Tuesday, September 6, 2011

Pregnancy for Bipolar Disorder

As Salam kepada semua pembaca entri..

Eh, aku tak sangka ada komen kat entri yang lepas.. hehe..

to cik Nana : jgnla macam tu..kalau setiap kali hati kita rasa kecewa, cepat2 kita istighfar kat Allah banyak2..nana jgn fikir sgt kecewa itu ye (^_^).. Memang kdg2 kita rasa kita dah tak boleh dah nak tabah..Rasa fragile sgt2..tapi kita memang kena lawan perasaan tu..selalunya saya akan fikir tentang orang lain yang lebih susah, yang lebih besar dugaannya agar saya jadi lebih kuat..Selalu amalkan doa "Ya Allah, janganlah engkau berikan aku dugaan yang tak larat untuk aku tanggung" amin, ya rabbal 'alamin..

to anon pertama : ye ke...bestnya ko tak yah makan ubat..memang cita2 semua yang sakit utk tak makan ubat..aku pun tgh dlm usaha ke arah itu..aku masih tengah belajar untuk menghadapi penyakit ni..syukurlah, ko dah sihat..aku pun berharap yang satu hari nanti aku pun boleh lepaskan diri dari ubat2 ni semua..cuma aku belum lagi sampai confident level tahap paling tinggi..mmg kita semua kena serah kat Allah, tp dgn mkn ubat ni aku pun berusaha dan bertawakkal juga kepada Allah..

p/s : ko tak de blog ke..nk share pengalaman ko utk kebaikan org lain? kalau ada bitau la ye..


to anon kedua : waalaikumsalam..alamak nama ubat2 yang isteri awak makan tu saya tak pernah dengar la..saya tak pernah makan pun ubat yang awk sebut tu..so saya tak dpt nk bagitahu pengalaman saya berkaitan dengan efek ubat2 tu..entri ni saya buat untuk reference encik dan isteri..


Hari ni aku nk cerita mengenai prengnancy aku..

Entri yang sebelumnya aku ada cerita mengenai keinginan untuk menambah zuriat.. Korang, zuriat aku yang pertama ; Adam adalah sebelum aku mengambil mana2 pil utk penyakit bipolar ni.. Sebab aku melahirkan anak pertama sebelum di diagnose bipolar. Aku di diagnose pada tahun 2008. Doktor kata dua tahun lepas tu barulah boleh cuba utk pregnant lagi. Tapi tahun 2010 aku macam tak berapa sedia lagi. Alhamdulillah, tahun 2011 ni keinginan untuk dapatkan anak lagi semakin membuak2 sampai aku berusaha lebih keras untuk memastikan keadaan emosi aku lebih terkawal.

Entri yang lepas pun aku ada citer yang aku tukar ubat, yang mana menurut pendapat doktor yang berlainan antara satu sama lain ; ada yg kata ok utk pregnancy..ada yang kata tak ok..

Jun 2011, aku dapati ujian air kencing aku positif.. Aku pregnant! Memang happy aku encik suami. Padahal period aku lambat beberapa hari je. Di sebabkan terlalu excited, aku buat pregnancy test cepat2.. Cepat2 buat apoinment dengan gynea, sbb nak reconfirm..

Tapi, rupanya memang aku kena tunggu lagi seminggu.. Sebab kandungan terlalu baru, tak nampak pun time ultrasound.. Ok fine, tahap excited aku melampau macam org tak de experience dapat anak.. Hehe..

The next week, jumpa gynea dah nampak ada satu tompok yang menandakan aku memang mengandung. Gembiranya hati, Allah je yang tahu. Terus gynea aku bekalkan aku dengan vitamin2 yang lengkap untuk support baby aku. Vitamin time pregnant adalah tak sedap. Aku pun tak tau napa. Memang since aku ngandung first baby macam tu.. Cuma kali ni aku lebih berdisiplin, sebab aku betul2 berharap kandungan aku terjaga dengan rapi dan aku berjaya melahirkan baby yang sihat...

Dua hari lepas jumpa gynea, aku g HUKM sebab mmg dah alang2 ada apoimen tarikh tu.. Kalau ikutkan diorg, once aku pregnant terus kena inform and terus kena datang klinik.. Korang, doktor2 kat HUKM tu memang baik layanannya.. Selalu kata kat aku bila2 nk dtg pun boleh.. Boleh day call lah, boleh datang direct lah.. Tapi kann.. Kaunter pendaftaran tu selalulah macam nak menyondek (menyondek=merungut tahap cipan) kalau ada patient yang dtg secara tiba2 nk jumpa doktor.. Diorg mcm bengang kalau tetiba patient dtg tanpa apoinmen, susah nk carik file katanya..

Aku beberapa kali jugak nampak kejadian diorg yang marah2 patient yang dtg tanpa apoinmen. Wahai penjaga kaunter, korang tau tak.. Bukan sengaja mengada2 kalau kitorg ni nak dtg hospital.. Ikutkan hati, malas giler nk g hospital setiap masa, kena makan ubat setiap masa.. Tapi.. Kitorg ni berusaha nak sihat.. Kalau korang tengking2 macamtu time kitorg stress, korang ingat kitorg tak boleh tarik leher kat lubang kaunter tu pastu siku pala korang ke? Hahaha..

Seriesly, kebodohan kesombongan diorg ni kdg2 aku pelik.. Patient yang dtg tiba2 tu, ada sebablah..Mana tau dia dah seminggu tak tidur..Tetiba nk jumpa doktor kena tengking, mmg carik nahas la kan.. Aku ckp kat suami "Yang, diorg sedar tak kita yang sakit ni bukan sakit biasa2..kang ada yang kena kang.." aku cakap dengan nada saiko..*evillaugh*


Ok dah2..tiba2 aku emo dengan penjaga kaunter pulak..

Sebelum jumpa doktor aku dah siap-sedia kawal emosi supaya jadi kental. Aku kena ready kalau2 jumpa dengan doktor yang tak menyokong aku mengandung..Oh, kena inform kat korang yang aku jumpa doktor berlainan setiap kali rawatan ulangan..Kdg2 dpt doktor yang faham kita, kdg2 dpt doktor yang ala2 je..

Macam yang aku expact.. Doktor tu terkejut yang aku cakap aku mengandung.. Terus tnya soalan2 lazim.. Pastu terus call doktor pakar dia untuk citer kes aku ni..Time tu aku dah macam tegar je..Aku pikir, jangan la doktor pakar tu dtg jumpa aku..Aku malas skit kalau doktor pakar tu dtg jumpa, sbb dia dah la since aku kuar tak pernah jumpa aku one-by-one..kang tau2 je dia suh aku makan ubat ikut teori dia, tanpa mendalami betul2 history aku..

Lepas doktor tu letak telefon, dia terus ckp "awk tau side effect bla..bla..bla..?" aku terus potong and cakap aku redha kalau apa pun terjadi, and aku sendiri yang decide untuk teruskan kandungan ni.. So doktor tu pun kurangkan dose aku menjadi sebijik je seroquel..

Then aku pun meneruskan pregnancy aku dengan memakan sebijik (50mg) seroquel XR, 3 biji sehari folic acid dan dua vitamin lain yang aku tak ingat nama dia.. Macam biasa, aku morning sickness bersilih-ganti dengan encik suami.. Suami yang tercinta kena sickness sampai 3 hari berturut2 terbaring je.. Kesian dia.. Aku pun muntah2, cuma tak seteruk anak pertama tu..

Sebab aku special kes, instead of jumpa gynea sebulan sekali..aku kena jumpa every two weeks..HUKM pun setiap dua minggu..Oh, terasa diri ini di sayangi..*hahahatetibakau*

Masuk bulan Julai aku ada nampak muka gynea aku macam pelik + risau sikit..Masa tu dia macam ada bagi hint2..Di kata baby mcm kecik..Tapi, tunggu lagi dua minggu tengok perkembangan macamana..Balik rumah aku terus sedih..Sedih sgt2..Memang efek emosi aku time tu..Macam2 aku pikir..Risau, sedih, tensen, marah dengan diri sendiri sebab buat baby aku suffer and macam2 lagi lah..Infact aku ambil tindakan drastik dengan stop seroquel sebab aku rasa bersalah dengan baby..

Aku down sgt2..Menangis hampir seharian dalam bilik..Tak selera makan, tak nak buat apa2 pun..Sampai buat semua orang risau..

Bila time sedih2 macam tu, kita sendiri je yang boleh pujuk diri kita.. Memang la orang sekeliling aku sgt2 alert yang ambil berat.. Tapi kalau semua org pujuk, tapi kita sendiri yang tak pujuk hati kita..Memang susah..Hati memang betul2 kena kuat..Aku nasihatkan, sesiapa yang ada penyakit berkaitan macam aku, before nak mengandung memang kena kuatkan hati dan ingat Allah banyak2..Sebab time pregnancy emosi memang tukar..Bayangkan la, time period pun orang perempuan punya mood swing dah lari2..Inikan pula pregnant + bipolar.. Tapi Alhamdulillah, aku manage to get myself back sehari lepas tu..Aku fikir, takkan sebab doktor kata baby kecik aku pun nak menyerah kalah.. Esoknya aku terus continue medication dan makan, tidur, kerja macam biasa..Kerja makna di sini adalah cuma berbaring di depan tv.. Hehe..Bestnya time ni..Manja sgt2..Semua orang layan kita macam puteri raja..

25 Julai, gynea aku mengconfirmkan yang baby aku memang tak membesar langsung..Tak de heartbeat, tak membesar..Tak ada..Baby tak ada..


(T_T)

Hancur remuk hati aku time tu..Tapi, sebab dua minggu sebelum tu aku dah prepare dengan segala kemungkinan..Hari tu aku macam dah agak tabah..Terus aku cakap, bila boleh buat D&C..Gynea aku kata paling cepat esok..Kena datang pagi, kena puasa..

Malam tu, aku n encik suami confront adam pasal baby ni..Adam ni anak yang cerdik, memang tak boleh tipu dia sebab dia dah faham hidup dan mati, syurga dan neraka..tapi kefahaman stail umur2 dia la..Di sebabkan dia pun terlalu excited nk ada adik, kitorg ckp elok2 kat dia yang adik dia kena masuk syurga..Meraung2 dia time kita cakap macam tu..Dia keep on kata kenapa adik kena g syurga..Kan adik ada dlm perut mummy..Kenapa..Kan adam belum jumpa adik lagi..

Sedih sgt time tu..Tapi akhirnya kitorg manage bagi dia faham yang esok memang adik dia tak ada dlm perut mummy lagi..

Esoknya aku dtg dengan penuh debaran..Aku fikir, ye ke..Macam tak percaya je..Punya la aku pesan ngn encik suami kena ada kat sebelah aku sampai habis proses tu..Rupa-rupanya aku sorang je kena naik atas, encik suami nurse suruh balik dulu and dtg pukul 2.30ptg nnt..Ya Allah, takutnya aku masa tu..Panik, habis peluh sejuk semua..Tapi buat2 tabah je la..Adam mengamuk tak nak kasi aku masuk ward sengsorang..Time tu hati aku bertambah2 sedih..

Aku masuk bilik dengan sorang lagi kakak ni.. Aku senyap je..Sebab nak menghayati masa2 terakhir dengan baby aku ni..Biarlah kalau orang kata baby aku tak hidup pun..Tapi sebagai ibu, perasaan aku dengan baby tu dah develop macam dia hidup..Aku baca surah2 yang menenangkan hati..Aku doakan kesejahteraan baby..Aku rasa precious sgt time tu..Masa aku berdua dengan baby buat kali terakhir, di saksikan para malaikat and Allah je yang tau perasaan aku time tu..

Yang buat aku sedihnya, org sebelah aku tu siap cerita macam2..Yang dia tak nak baby dia sebab tak mampu..Time tu aku fikir...Apakah? Motif cerita yang dia macam 'serba-salah' nak buang baby dia sebab baby dia sihat..

"Sekurang-kurangnya awak tak serba-salah macam akak..Baby awak tak menjadi lagi"


Time tu aku rasa macam kakak tu tengah hiris2 je hati aku ngn pisau lipat 20sen yang karat-tak-karat tu..pedih je aku rasa..bengang je aku rasa sebab dia faham tak, aku nak baby..dia nak buang baby???? Infact, skang tengah type ni pun aku rasa macam ada batu kat dada aku utk memikirkan segala bualan rancak yang keluar dari mulut kakak tu..Macam2lah..Sampai aku buat2 macam tak interested..Baru dia macam kurang sikit beborak tu..

Nurse pun macam pelik tgk aku..

"Kenapa, tak nak anak ke?" tiba2 dia tanya

"Nak.."

"Habis tu, kenapa mau buang?"

"sebab baby tak develop..."

"oh, patut i nampak u sedih sangat.."


Aku fikir..Oh tidakkk..Ramai sgt ke yang tak sedih nak buang baby ni...


Lama jugak tunggu dlm bilik before proses nak "cuci" baby aku..Nurse bagi makan ubat pahit tanpa air..Then perut rasa kebas + kejang + mual..Dua jam jugak la tunggu je dalam bilik..Bayangkanlah..Nak kawal emosi lagi, supaya tabah dengan ketentuan Allah..Supaya tabah dengan akak sebelah (=_=")...

Akhirnya nurse suruh tukar jubah and naik ke operation room..

Masuk operation room aku rasa panik sgt..Aku fikir, mampus la kalau aku tak lut bius dia...ngeri ke camne la rasa 'cuci' tu nanti..Tarik nafas, hembus nafas dengan keadaan terkawal (untuk hilangkan panik)..Then doktor yang ceria kata "are u ok?" aku cakap memang tak ok..nurse pun sarungkan oksigen kat aku..and doktor pun inject bius kat lengan aku..Aku pun sempat mengucap (kalau2 kang tak terbangun ke kann..), zikir banyak2 dlm hati..

And tetiba dengar suara.... "ok girl, pindah katil ni"..

Aku pun mamai2, bangun pindah katil tu diorg tolak g bilik yang aku tunggu berjam2 tu..Pegang perut and cakap "bye2 baby..mummy love u so much"....


Untuk baby yang pernah ada dalam rahimku ;




A date to remember...

The promises that mummy's made..

To cherish every moments that mummy had with you..

For mummy to remember..how happy mummy was..how great mummy feels..

It's a date that full of pure sadness..

For mummy to grieve..to feel a great sorrow..

As long as mummy lives..

Thought for you will remain in mummy's Doa..

Insya Allah..


Mummy, Daddy, Abang will always love you sayang..Always..


Dua minggu aku berpantang kat rumah mak aku.. Suami yang baik menemani aku dan menjaga aku dengan penuh kasih-sayang.. Encik suami even masak lauk untuk aku berpantang.. Terngiang-ngiang aku dengar Adam cakap kat atuk dia time hari first aku balik rumah mama..

"atuk, baby dah takde..dah masuk syurga dah"

Ya Allah, kalaulah kau kata benar itu rezeki aku, maka aku bersyukur..Tapi kalau bukan rezeki aku, maka aku redha..Semoga kau menjadikan Adam anak yang soleh, taat kepada kedua orang tuanya dan bahagia dunia akhirat..Amin..Ya Rabbal'alamin..


p/s : skang aku mengekalkan dose sebijik sahaja seroquel! Dan sekarang, cita2 aku semakin kuat untuk meng-free-kan diri aku dari ubat2 selagi tak mendatangkan mudarat pada aku dan keluarga aku..Insya Allah, ada rezeki..aku akan terus mencuba untuk next baby! (^_^)v

5 comments:

  1. sabar ye puan, kita sayang, Allah lebih menyanyangi.. Khazanah Allah Maha Luas, kita tidak tahu hikmah-hikmahnya..
    Isteri ambe pun pernah keguguran masa awal2 kawin dulu..
    Cuba lagi!

    ReplyDelete
  2. Mince4AM : Ye encik sabri..saya akan sentiasa bersabar dan tak berputus asa, insya Allah..doakan kami berjaya ye! :)

    ReplyDelete
  3. Salam nad,
    saya menangis menitik nitik air mata ni.


    Hmm..sabar lah nad. Saya pernah rasa hilangnya orang yang kita sangat sayang.

    Allah beri ujian untuk hambanya yang Dia tahu mampu menghadapinya. kita lah tu.

    Insya Allah mereka yang kita sayang tu, di syurgalah tempatnya. Amin.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,akhirnya berjumpa juga dengan pesakit BD selain suami saya walaupun agak terlewat.Mungkin ada hikmahnya.Puas saya mencari segala info berkaitan dgn penyakit ini sebaik sahaja suami memberitahu dia diagnosi penyakit ini, itupun agak lewat dia beritahu dan sehingga dia warded dan saya sendiri dimaklumkan dengan doktor. Tetapi disebabkan kami menghadapi masalah komunikasi dan suami mengelak jika saya hendak berjumpa bersama-sama dengan doktor pakarnya sedangkan niat saya hendak membantu beliau dan memahami penyakit beliau. Akhirnya masalah menjadi besar dan saya sendiri akan berjumpa dengan doktor pakar pskiatri insyaAllah minggu hadapan kerana mengalami simptom2 anxiety disorder. besar hati kiranya say adapat menghubungi penulis blog ini.

    ReplyDelete
  5. sedih baca kisah puan.. teringat dulu sy hilang baby juga, dah 7 bulan dlm perut tiba2 doktor cakap dah tak bernyawa, takda pasal takda ribut. macam kene hempap kayu balak rasenye masa tu. tapi sy redha itu ujian utk sy & keluarga jg. skarang nk pregnant semula kali kedua, syukur sgt

    ReplyDelete