Nadia...dah banyak blog saya cari untuk tahu bagaimana nak layan pesakit
bipolar..actually my husband pun doktor diagnos sebagai pesakit bipolar..baru
jer discharge wad ari tu.. soalan saya.. cam ner nak layan pesakit cam ni
sbnarnya.. sebab kengkadang.. bila dia manic, so many idea yang kuar..penat tau
nak layan...tolong saya..
from; ju
Woahh..mcmana nak cakap ye? So di sini saya nak share a few things dengan sesiapa yang nak memahami serba-sedikit mengenai BIPOLAR DISORDER ni..Saya pun baru je di diagnos tahun 2008 hari tu..Tapi Alhamdulillah, doktor kata saya mempunyai rekod yang agak cemerlang..Ini adalah disebabkan beberapa faktor;
1) SABAR
2) JANGAN SKIP MEDICINE
3) NEKAD
Firstly, awak kena SANGAT2 BERSABAR..sebab, apa2 pesakit pun yang penting memerlukan family support yang kuat..Alhamdulillah, saya dikelilingi bunch of people yang loving to the max dan sgt2 menyayangi saya..My parents, my parents in-law,my sibblings, my best fren yang penting my hubby..Saya ingat lagi, masa saya sakit teruk, kurus keding dalam wad (wad psikiatri pulak tu), tak mekap langsung, busuk tak mandi, degil nak layan kepala sendiri je, arrogant, suami saya je yang tak tegking atau marah2 saya..Apa yang dia buat, dia just senyap..Saya marah herdik pun dia diam je..Saya menangis, down nak mati, dia peluk..Saya tak tidur, dia tak tidur..Dia nak tidur, saya kacau tak kasi tidur..Asik layan saya yang tak hape2 ni..Masa sakit, mana la saya nak sedar kan..Tapi tu lah, dugaan Allah kasi ni, kita kena terima seadanya..Dugaan saya berhadapan penyakit macam ni..Dugaan suami saya kena hadapi pesakit macam saya..
Rupa-rupanya, bila saya keluar wad, mak saya kata...
Suami saya tidur luar masa saya tak ada..Katanya sedih tidur dalam bilik
yang selalu saya ada disebelah dia..
Suami saya bawa beg kerja saya ke hulu ke hilir sebab rindu dengan saya.
(Beg kerja tu hidup mati saya satu masa dulu)
Bila pulang melawat saya dari hospital, bila dengar lagu 'Sempurna'
dia akan teringat akan saya..Padahal..saya ni tak sempurna langsung :') (ye
ke yang??bila plak saya ada lagu huh?huhu)
Yang saya paling terharu bila..
Adik lelaki saya kata, 'Abang Apis memang sayang gile kat ko"
Ju kena sabar nak handle suami Ju. Bila jumpa doktor, kalau suami Ju selesa, masuk sekali waktu kaunseling tu. Sebab, Ju adalah orang yang lebih mengenali suami Ju luar dan dalam. BUAT RESEARCH mengenai penyakit ni. Jangan takut, we must know our enemy. JANGAN SESEKALI SKIP UBAT. Paling penting memang kena makan ubat. Seriously, 90% hasil memakan ubat yang diberi membantu pengstabilan mood saya. Suami Ju kena NEKAD untuk hidup secara normal, walaupun factnya kami tidaklah normal.
Ju kena tahu bila bipolarnya datang. Tanda2 banyak idea, banyak cakap. Mood yang sangat ketara tinggi dan rendah nya..Mood tinggi adalah bagus untuk kebanyakan pesakit bipolar disorder. Kami rasa penuh semangat, rasa ability untuk buat semua perkara memuncak. Waktu saya sakit saya boleh menghafal banyak benda, nama orang yang baru dikenali, peramah yang amat sangat. Workaholic yang terlampau, perfectionist dalam kerjaya. Tapi yang bahayanya bipolar ni, waktu down dia..Akan rasa hidup LANGSUNG TAK BERMAKNA, hanya ingat diri tak diperlukan, lebih baik mati dari hidup. Jiwa rasa kosong, tiada orang memahami. Tiada mood untuk buat apa2 sahaja, otak berhenti berfungsi, atau menjadi lembab. Masa saya melalui waktu down, saya menangis berminggu2 atas sebab2 yang kecil.
Last sekali Ju, awak kena slow talk dengan husband awak. Bila both of u dah memahami penyakit tu, sama2 berbincang, apa yang dia nak untuk future dia? Adakah dia menginginkan seluruh kehidupan dia di kawal oleh BIPOLAR DISORDER ni atau dia yang perlu KAWAL penyakitnya ni? Nekad, untuk mengawal penyakit ni bersungguh2. Setahu saya, penyakit ni tak boleh sembuh, hanya boleh di rawat..Jangan risau, ramai orang berdepan dengan situasi yang hampir sama, malah lebih buruk dari yang kita hadapi pun ada. Idea yang banyak tu bagus, tapi suami Ju kena pandai kawal idea tu supaya ianya teratur menjadi satu per-satu..Bila sampai masa dia terlebih cakap/terlebih byk idea, nasihatkan secara lembut agar dia rileks sedikit..Jangan tegur secara kasar, takut pulak tertegur waktu dia high, lain jadinya..Bila dah tak boleh nak berfikir, suruh dia berhenti berfikir..Jangan paksa brain kerja secara overload..
Rajin2 makan ubat, rajin2 pergi rawatan susulan, ingat Allah selalu..InsyaAllah..Boleh handle..Jangan lupa doa..Doa kan senjata orang muslim?
Bawah ni orang2 yang terkenal yang ada BIPOLAR DISORDER..info selingan, untuk rujukan;
1) Vincent Van Goh - menghasilkan lukisan yang extreme yang dia je paham apekebendanya (pada saya la..hehehe)..Tapi dia end up memotong telinga dia kan?? Ada sekali tu saya kata kat doktor saya 'Tah2 dia dengar suara2 kot, tu la dia potong telinga"..sebab,masa saya manic, saya dengar 'suara'2..
2) Isaac Newton ( saya baru tahu baru2 ni sebab baca pasal artis luar negara yang menghidap bipolar)
3) Jim carrey (sebab tu lakonan dia macam saiko..pada saya la..hahahah)
Banyak bagusnya Bipolar ni kalau pandai kawal..Bagus dari segi kerjaya..Tapi seriously,kena hati2 mengawal..Share stories, jangan segan2 nak bagitahu orang..Ye la, kalau rahsia2 kang orang pelik plak kan..
Asalkan bukan jadi seperti..
1) Hitler
2) Napoleon
Atas ni..kes bipolar GANAZZZZ..wawawa =p
*Rawatan perubatan Islam juga saya amalkan di awal tahun lepas. Saya jumpa a few ustaz untuk dapatkan nasihat, air bacaan Quran. Kalau berminat email saya untuk dapatkan no. Dua orang ustaz ni under rawatan Syifa' Ustaz Harun Din. Bila jiwa kita kosong, senang macam2 benda nak kawal kehidupan kita ni..So jumpa ustaz, then tawakkal kepada Allah..
haha, ok..sudah jadi pakar rujuk akhirnya..baguslah berkongsi kepada yang memerlukan bantuan
ReplyDeleteeh, saya nangis baca citer ni.
ReplyDeletenape aa?
(huhuhu..)
oh, mungkin nangis terharu, sbb apis tu mmg baik kan.
ReplyDeleteoh, ada lagi ke org lelaki baik dlm dunia ni? nad sgt beruntung.
hai...along ingat orang bernama "anom" lagi tak...bukak2 tgk along nyer...
ReplyDeleteso cam ner skrg....event semakin rancak nampak nyer....
subhanallah....aku sebenanye bru bukak blog ko ni...tgk bejela je cerita niat nk pospon je bace tapi..ade yg menarek minat aku nk ikut kisah ko lg2 pasal bipolar nih...tak tau lak ko penah sakit Nad..sedey plak aku(sob..sob...)erm...aku dh bce sumey nye...'sellute' la kt ko bole kontrol dh skrg ..kalu jd kt aku tah aku se pon nk potong tinge cm vincent van goh wawawa...
ReplyDeletecume aku nk tanye ape effect nye bipolar ni kt pregnancy?? smpi begitu dasatnye...sian ko kn...tapi aku pn nk wish u luck la in ur life...hope tabah selalu...& sentiasalah igt pd Dia yg satu...InsyaAllah Dia jg akn sentiasa igt pd kita...
rasa terharu betul suami akak...bkn senang tu nak jaga pesakit ni...nak tanya ada x group pesakit bipolar kt fb untuk rakyat malaysia je..kalo x saya nak buka..nak join x?
ReplyDeleteAku pun ada sakit bipolar..masa fasa mania tu rasa diri ni macam orang yg sangat penting, banyak idea, dan fikir bukan2 terutamanya tanggapan orang lain pada diri.
ReplyDeleteAda dapatkan treatment tak? Boleh share sikit. Tqvm.
DeleteAssalamualaikum...terima kasih atas perkongsiannya....saya pun mnghidap penyakit bipolar.rakan sy yg perasan akan sikap sy yg ska terlalu bnyk ckp,suka melakukan sesuatu di luar kmmpuan,suka mnyakiti tnpa sedar dan boros berbelanja...kdg2 klu sy sdih,rasa nk bunuh diri.rasa diri x berguna,,..,doakan sy semoga symdpt mnghadapi dugaan ini..
ReplyDeleteassalamualaikum,sy br berkenalan dgn seorg penghidap bipolar..
ReplyDeletesy perlukan bantuan anda,boleh email sy eza0304@gmail.com
Salam dear.. my husband has bipolar but has not been treated at all. Where did you receive your treatment from? How effective is't? Do we have community for Bipolars in Malaysia? I have so many questions!! His symptoms are getting worse and I don't think we can go on like this forever. :(
ReplyDeleteAssalamualaikum..suami saya penghidap bipolar juga..bila dah manic memang btindak d luar jangkaan..duit takde erti..bnyk idea masuk..
ReplyDeleteAssalamualaikum..terima kasih atas perkongsian..sy ade abang yg menghidap penyakit ini..kalau bleh emailkan sy no ustaz yg bleh mrawat..kyym86@yahoo.com
ReplyDeleteSuami sy juga mengidap bipolar mood disorder. Dia kerap meng update status di FB. Ada je idea dilontar di situ. Kebanyakan bkaitan agama n politik. Satu habit lg,dia suka buka radio dgn kuat n mbawa radio k mana shj. Sy sukar tgl bsama dgn dia skrg mmndgkn ia mngganggu tidur saya n anak2 jg tidak dpedulikan. Bgmn sy boleh bantu dia. Dia x mau makan ubat n bjumpa doktor kerana dia kata dia tidak sakit. Dia juga mudah melenting bila ditegur. Tlg bg idea...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWahhh tak ramai org positif macam awk..tahniah..
ReplyDelete