi agama?Sains tu sendiri banyak tak terungkai lagi.Apa yang terel sangat tentang Sains?Ia wujud pun sebab manusia buat kajian,dengan rujukan dari kitab2 Allah jugak."


"Ok,then agama yang ala2 agama Allah.Yang mengatakan Allah beranak dan diberanakkan.Sama je konsep bukan Islam,mereka tetap menyembah berhala.Rumah sembahyang tetap ada patung 'anak tuhan' 'roh kudus' mereka.Agama yang belit lagi membelitkan.Senang je ko nak fikir.Tak yah ko masuk forum belit2,tak yah ko layan syaitan yang suruh ko jadi gila.Then kalu kat rumah sembahyang ada asap2.Kan makanan jin dan syaitan.Rumah Allah sebersih2 tempat sembahyang,ada ko nampak patung2 ngan asap2??"


"Kalau betul agama mereka benar,kenapa mereka sebuk nak guna nama Allah mengganti nama tuhan mereka?Itu benda paling simple dan bodoh pernah aku tahu dan benda paling bodoh penganut2nya nak tegakkan benda yang mereka kata 'perjuangan' kegamaan mereka.Oooo,Allah nak mengganti nama tuhan kalau mereka berdakwah dalam bahasa melayu.Ada ke agama Islam tukar nama Allah kalau kita berdakwah dalam bahasa lain?Tetap ALLAH.Allah tu satu,Allah tu Esa.Allah maha pengampun.Ko fikir la banyak mana pun,tapi kopastikan hati ko tetap pada yang Maha Kuasa."


"Then,ko tak pernah dengar cerita yang pasal kaktus kat German (tak ingat,kat Geman tak silapnya.Tapi gambar kaktus ada kat astro Oasis waktu azan tu) berbentuk kalimah Allah tu?Sebab kaktus tu ramai orang kafir memeluk Islam,tapi kerajaan negara tu potong akhirnya kaktus tersebut.Kenapa?Takut ngan kebenaran?"

Sebenarnya,orang bukan Islam gentar dengan orang Islam suatu masa dahulu.Cuma bila zaman dah bertambah maju,dunia semakin berteknologi,ekonomi Islam makin bernyawa-nyawa ikan,siapa yang harus kita salahkan??Tepuk dada tanya la selera.

Aku budak baru belajar.Kalau salah tolong tunjukkan.

Sunday, May 10, 2009

Kalimah ALLAH di langit


Ini adalah kalimah Allah yang aku nampak kat bukit langat hari tu.Tapi aku nampak dengan mata kepala sendiri lagi clear.Kadang2 Allah dah tunjuk bukti kebesaranNya secara terang-terangan,tapi manusia tetap tak dapat melihat.Sebab hati dah jadi buta.Buta dengan banyak perkara.Kadang2 hati kita ni jadi buta sebab pemakanan kita jugak,oleh itu kalau pergi mana2 sila la pastikan betul2 halal.Jangan la makan kat kedai bukan Islam,sah2 kita patut ragu2.Then tak payah la nak pertikaikan mana nak tau walau ada logo halal JAKIM,then mana tau lepastu diorang sembelih ayam cam ne la apa la,banyak tul alasan.Yang aku tau,kita kena yakin.

Kalau ada logo JAKIM,kita yakin.Yakin yang diorang melaksanakan tanggungjawab diorang.Then kalau nak pertikaikan mana nak tau belakang JAKIM restoran tu guna sembelihan tak halal ke apa ke..Kita berserah je kat Allah.Kalau tak yakin apa2,masak je kat rumah.Tapi untuk makan kat restoran bukan Islam tu,patut pikir2 la sendiri.Bukan kita je boleh buta hati,dengan seluruh keturunan kita turut terkena kesannya nanti.Minta dijauhkankn Allah la hendaknya.

Wallahualam.