Saturday, March 12, 2011

Seroquel XR

Entri panjang berjela..

Aku buat entri ni khas untuk orang nak tahu review mengenai ubat yang aku amik skang.

Nama dia Seroquel XR. Mungkin ada yang nak search untuk kegunaan orang yang tersayang, ataupun pada sesiapa yang tgh buat research pasal ubat ni. Aku agak aware yang kat negara kita ni, tak ramai pesakit macam aku yang suka nak share benda2 macam ni kat blog terutamanya. Cuba korang try search, memang payah nak carik. Kalau kat oversea tu belambak la diorang review.

Maka dengan ini, aku pun dengan hati yang tulus ikhlas nak sharelah apa yang aku rasa mengenai ubat terbaru aku ni.

Before this, aku amik epilim. Epilim tak la mahal sgt, sekotak dapat la RM45, utk sebulan aku rasa. Oh ye, aku memang train otak aku supaya tak berfikir benda2 yang tak perlu. Maksud aku, kalau tak penting utk aku addapt dlm brain aku ni, aku just let go. Yang aku sedar, since aku on medication, aku memang tak boleh nak memorize sebanyak yang aku boleh memorize sebelum aku makan ubat2an ni. Itu penting ye, kita ni bukan robot. Just let it go.

Aku dapat tahu aku bipolar tahun 2008..Then tetiba la kan, tahun 2010 menjelma.. Aku pun ber poyo-poyo la mengada nak pregnant lagi..Konon la kan..Padahal emosi ala-ala lagi tu. Tak la, aku before dpt tahu ada bipolar ni, aku memang plan nak at least 5 orang anak. Aku ni memang berangan nak ramai anak. Tapi....

Hampir kebanyakan doktor kat hospital aku tu cakap tak di galakkan. Ok, nak share sikit pasal kelemahan jumpa doktor kat hospital yang bukan private ni ye. Memang la aku bersyukur sebab murah, tak la aku mampu kan, nak jumpa pakar psikiatri yang private yang macam kita tgk dlm muvie tu. Mahal, memang mahal. Tapi aku kdg2 tensen sebab setiap kali jumpa, doktor baru. Doktor kalau baru, setiap kali la nak tanya soklan yang aku bosan nak jawab. Paling tensen, mesti nak kena ulang benda yang sama banyak kali. :


"dah kahwin? ada anak ke belum? anak berapa orang? kerja apa? kat mana? adik beradik berapa orang? hari ni rasa macamana?"

Tensen, tau tak?

Ok, sambung pasal ubat. First2 aku panik gak nak tukar ubat ni. Eh, bukan senang tau nak adjust ubat dengan kita. Ubat yang aku makan tu, bukan macam panadol efek dia. Kalau dapat yang dose tinggi, macam orang hisap dadah dah aku ni. Tapi, sebab plan nak ada anak lagi punya pasal, aku tabah dan berserah je kat Allah.

Mula2 stop epilim perlahan-lahan, then doktor suh aku amik sebijik dulu seroquel tu. Tapi kan, seroquel tu amatlah mahal ye. Aku nak minta diskaun, diorg kata ada org yang lebih susah memerlukan diskaun tu. Aku pun malas nak pikir, commit je lah. Satu kotak 50mg ada 60 tablet. Satu kotak tu, RM270. Korang jgn nak kata 'hek eleh, murah je'..cuba kalau ko calculate, sepanjang hidup aku ni, kena beli ubat tu sebulan sekotak. Skang ni setiap kali aku beli stok dua bulan, RM540..

Mula2, aku makan sebiji je. Then dia naikkan dose kepada dua bijik. Ikutkan doktor, aku ni patutnya makan at least 200mg. Baru cukup. Tapi, nak stabilkan dengan dua bijik ni pun aku hampir2 nak surrender.

Dia punya efek..Ya Allah, tuhan je tahu. Pening dia giler semacam...Macam tak larat nak bangun tidur, mual macam orang pregnant, kepala pusing2..Aku siap stress lagi..Doktor kata normal, tapi kena sabar la sikit. Pastu kalau dah dapat stabil dengan dua bijik ni, dia nak tambah lagi dua bijik, so jadi empat bijik sehari. Mampus, aku pikir masa tu.

Aku merungut la kata kat mak aku.

"tak larat kalau along kena tambah dose ni ma"

Mak aku pun risau la kan..Pastu aku ada jumpa gynea aku, private punya klinik. Dia kata, setakat ni, seroquel memang tak ada kes yang bahaya untuk pregnancy. Sebab ubat ni baru 10 tahun. So, kira agak baru. Then dia kata, cuba la kalau tak makan ubat?

Aku kata, kalau berhenti ubat ni, mau aku punya energy bagai di pam-pam. Dia kata "it's good to have a lot of energy, rite?"...Amboi2...memang la bagus, tapi energy aku melampau sgt.. aku memang tak nak amik risiko..serik aku duk wad psikiatri..Tapi, dia kata boleh je kalau during pregnancy nak teruskan makan ubat. Aku pun memang dah decide, kalau aku pregnant, memang aku tak stop makan ubat. So gynea aku kata, at least biarlah after six month aku lepaskan epilim, baru try utk mengandung..

Dalam dua minggu, aku still rasa mual yang teruk, dan hampir2 nak quit. Tapi sebab ketabahan aku dan keinginan aku nak pregnant tu sangat2 la tinggi..Akhirnya, alhamdulillah..Aku dah boleh serasi dengan dua bijik Seroquel..After aku dapat keserasian tu, aku rasa bersyukur sangat doktor tukarkan aku ubat ni. Rasa dia lain sangat2..Lebih hampir kepada rasa diri sendiri yang 'normal'.

Tu la aku ckp kat husband aku, memang patutlah ubat ni mahal. Efek memang tak sama dengan epilim. Seroquel ni buat aku jadi macam before aku di diagnose. Tapi, emosi aku dalam keadaan yang terkawal. Ubat ni, kalau aku tetiba ada mood yang down atau aku ada hadap benda2 yang stress to the max, dia akan automatically buat aku rasa mengantuk. Aku tak tau la orang lain macam tu ke tak. Tapi tahap keserasian aku dngan ubat ni sampai tahap macam tu lah.

Orang sekeliling yang rapat2 dengan aku memang aware dengan penyakit aku ni. So, if suddenly aku jadi malas tahap gaban, dalam tengah miting yang stress, tetiba aku boleh layan pala mengantuk atau lepas miting tu aku terus buat benda lain yang tak buat aku fikir benda tu. Takpun, aku menangis puas2, pastu aku tidur. Bila bangun terus aku rasa fresh. Memang best!

Then, idea aku pun dalam keadaan yang terkawal. If dulu before aku tau aku bipolar, aku punya ideas/ jumping thoughts dalam masa 24 jam tak henti2... Contoh aku punya idea atau pikiran ni macam ni ;

aku pikir nak g terengganu cthnya..pastu aku terus pikir kat tgganu nnt nk g pantai, makan keropok lekor, minum air kelapa muda,main layang-layang, pastu tetiba aku terpikir, eh buat bisnes jual kelapa muda kat internet mesti bagus. Boleh buat delivery, target audience yang macamana? boleh jadi kot, tapi aku nak kena buat reasearch.

Korang nampak tak? Patutnya, kita pikir la satu persatu kan? Kan mula2 tadi pikir nak g terengganu je. Yang aku sampai melencong nak pikir buat bisnes jual air kelapa tu kenapa?

So, since aku amik seroquel ni, idea aku tersusun dan teratur. Infact, sekarang aku pun pandai kawal supaya fikir apa yang aku boleh jadikan realiti, dan tak fikir terlalu panjang sampai untuk perancangan 50 tahun akan dtg. Fikir kehapadan tu bagus, tapi terlebih fikir tu kan memudaratkan?

Aku ada ckp kat doktor yang aku memang tak nak tambah dose. Aku memang dah selesa dengan dose yang di beri. Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih ambik 100mg sehari. Korang kena tahu, memang la diorg doktor dan ada kajian bla.bla.bla. Tapi end up, kita tahu apa yang kita perlukan. Apa yang kita rasa selesa. Tapi, jangan jadi bodoh sombong la pulak.

Bodoh sombong tu pada aku adalah orang yang patutnya on medication, tapi menggatal skip terus ubat dia pastu berangan nak jadi sihat. Tapi please lah, jangan sesekali buat macamtu kat diri kita, dah la menyusahkan orang sekeliling. Then, fikir-fikirlah masa depan kita..kalau kita degil tak bertempat..kesian kat suami, isteri, ibu, ayah, adik beradik, anak..kan?

Untuk sampai dalam keadaan yang stabil macamni, banyak yang perlu kita usahakan. Allah memang akan tolong orang yang berusaha. Betul.. percayalah. Aku bersyukur sebab dapat family support yang kuat. Bagi sesiapa yang rasa keluarga tak membantu, mungkin kita harus berhenti fikir yang bukan-bukan..Kalaulah betul pasangan kita tak boleh nak hadapi benda ni sama-sama dengan kita, tak mungkin ibu, bapa, adik beradik, at least kawan baik tak sorang pun yang cuba untuk membantu. Kalau memang korang rasa tak ada sesiapa pun yang boleh tolong korang bagi support, mintaklah doktor arrangekan sesi kaunseling, hospital tu macam2 ada..Tinggal kita je yang nak rajin membantu diri kita.














Ini tempat ubat aku yang comel. Beli kat Guardian, boleh simpan stok seminggu. Benda ni buatkan aku tak lupa samada aku dah makan ke belum ubat tiap-tiap hari. =)

Tu contoh tablet ubat aku. Warna peach setiap satu 50g



Ni kotak dia. Nak tau review yang lain, boleh google je

22 comments:

  1. saya ada satu penyakit baru: cepat kecewa.

    padahal saya sebelum ni kuat semangat je.
    :(

    ReplyDelete
  2. aku pun ada bipolar gak.diagnosed masa umur 14 tahun.tp sekarang aku da normal.aku xmakan pun ubat yng dr bg sbb aku xpercaya kt ubat n takut side effect.yang penting hati kita.aku katakan kt diri aku yg aku normal.smpai sekarang aku sembuh.masuk universiti sume.yang penting kuat semangat.tipulah kalau aku xde sebarang rawatan bleh sembuh.aku ikhtiar jupa org agama.dekatkan dgn Allah.masa mula2 kna family anta hospital and aku jalani rawatan yang bg tenaga electric kt otak tu.azab jgn kira.tp alhamdulillah.aku sembuh.

    ReplyDelete
  3. salam , alamak sama la simptom puan ngan bini saya. skrg ni dia mkn clopixol, benzhexol, sodium valproate. ada efek x kt kandungan bini sy ? kami bru bkahwin 30april lalu. mak ayah sy dh suruh ceraikan tp sy x sggup.ni no sy 0132819060 din (kajang-keratong-teluk intan-batu pahat-butterworth)

    ReplyDelete
  4. hi.. i pun tengah makan ubat ini utk depression .. i baru kahwin.. nak tanya ini..boleh i mengandung jika ambil ubat ini??

    ReplyDelete
  5. Sy ada bipolar dgn OCD. mmg pernah merasa la ubat2 ni... first time ambil mmg teruk kesan die.

    ReplyDelete
  6. Dear ms.nad..really need to talk to u...my hubby have bipolar...tp i pon dah stress jugak...
    Kindly msg me 0192323436 or email iamcutecupid@gmail.com

    ReplyDelete
  7. sy dah try hampir kesemua ubat yg ada kat hospital.. stok ubat berkotak.. dah try seroquel tp xde rasa apa2 kesan pun..

    ReplyDelete
  8. Salam..I pun mkn ubat ni.n msalah I same ngan u. Hanye org yg merasai or mengalami dpt memahami..

    ReplyDelete
  9. hi..kite senasib. i pun ade bipolar jugak!n ambek ubat yang same seraquel..mmg kite perlu jage mood kite kan..

    ReplyDelete
  10. salam cik kak.. suka baca ttg entry akk pasal ubat ni, sebab saya pon dah 3 tahun ambil ubat ni.. hurm.. ada FB x? nnti nk keep in touch la.. boleh? fb lin .. azlin fatihah.. kota bharu kelantan

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. saya berusia 38 tahun.. bipolar dlm 1 tahun tukar kpd ubat seroquel xr dan pernah ambik seroquel ir lagi cepat kesannya setengah jam dah lena x sedar ape pun nak cuba tahan mengantuk pun x boleh..

    ReplyDelete
  13. Hari ni hri pertama saya mengambil seroquel. Sye hrp saya mampu menangani simtom kesan sampingan ubatt ni. Sye amik rawatan ni sejak 2010 di hospital kerajaan. Tapi layanan kurang memuaskn serta ubatan yg dibri lngsng xde improve. Kini saya amik rawatan di hospital semi goverment. Sye diberi ubat ni. Doktor bukan pakar yg mrwat saya tp dokter ini sgt bgus. Sangat prihatin serta sgt mmbntu saya sbg pesakit.

    ReplyDelete
  14. I puwn amik ubat ni -side efft paling ketara yg kena mengantuk yg teramat..tangan jd shaking,n brat badan naik..slalu amik kul 6 ptg ,taw2 sedar kul 4 ptg.dasyat kan

    ReplyDelete
  15. I puwn amik ubat ni -side efft paling ketara yg kena mengantuk yg teramat..tangan jd shaking,n brat badan naik..slalu amik kul 6 ptg ,taw2 sedar kul 4 ptg.dasyat kan

    ReplyDelete
  16. aku ada msaalah insomia..aku ada research seroquel memang sesuai utk org ada insomia..bleyh wat kita mengantuk..tapi klu kita stop ubat nie side effect dia teruk x?

    ReplyDelete
  17. kat mane nk beli seroquel ni...ayah sy doc suruh makan tp kene beli sendiri sebab di HKL x ada...
    harap ada yg sudi membantu

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum puan...nak tanya apa khabar sekarang? Macam mana dengn bipolar puan..dah ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tahun 2017 sgt mencabar buat saya. Tak sempat lagi update mengenai perkembangan terbaru saya.

      Delete
  19. I was diagnosed as dissociative amnesia disorder since 2014, and also have bipolar symptoms, I was taking clonezepam, resperidal and Zoloft, always make me sleepy, after that my doctor changed my meds to Seroquel xr, only on it for 2 weeks, but I feel better with it. Can add me on instagram to share experience : hayatiarma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Since 2017 I cannot afford to buy seroquel XR lagi. Now i on lorenzapam, resperidon & seroquel IR.

      Delete